Penilaian semantik model ChatGPT dalam bahasa Melayu terhadap ketepatan makna dan kesesuaian konteks komunikasi (Semantics evaluation of the ChatGPT model in Malay: Accuracy of meaning and appropriateness in communicative contexts)
Main Article Content
Abstract
Sejak kebelakangan ini, penggunaan model seperti ChatGPT telah meningkat secara mendadak dalam pelbagai bidang akademik, pendidikan dan profesional, menjadikannya alat utama dalam pencarian maklumat dan penyelesaian tugasan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketepatan makna berdasarkan respons semantik dalam ChatGPT dan menilai persepsi pengguna mengenai kesesuaian konteks komunikasi sebenar dalam ChatGPT. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif, melibatkan dua kaedah utama, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini juga menggunakan Teori Relevans oleh Sperber & Wilson (1986) dan Technology Acceptance Model (TAM) oleh Davis (1989). Bagi objektif pertama, analisis dilakukan terhadap 20 perkataan yang dikategorikan kepada perkataan abstrak, dialek, konkrit dan kata kerja. Dapatan menunjukkan bahawa ChatGPT lebih tepat dalam mentafsir perkataan abstrak dan dialek. ChatGPT mentafsir makna kata kerja berdasarkan konteks penggunaan semasa yang lebih dominan dalam wacana akademik dan komunikasi moden. Dapatan juga menunjukkan bahawa pengguna secara umumnya menilai ChatGPT sebagai mudah digunakan dan sesuai untuk tujuan pembelajaran, selaras dengan konstruk Perceived Ease of Use (PEOU) dalam Technology Acceptance Model (TAM). Hampir keseluruhan pengguna ChatGPT bersetuju bahawa ChatGPT membantu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dengan nilai sisihan piawai 0.57, manakala skor sisihan piawai tertinggi dengan nilai 0.93 menunjukkan pengguna kurang bersetuju bahawa jawapan ChatGPT biasanya relevan dan tidak menyimpang daripada topik. Secara keseluruhan, kajian ini dapat menyumbang kepada pemahaman tentang potensi dan batasan ChatGPT dalam penggunaan bahasa Melayu serta memberi implikasi terhadap bidang linguistik, pendidikan dan teknologi bahasa.