Awalan beR- dalam dialek Bahasa Melayu Kedayan: Satu analisis nahu dan pragmatik (The prefix beR- in the Kedayan Malay dialect: A comparative analysis with standard Malay from the point of view of grammatical and pragmatics)

Main Article Content

Hasmidar Hassan
Siti Rabi’atul Adawiyah Hj Mohd Saiful Bakhtiar
Siti Badriyah Yusof

Abstract

Bahasa Melayu yang merupakan jenis bahasa aglutinatif membentuk kebanyakan katanya  melalui proses pengimbuhan selain penggandaan dan pemajmukan. Pengimbuhan bukan sahaja menerbitkan  kata baharu malahan turut mengubah golongan kata dan memberikan makna baharu bagi kata terbitan tersebut.  Walau bagaimanapun, pengimbuhan dalam dialek bahasa Melayu adakalanya membentuk kata baharu dengan makna yang berbeza walaupun bentuk katanya sama dengan kata dalam  bahasa Melayu Standard. Sehubungan dengan itu, kajian ini diketengahkan bagi meneliti penggunaan awalan beR- dalam dialek bahasa Melayu Kedayan yang terdapat dalam teks ‘Hikayat Awang Kamaruddin’ (HAK) selenggaraan Rahim Dulani (1992). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti  kata  yang berawalan beR- dan menganalisis makna imbuhan beR- apabila digabungkan dengan kata dasar dalam teks HAK.  Analisis imbuhan ini melibatkan dua pendekatan, iaitu  menganalisis makna imbuhan berdasarkan  pemerian Nik Safiah Karim et al. (2015) dan pendekatan pragmatik iaitu teori Relevans bagi mencerakin makna sebenar yang didukung oleh kata berimbuhan beR- dalam konteks ayat. Gabungan pendekatan nahu dan  pragmatik  menunjukkan bahawa sebahagian bentuk beR- dalam HAK tidak sepenuhnya sepadan dengan pengertian awalan beR- yang produktif dalam BMS. Misalnya, bentuk kata  bercacat, bercabul dan bertinggal didapati sukar dipadankan secara bermakna dengan kata berawalan beR- yang lazim dalam BMS, manakala berlupa dalam konteks HAK lebih munasabah ditafsirkan sebagai bentuk yang menyerupai pasif, iaitu hampir setara dengan dilupakan. Dapatan ini menunjukkan bahawa makna awalan beR- dalam teks HAK tidak dapat dihuraikan secara memadai berdasarkan pendekatan nahu semata-mata, sebaliknya perlu ditafsir dengan mengambil kira konteks ujaran, latar sosial budaya dan inferens pragmatik. Kajian sekali gus memperlihatkan wujudnya variasi dan kemungkinan eveolusi makna imbuhan beR- secara diakronik dalam dialek bahasa Melayu Kedayan. 

Article Details

Section

Articles

Author Biographies

Siti Rabi’atul Adawiyah Hj Mohd Saiful Bakhtiar, Institut Pendidikan Sultan Hasanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam

Siti Rabi’atul Adawiyah bte Hj Mohd Saiful Bakhtiar is a master student at Institut Pendidikan Sultan Hasanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. She is now pursuing her master's in teaching.  

Siti Badriyah Yusof, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam

Dr Siti Badriyah Yusof ialah Penolong Profesor di Jabatan Bahasa, Linguistik dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Analisis Wacana Kritis, Jawi, Manuskrip Brunei  Lama dan  Terjemahan.

How to Cite

Hasmidar Hassan, Hj Mohd Saiful Bakhtiar, S. R. A., & Yusof, S. B. (2026). Awalan beR- dalam dialek Bahasa Melayu Kedayan: Satu analisis nahu dan pragmatik: (The prefix beR- in the Kedayan Malay dialect: A comparative analysis with standard Malay from the point of view of grammatical and pragmatics). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 5(1), 135-159. https://doi.org/10.32890/rentas2026.5.1.8

Research impact

Harvested 2026-09-14
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2026.5.1.8 OpenAlex W7172006782

References

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. PTS Publishing Sdn Bhd.

Adhitya Darmawan & Agus Hari Wibowo. (2025). Transitivity processes in narrative texts by Batik junior high school students: A systemic functional linguistics analysis. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4(1), 321-348. https://doi.org/10.32890/rentas2025.4.1.13

Ahmad Harith Syah Md. Yusuf. (2008). Fungsi makna imbuhan awalan pen-: Satu analisis Teori Relevans [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alfred, R., Leong, L. C., Chin, C. K., & Anthony, P. (2014). A literature review and discussion of Malay rule - based affix elimination algorithms. Springer Proceedings in Complexity, pp. 285 – 297. https://doi.org/10.1007/978-94-007-7287-8_23

Anne Jefrry Kihob & Saidatul Nornis Mahali. (2021). Penguasaan murid tentang penggunaan imbuhan MeN-, di-dan BeR- dalam penulisan karangan respons terbuka: Students’ mastery of MeN-, di-and BeR-affixations in open response essay writing. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 32(2), 89-110.

