Copyright Policy

Copyright and Licensing

For all articles published in RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, copyright is retained by the authors. Articles are licensed under an open access Creative Commons CC BY 4.0 license, meaning that anyone may download and read the paper for free. In addition, the article may be reused and quoted provided that the original published version is cited. These conditions allow for maximum use and exposure of the work, while ensuring that the authors receive proper credit.

In exceptional circumstances articles may be licensed differently. If you have specific condition (such as one linked to funding) that does not allow this license, please mention this to the RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya Managing Editors. Exceptions will be granted at the discretion of the publisher.

Reproducing Published Material from other Publishers

It is absolutely essential that authors obtain permission to reproduce any published material (figures, schemes, tables or any extract of a text) which does not fall into the public domain, or for which they do not hold the copyright. Permission should be requested by the authors from the copyright holder (usually the Publisher, please refer to the imprint of the individual publications to identify the copyright holder).

Permission is required for:

  1. Your own works published by other Publishers and for which you did not retain copyright.
  2. Substantial extracts from anyone's works or a series of works.
  3. Use of Tables, Graphs, Charts, Schemes and Artworks if they are unaltered or slightly modified.
  4. Photographs for which you do not hold copyright.

Permission is not required for:

  1. Reconstruction of your own table with data already published elsewhere. Please notice that in this case, you must cite the source of the data in the form of either "Data from..." or "Adapted from...".
  2. Reasonably short quotes are considered fair use and therefore do not require permission.
  3. Graphs, Charts, Schemes and Artworks that are completely redrawn by the authors and significantly changed beyond recognition do not require permission.

Obtaining Permission

In order to avoid unnecessary delays in the publication process, you should start obtaining permissions as early as possible. If in any doubt about the copyright, apply for permission. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya cannot publish material from other publications without permission.

The copyright holder may give you instructions on the form of acknowledgement to be followed; otherwise, follow the style: "Reproduced with permission from [author], [book/journal title]; published by [publisher], [year].' at the end of the caption of the Table, Figure or Scheme."

Any other materials on this website (including without limitation the text, computer code, artwork, photographs, images, music, audio material, video material and audio-visual material on this website is owned by RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, Universiti Utara Malaysia (UUM) and its licensors.

___________________________________________________________________________________________________

Dasar Hak Cipta

Hak Cipta dan Pelesenan

Bagi semua artikel yang diterbitkan dalam RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, hak cipta dikekalkan oleh penulis. Artikel dilesenkan di bawah lesen akses terbuka Creative Commons CC BY 4.0, yang bermaksud sesiapa sahaja boleh memuat turun dan membaca artikel secara percuma. Selain itu, artikel boleh digunakan semula dan dipetik selagi versi asal yang diterbitkan dirujuk dengan betul. Syarat ini membolehkan penggunaan dan pendedahan maksimum terhadap karya tersebut, sambil memastikan penulis menerima pengiktirafan yang sewajarnya.

Dalam keadaan tertentu, artikel boleh dilesenkan dengan cara yang berbeza. Jika anda mempunyai syarat khusus (seperti yang berkaitan dengan pembiayaan) yang tidak membenarkan penggunaan lesen ini, sila maklumkan kepada Pengurus Editorial RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya. Pengecualian akan dipertimbangkan atas budi bicara penerbit.

Penggunaan Semula Bahan Terbitan daripada Penerbit Lain

Adalah amat penting bagi penulis untuk mendapatkan kebenaran bagi mengguna semula sebarang bahan terbitan (rajah, gambarajah, jadual atau petikan teks) yang bukan dalam domain awam atau yang hak ciptanya tidak dimiliki oleh penulis. Kebenaran tersebut perlu dimohon oleh penulis daripada pemegang hak cipta (kebiasaannya penerbit – sila rujuk bahagian imprint penerbitan asal untuk mengenal pasti pemegang hak cipta).

Kebenaran diperlukan untuk:

  • Karya sendiri yang diterbitkan oleh penerbit lain dan hak cipta tidak dimiliki penulis.
  • Petikan panjang daripada mana-mana karya atau siri karya.
  • Penggunaan Jadual, Graf, Carta, Skema, dan Karya Seni Visual yang tidak diubah atau hanya diubah sedikit.
  • Gambar foto yang hak ciptanya tidak dimiliki penulis.

Kebenaran tidak diperlukan untuk:

  • Pembinaan semula jadual sendiri menggunakan data yang telah diterbitkan – namun sumber data mesti dinyatakan dalam bentuk seperti “Data daripada...” atau “Diadaptasi daripada...”.
  • Petikan pendek yang munasabah dianggap sebagai penggunaan adil (fair use) dan tidak memerlukan kebenaran.
  • Graf, Carta, Skema dan Karya Seni Visual yang telah dilukis semula sepenuhnya dan diubah secara ketara sehingga tidak lagi menyerupai asal.

Memohon Kebenaran

Bagi mengelakkan kelewatan dalam proses penerbitan, penulis disarankan untuk mula memohon kebenaran seawal yang mungkin. Jika terdapat sebarang keraguan berkaitan hak cipta, mohon kebenaran terlebih dahulu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya tidak dapat menerbitkan sebarang bahan daripada penerbitan lain tanpa kebenaran rasmi.

Pemegang hak cipta mungkin akan memberikan panduan berkenaan bentuk pengiktirafan yang perlu disertakan. Jika tiada, sila gunakan gaya berikut di penghujung kapsyen Jadual, Rajah atau Skema:
"Diterbitkan semula dengan kebenaran daripada [penulis], [tajuk buku/jurnal]; diterbitkan oleh [penerbit], [tahun]."

Sebarang bahan lain di laman web ini (termasuk tanpa had: teks, kod komputer, karya seni, foto, imej, muzik, bahan audio, bahan video dan bahan audiovisual) adalah hak milik RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pemberi lesennya.