Malpractice Statement
A. Editor Responsibilities
Accountability and Plagiarism: The editors of a peer-reviewed journal are accountable and responsible for deciding which articles submitted to the journal should be published. The editor may be guided by the policies of the journal's editorial board and constrained by legal requirements as shall then be in force regarding libel, copyright infringement and plagiarism. It is our routine procedure to run all submission through plagiarism detection software. Our acceptance rate is <20%. The editor may confer with other editors or reviewers when making this decision.
B. Reviewer Responsibilities
C. Author Responsibilities
__________________________________________________________________________________________________________
Pernyataan Pelanggaran Etika (Malamalan) Penerbitan
Etika Penerbitan dan Pernyataan Etika (Malamalan)
RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya (JBSB) komited untuk mengekalkan piawaian etika tertinggi bagi semua pihak yang terlibat dalam proses penerbitan jurnal yang disemak oleh rakan sejawat: penulis, editor jurnal, penilai (reviewer) dan penerbit. Etika penerbitan JBSB, sama ada secara dalaman mahupun luaran, adalah berdasarkan dan mematuhi Garis Panduan Amalan Terbaik untuk Editor Jurnal dan Kod Etika untuk Penerbit Jurnal yang ditetapkan oleh Committee on Publication Ethics (COPE).
A. Tanggungjawab Editor
Tanggungjawab dan Plagiarisme: Editor jurnal yang disemak oleh rakan sebaya bertanggungjawab sepenuhnya dalam membuat keputusan tentang artikel yang dihantar untuk diterbitkan. Editor boleh berpandukan polisi lembaga editorial jurnal serta terikat dengan undang-undang berkaitan fitnah, pelanggaran hak cipta dan plagiarisme yang sedang berkuat kuasa. Semua manuskrip yang dihantar akan melalui pemeriksaan perisian pengesanan plagiarisme sebagai prosedur rutin. Kadar penerimaan kami ialah kurang daripada 20%. Editor boleh merujuk kepada editor atau penilai lain dalam membuat keputusan.
Layanan Saksama: Editor hendaklah menilai manuskrip berdasarkan kandungan intelektual tanpa mengira bangsa, jantina, orientasi seksual, kepercayaan agama, asal etnik, kewarganegaraan atau fahaman politik penulis.
Kerahsiaan: Editor dan staf editorial tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai manuskrip yang dihantar kepada sesiapa kecuali kepada penulis yang bertanggungjawab, penilai, bakal penilai, penasihat editorial lain, dan penerbit, mengikut keperluan.
Pendedahan dan Konflik Kepentingan: Maklumat atau idea istimewa yang diperoleh melalui proses penilaian mestilah dirahsiakan dan tidak digunakan untuk kepentingan peribadi. Penilai tidak seharusnya menilai manuskrip yang menimbulkan konflik kepentingan akibat hubungan persaingan, kerjasama atau hubungan lain dengan mana-mana penulis, institusi, atau syarikat yang berkaitan dengan manuskrip tersebut.
B. Tanggungjawab Penilai (Reviewer)
Penilai mesti merahsiakan semua maklumat berkaitan manuskrip yang dinilai. Mereka mesti memaklumkan kepada Ketua Editor sekiranya terdapat maklumat yang boleh menjadi sebab untuk menolak penerbitan manuskrip. Penilaian harus berdasarkan kandungan intelektual sahaja.
Proses Penilaian: Setiap manuskrip akan disemak terlebih dahulu oleh editor. Jika manuskrip dianggap sesuai, ia akan dihantar kepada dua orang penilai untuk semakan sejawat secara double blind. Manuskrip akan melalui saringan awal oleh Ketua Editor. Kemudian, ahli Lembaga Editorial akan melantik sekurang-kurangnya dua orang penilai bebas untuk proses penilaian. Keputusan penerbitan akan berdasarkan kepada syor daripada penilai. Manuskrip yang dihantar oleh ahli Lembaga Editorial jurnal juga tertakluk kepada prosedur penilaian yang sama.
C. Tanggungjawab Penulis
Standard Pelaporan: Penulis hendaklah menyampaikan hasil kajian mereka dengan jelas, jujur, dan tanpa pemalsuan, penipuan atau manipulasi data yang tidak wajar. Kaedah yang digunakan perlu dijelaskan dengan teliti agar penemuan dapat disahkan oleh pihak lain.
Keaslian, Plagiarisme dan Pengakuan Sumber: Penulis mesti memastikan bahawa karya yang dihantar adalah asli, tidak ditiru, dan belum diterbitkan di tempat lain. Kenyataan yang palsu atau tidak tepat secara sengaja adalah tidak beretika tidak boleh diterima. Sekiranya menggunakan hasil kerja atau kata-kata orang lain, sumber tersebut mestilah dinyatakan secara betul dan tepat serta mencerminkan sumbangan individu terhadap hasil kerja tersebut.
Akses dan Penyimpanan Data: Penulis boleh diminta untuk menyediakan data asal bagi tujuan semakan editorial dan perlu bersedia menyimpan data tersebut untuk satu tempoh masa yang munasabah selepas penerbitan.
Etika: Penulis hanya boleh menghantar manuskrip berdasarkan kajian yang dijalankan secara beretika dan bertanggungjawab serta mematuhi semua undang-undang yang berkenaan.
Pendedahan dan Konflik Kepentingan: Semua penulis perlu mendedahkan sebarang konflik kepentingan kewangan atau lain-lain yang boleh mempengaruhi keputusan atau interpretasi manuskrip. Semua sumber kewangan projek juga perlu dinyatakan.
Sumbangan Pengarang: Hanya mereka yang telah memberi sumbangan besar dalam konsep, reka bentuk, pelaksanaan atau interpretasi kajian yang dilaporkan boleh disenaraikan sebagai penulis bersama. Mereka yang terlibat dalam aspek tertentu hendaklah diiktiraf atau disenaraikan sebagai penyumbang. Penulis yang bertanggungjawab perlu memastikan semua penulis bersama bersetuju dengan kandungan akhir dan bersetuju untuk menghantar manuskrip untuk penerbitan.
Penerbitan di Platform Lain Secara Bertindih atau Serentak: Secara amnya, penulis tidak boleh menghantar dan/atau menerbitkan kajian yang pada asasnya sama dalam lebih daripada satu jurnal atau penerbitan utama. Menghantar manuskrip yang sama kepada lebih daripada satu jurnal pada masa yang sama adalah tidak beretika dan tidak boleh diterima.
Kesilapan dalam Penerbitan: Jika penulis mendapati terdapat kesilapan besar atau ketidaktepatan dalam karya yang telah diterbitkan, adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk segera memaklumkan editor jurnal atau penerbit dan bekerjasama untuk menarik balik atau membetulkan artikel tersebut.
DASAR HAK CIPTA
RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya (JBSB) yang diterbitkan oleh UUM Press adalah sebuah jurnal akses terbuka. Semua artikel diterbitkan di bawah terma Lesen Creative Commons Attribution (CC-BY). Lesen ini membenarkan penggunaan, pengedaran dan penghasilan semula tanpa sekatan, dengan syarat penulis, maklumat sitasi dan penerbit dikenal pasti dengan jelas. Untuk sebarang penggunaan semula atau pengedaran, pastikan dinyatakan bahawa artikel ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons Attribution.






