Masalah penyebutan konsonan dan vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thai: Kajian kes di Universiti Thammasat Bangkok, Thailand (Malay consonant and vowel pronunciation problems among Thai students: A case study at Thammasat University Bangkok, Thailand)
Main Article Content
Abstract
Kajian ini membincangkan masalah sebutan bunyi konsonan dan vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajat Thai. Perbezaan antara konsonan dan vokal bahasa Melayu dan Bahasa Thai mewujudkan kerumitan dalam sebutan pelajar Thai yang mempelajari bahasa Melayu. Bunyi konsonan dan vokal dalam bahasa Thai yang berbeza jauh dengan bahasa Melayu hal ini telah menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar Thai dalam menghasilkan vokal lain seperti konsonan /c/ /g/ /h/ /j/ /p/ /r/ /t/ dan masalah sebutan bunyi vokal seperti bunyi vokal /a/ disebut /o/ (bunyi vokal dalam bahasa Melayu dialek Patani) dan bunyi vokal /e/ didapati mereka keliru /e/ e-taling dengan /ə/ e-pepet. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah penyebutan konsonan dan vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thai yang belajar mata pelajaran Bahasa Melayu (Elementary Bahasa Melayu 1). Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar sebagai responden. Jumlah tersebut terdiri daripada 14 orang pelajar bukan Muslim mereka tidak bertutur bahasa dialek Melayu Patani dan tidak pernah belajar bahasa Melayu, 3 orang pelajar Muslim yang tidak boleh bertutur dialek Melayu Patani dan juga 3 orang pelajar Muslim yang bertutur bahasa dialek Melayu Patani. Kajian ini juga meneliti faktor yang menjadi punca kepada masalah tersebut berlaku. Hasil kajian memperlihatkan beberapa masalah penyebutan bahasa Melayu bagi pelajar Thai yang mempelajari bahasa Melayu di Universiti Thammasat iaitu (I) penyebutan mengikut bunyi dialek Melayu Patani dalam kalangan pelajar yang boleh bertutur dialek Melayu Patani (II) kekeliruan penyebutan bunyi vokal /e/ e-taling dengan /ə/ e-pepet oleh pelajar yang bukan Muslim dan pelajar Muslim yang tidak boleh bertutur Dialek Melayu Patani (III) kekeliruan penyebutan konsonan dan vokal yang sama dengan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang bukan Muslim (IV) penyebutan secara salah bunyi konsonan yang tidak ada dalam bahasa Thai dan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang bukan Muslim dan (V) tidak berkemampuan menyebut konsonan penutup yang tidak terdapat dalam bahasa Thai dan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang bukan Muslim. Punca kesalahan penyebutan bunyi konsonal dan vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thai ialah pengaruh dialek Melayu Patani dan pengaruh daripada bahasa asing lain iaitu bahasa Thai, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-15Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Abdul Hamid Mahmood, & Nurfarah Lo Abdullah. (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Aslita Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (2008). Fonologi dialek Kelantan dan perubahannya. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Avery, P., & Ehrlich, S. (1992). Teaching American English pronunciation. Oxford University Press.
Azman Wan Chik. (1989). Kesalahan penggunaan bahasa Malaysia oleh murid-murid Melayu. Dalam Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader (Pnyt.), Kesalahan bahasa dalam bahasa Malaysia (hlm. 208–221). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Catford, J. C. (1977). Fundamental problems in phonetics. Edinburgh University Press.
Celce-Murcia, M., Brinton, D. M., & Goodwin, J. M. (1996). Teaching pronunciation: A reference for teachers of English to speakers of other languages. Cambridge University Press.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022). Kamus Dewan Edisi Keempat [Dalam talian]. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=diftong
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022). Kamus Pelajar Edisi Kedua [Dalam talian]. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Konsonan
Eppert, F. (Ed.). (1983). Transfer and Translation in Language Learning and Teaching: Selected Papers from the RELC Seminar on “Interlanguage Transfer Processes in Language Learning and Communication in Multilingual Societies,” Singapore, April 1982 (Anthology Series Vol. 12). Singapore University Press.
Ibrohim Malee. (2023). Penyebaran sistem vokal DMP di Yaha. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2, 267–287. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.12
Iram Sabir, & Nora Alsaeed. (2014). Brief description of consonants in Modern Standard Arabic. Linguistics and Literature Studies, 2(7), 185–189.
Kelly, G. (2000). How to teach pronunciation. Pearson Education Limited.
Kenworthy, J. (1987). Teaching English pronunciation. Longman.
Lado, R. (1957). Linguistics across cultures: Applied linguistics for language teachers. University of Michigan Press.
Nurhuda Sadama, Farok Zakaria & Khuzaiton Zakaria. (2018). Masalah penyebutan bunyi konsonan dan vokal bahasa Melayu di dalam kalangan pelajar Thai: Kajian kes di Kolej Kesihatan Sirinthorn Yala. Dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu/Indonesia, ASEAN Ke4 (hlm. 245–263). Fatoni University.
Nurul Aznina Mohd Salleh & Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2017). Struktur suku kata dasar bahasa Jawa Parit Sulong. Jurnal Melayu, 16(1), 82–100.
Odlin, T. (1989). Language transfer: Cross-linguistic influence in language learning. Cambridge University Press.
Prasong Rayanasuk. (1976). Tinjauan dan menyelesaikan kecacatan pertuturan murid sekolah Sathit Universiti Srinakharinwirot. Universiti Srinakharinwirot.
Prasong Rayanasuk. (1992). Bunyi dan penyebutan bunyi: Pembangunan untuk keberkesanan dalam pertuturan. Bangkrapi Graphic.
Radiah Yusof, Noriah Mohamed, & Nor’aini Ismail. (2010). Penghasilan bunyi vokal dan diftong. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Roach, P. (2009). English phonetics and phonology (4th ed.). Cambridge University Press.
Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Teo Kok Seong. (2006). Isu fonologi dalam pengajaran bahasa Melayu standard kepada penutur asli dialek. Jurnal Bahasa, 6(1), 23–45.
Teoh Boon Seong (1994). The sound system of Malay revisited. Institute of Language and Literature.
Wong, R. (1993). Pronunciation: Myths and facts. English Teaching Forum, 31(4), 45.
Zaharani Ahmad, & Teoh Boon Seong. (2005). Fonologi autosegmental: Penerapannya pada bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.