Penyesuaian ortografi dan imbuhan kata pinjaman bahasa Arab dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (Orthographic and affixation adaptations of Arabic loanwords in Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008)

Main Article Content

Any Rozita Abdul Mutalib

Abstract

Perubahan bentuk asal sesuatu bahasa sering terjadi apabila bahasa tersebut dipinjam ke dalam bahasa sasaran. Bagi bahasa Melayu, perubahan tersebut dapat dilihat daripada struktur kata, iaitu perubahan sistem ejaan bahasa Melayu, pembentukan morfem tertentu berdasarkan bahasa pinjaman dan perubahan makna yang dibawa oleh kata pinjaman. Perubahan tersebut merupakan hasil intergrasi bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang dibuat bagi penyesuaian natif. Makalah ini melihat perubahan kata pinjaman bahasa Arab yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dalam aspek linguistik. Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 yang mempunyai 87 muka surat, terdapat sebanyak 1,482 perkataan telah disenaraikan oleh perisian AntConc yang merangkumi semua kata akar dan kata terbitan, kata hubung, kata ganda dan kata nama, iaitu nama individu dan nama tempat. Proses ini bagi menyenaraikan semua kata yang akan digunakan sebagai data. Daripada jumlah itu, 148 perkataan merupakan kata pinjaman bahasa Arab dengan semakan dibuat secara manual iaitu dengan merujuk kamus. Namun begitu, hanya 119 perkataan sahaja yang dilihat aspek perubahannya selepas penyisihan data yang tidak melibatkan perubahan makna seperti nama orang, nama tempat, agama, kaum dan sebagainya Hasil analisis yang dijalankan mendapati, perubahan ejaan merupakan perubahan yang paling ketara berlaku bagi penyesuaian ortografi, iaitu sebanyak 115 perkataan. Perubahan kedua terbesar yang berlaku ialah imbuhan akhiran -un yang tidak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu selepas peminjaman iaitu sebanyak 101 perkataan. Perubahan makna perujukan dan golongan kata turut berlaku dan menyebabkan perubahan struktur kata secara keseluruhan selepas peminjaman dibuat. Kajian ini telah memberikan suatu dapatan yang boleh membantu dalam aspek perkamusan kata pinjaman Arab, pembentukan kata pinjaman dan peristilahan selain membantu dalam aspek etimologi kata. 

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Abdul Mutalib, A. R. (2023). Penyesuaian ortografi dan imbuhan kata pinjaman bahasa Arab dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008: (Orthographic and affixation adaptations of Arabic loanwords in Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 23-55. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.2

Research impact

Harvested 2026-09-27
3 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2023.2.2 OpenAlex W4386769796

References

Abd Majid Abdul Latiff. (1982). Toward the creation of a united scientific terminology in Arabic dalam Snell, B.E. (Ed.). Term Banks for Tomorrow’s World. Aslib.

Abdullah Hassan. (1974). The morpohology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain. Fajar Bakti.

Abdul Rahman Rukaini. (1996). Unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Jelani Halimi. (2010). Undang-undang perdagangan Melayu Lama. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Johari. (1992). Asas Terjemahan dan Interpretasi. Universiti Sains Malaysia.

Aini Hassan. (2007). Kualitatif atau kuantitatif: Memahami andaian asas yang mendasari penyelidikan pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1), 7-16.

Amran Kasimin. (1987). Perbendaharaan Kata Arab dalam Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Azman Awang Pawi. (2015). Pengalaman Bahasa dan Dunia Arab. Dewan Bahasa.

Beg, A.J. (1977). Arabic Loan-words in Malay Comparative Study. (2nd. ed.). University Malaya Press.

Cresswell, J.W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design Choosing Among Five Traditions. SAGE Publications.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997). Kamus Linguistik.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Edisi Baharu.

Durkin, P. (2009). The Oxford Guide to Etymology. Oxford University Press.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.

Hamidi, F., & Ariffin, M. A. (2022). Peranan dan cabaran ejen persuratan dalam pengantarabangsaan sastera kontemporari Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 181 – 203. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.7

Faridah Nazir & Faiziah. Shamsudin. (2014) Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Haji Muhammad Bukhari Lubis. (1998). Penerjemahan Arab Melayu Arab: Peraturan dan Dasar. Universiti Putra Malaysia.