Asmah Haji Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Australian National University. (n.d.). Malay concordance project. https://mcp.anu.edu.au/cgi-bin/tapis.pl

Blakemore, D., & Carston, R. (1999). The pragmatics of and-conjunctions: The non-narrative cases. CILISC1 (L’économie dans les structures, les computations et l’utilisation du langage, 12-15.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016). Lupa. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lupa

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Penglipur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penglipur,

Dilah Tuah, Chong Shin, Remmy Gedat & Mohammad Azlan Mis. (2021). Pilihan bahasa dalam kalangan etnik minoriti Kedayan di Bekenu, Sarawak: Satu penelitian awal. GEMA Online® Journal of Language Studies, 21(2), 177–194. https://doi.org/10.17576/gema-2021-2102-09 (grafiati.com)

Hasmidar Hassan, Nurerma Aida Abdul Rahman & Norsofiah Abu Bakar. (2022). Analisis pragmatik kecenderungan pelaporan akhbar berbahasa Melayu di Malaysia berdasarkan elemen bahasa. Jurnal Pengajian Melayu, 33(2), 83-97.

Hasmidar Hassan. (2006). Kata hubung dan dan tetapi: Satu analisis perbandingan nahu dan pragmatik [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia. https://ensiklopedia.kemdikbud.go.id/sastra/artikel/Salah_Asuhan

Jaludin Chuchu. (2008). Semantik dan pengajaran bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Johnny Tjia. (2015). Grammatical relations and grammatical categories in Malay. The Indonesian prefix meN- revisited. Wacana, 16(1), pp. 105 – 132. https://doi.org/10.17510/wjhi.v16i1.368

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Kamus Linguistik. (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. (1928). Salah Asuhan. Ensiklopedia Sastra Indonesia.

Lee, Angelin Chai Siah & Nasrun Alias. (2023). Kajian linguistik bahasa Kedayan: Satu tinjauan literatur sistematik. Jurnal Melayu, Isu Khas, 167–180.

Leow Ching Leong, Surayaini Basri & Rayner Alfred. (2012). Enhancing Malay stemming algorithm with background knowledge. Lecture Notes in Computer Science, 7458 LNAI, pp. 753 – 758. https://doi.org/10.1007/978-3-642-32695-0_68

Lufti Abas. (1971). Linguistik deskriptif dan nahu bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan Pen- dalam bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. GEMA Online Journal of Language Studies, 9(2), 57-72

Norhasliza Ramli & Zeckqualine Melai. (2016). Imbuhan Ter-dari perspektif Teori Relevans. e-BANGI Journal of Social Sciences and Humanities, 11(3), 145 - 162.

Noveck, I., & Sperber, D. (Eds.). (2004). Experimental pragmatics. Springer.

Nurul Huda Mohd Saad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2020). Imbuhan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam: Analisis Teori Relevans. GEMA Online® Journal of Language Studies, 20(3), 136-155.

Nurul Huda Saad. (2008). Peluasan makna imbuhan ber-: analisis Semantik Kognitif [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Paramita Kusumawardhani. (2020). Affexis analysis in a “Hansel and Gretel” story to English young learners: A morphology perspective. Wanstra.

Rahim Dulani (1992). Hikayat Awang Kamaruddin. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Riki Nasrullah & Arip Budiman. (2022). Kajian linguistik kognitif pada imbuhan ber- dalam Bahasa Indonesia. Ranah: Jurnal Kajian Bahasa, 11(2), 478-488.

Rosliah Kiting & Shira Eariy Janedeh. (2023). Pengaruh dialek terhadap penguasaan kemahiran komunikasi bahasa Melayu standard pelajar Bumiputera di UPSI. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 5(2), 75–86.

Sperber, D. & Wilson, D. (2002). Pragmatics, modularity and mind-reading. Mind & Language, 17, 3-23.

Sperber, D. (1986). Relevance: Communication and Cognition. Blackwell Publisher Ltd.

Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication & Cognition (2nd ed.). Blackwell Publisher Ltd.

Sperber, D., & Wilson, D. (1996). Relevance: Communication and cognition (2nd ed.). Blackwell Publisher Ltd.

Suhaina Amad Darwis, Rukaini Abdullah & Norisma Idris. (2012). Exhaustive affix stripping and a Malay word register to solve stemming errors and ambiguity problem in Malay stemmers. Malaysian Journal of Computer Science, 25(4), 196 – 209.

Tee Boon Chuan. (2023). Benarkah morfologi bahasa Melayu sedia ada bersifat sekunder? RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2, 181 – 197. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.8

Wilson, S. (2016). Thinking differently about leadership: A critical history of leadership studies. Edward Elgar Publishing.

Za’ba. (1965). Pelita Bahasa Melayu penggal I. Dewan Bahasa dan Pustaka.