Haji Muhammad Nasir. (2015). Kamus Ringkas Al-Quran. Power Press Design Sdn Bhd.

Haugen, E. (1950). The Analysis of Linguistic Borrowing. Language, 26, 211-231.

Haugen, E. (1953). The Norwegian Language in America: A study in bilingual behavior. Univ.of Pennsylvania Press.

Haugen, E. (1956). Bilingualism in the Americas: A Bibliography and Research Guide . The American Dialect Society.

Hassan Alwi. (1992). Bentuk dan Pilihan Kata. Departmen Pendidikan dan Kebudayaan.

Heah, C.L.H. (1989). The Influence Of English On The Lexical Expansion Of Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Helmut, F. (1995). Panduan Peristilahan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibtisam Abdullah, Zaharani Ahmad, Imran Ho Abdullah, Zamri Ahmad & Ahmad Thalal Hassan. (2012). Perantauan Bangsa Arab Ke Alam Melayu: Kesannya Terhadap Percambahan Kata Pinjaman Arab-Melayu.

Ibtisam Abdullah & Imran Ho. (2018). Kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu analisis kajian dari sudut perubahan morfologi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Dahaman. (1996). Pedoman ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamsiah Abdullah (2017). Meneliti tasawuf atau tariqat sebagai laras khas dalam Bahasa Melayu melalui empat teks sufi. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 20(1), 119–162.

Kamus Dewan, Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab, Bahasa Arab-Bahasa Melayu (2015). Fajar Oxford.

Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Bidang Kehakiman dan Undang-Undang (1992) dalam Bahasa dan Undang-Undang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashudi Kader &Yeong Ah Lok. (1989). Pengaruh bahasa cina dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 236-247.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (1997). Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia. Universiti Malaya.

Mohd Isa Hamzah. (2009). The impact of technology change in Malaysia smart schools on islamic education teachers and students. World Academy of Science, Engineering and Technology, 37, 379-391.

Moleong, L. J. (2004). Metode Penelitian Kualitatif. Remaja Rosdakarya.

Mohamad Zain, S. (2022). Beberapa Isu Pemeribumian Linguistik Bahasa Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 1(1), 1–49. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.1

Nik Safiah Karim. (1988). Linguistik Transformasi Generatif, Suatu Penerangan padam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim & Faiza Tamby Chik. (1994). Bahasa dan Undang-Undang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1996). Unsur Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan. Edisi Ketiga. (2013). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhaini Ab. Rahman. (2014). Kajian Makna Istilah Pinjaman Terpilih Agama Islam Dalam Konteks Masyarakat Melayu. Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Universiti Sains Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. (2013). Bahasa dan Urus Tadbir Pengurusan Perniagaan Melayu Zaman Tradisional. Perihal Keintelektualan dan Kepengarangan dalam Teks Tradisional. Penerbit UKM.

Noriah Mohamed & Selvarani A/p Subramaniam. (2015). Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Lebar. (2015). Penyelidikan Kualitatif. UPSI.

Puteri Maisarah Tamar. (2015). Kamus Istilah Fiqh. Power Press & Design (M) Sdn Bhd.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2012). Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu. Universiti Malaya.

Rokiah Awang. (2009). Isu dan Kaedah Penilaian Terjemahan. Dalam Radiah Yusoff & Noriah Mohamed, (Eds). Kata di Gelanggang Bahasa, Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Mashudi Kader. Universiti Sains Malaysia.

Sapir, E. (1921). An introduction to the study of speech. Language.

Wan Moharani Mohammad & Muhammad Marwan Ismail. (2008). Kajian Bandingan Ayat Namaan Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Universiti Sains Islam Malaysia.

Yunus Maris. (1980). The Malay Sound System. Fajar Bakti.

Za’aba, (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, Maizura Osman & Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). penyerapan dan pengubahsuaian konsonan arab dalam bahasa Melayu. Jurnal Bahasa.11(1), 109-130.

Zaiton Ab. Rahman & Zaini Mohamed Zain (1990). Persejarahan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.