Benarkah morfologi bahasa Melayu sedia ada bersifat sekunder? (Is it true that the existing Malay morphology is secondary?)
Main Article Content
Abstract
Morfologi adalah ilmu pembentukan kata, dan setiap kata dikatakan terbentuk daripada morfem iaitu unit bahasa terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Masalahnya ialah selain daripada morfem terikat (seperti awalan, akhiran dan sebagainya), banyak morfem bebas bahasa Melayu yang difahami selama ini masih boleh dianalisis lagi kepada unit lebih kecil seperti bukit kepada bu- dan -kit yang mana kedua-dua suku kata bu- dan -kit mempunyai makna masing-masing. Dengan ini objektif kajian makalah adalah untuk membezakan morfologi primer yang berdasarkan suku kata (sebagai unit bahasa terkecil) daripada morfologi sekunder sedia ada yang berdasarkan morfem “bebas” yang umumnya merupakan kata dua suku kata atau ke atas. Kaedahnya adalah dengan membuktikan kebanyakan morfem “bebas” bahasa Melayu adalah terikat pada suku kata serta maknanya sekali gus merupakan morfem terikat pada hakikatnya. Dengan ini analisis morfologi Melayu sedia ada adalah bersifat sekunder dan perlu dilengkapi dengan analisis peringkat primer dengan memecahkan morfem-morfem “bebas” kepada unit lebih kecil lagi bermakna iaitu suku kata bahasa Melayu.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-27Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Abdullah Hassan. (1974). The Morphology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. PTS Publications & Distributor.
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am. PTS Publications & Distributor.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. PTS Professional.
Adelaar, K. A. (1992). Proto Malayic: The Reconstruction of its Phonology and Parts of its Lexicon and Morphology. The Australian National University.
Agnes Michael. (2000). Webster's New World College Dictionary: New Millennium Fourth Edition. Wiley Dreamtech India.
Akmajian, Adrian. (2002). Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alwi Hasan. (2013). Perbandingan antara Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arbak Othman. (1985). Belajar Tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar Bakti.
Arbak Othman. (2004). Pengantar Linguistik Am. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (1968). Morfologi - Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia: Satu Perbandingan Pola. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (1995 / 2019). Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (2015). Teori Asas Nahu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (2018). Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik dan Betul. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bador, Z. A. (1964). Word Forms in the Malay of Negri Sembilan. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. University of London.
Blust, Robert A. (1988). Austronesian Root Theory: An Essay on the Limits of Morphology. John Benjamins Pub.
Brandstetter, R. (1916). An Introduction to Indonesian Linguistics. Trans. by C. O. Blagden. The Royal Asiatic Society.
Carstairs-McCarthy, Andrew. (2002). An Introduction to English Morphology: Words and Their Structure. Edinburgh University Press.
Chaer, Abdul. (2002). Morfologi Bahasa Indonesia. Rineka Cipta.
Chapakiya, Suraiya. (2021). Konsep Asas Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dahl, Otto Chr. 1976. Proto Austronesian. Scandinavian Institute for Asian Studies.
Dempwolff, O. (1934-1938). Vergleichende Lautlehre des austronesischen Wortschatzes. 3 vols. Dietrich Reimer.
Farid M. Onn. (2021). Aspek Fonologi dan Morfologi Bahasa Melayu: Pendekatan Generative. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hendon, Rufus S. (1966). The Phonology and Morphology of Ulu Muar Malay. Hew Haven: Dept. of Anthropology, Yale Universi
Husain, Amdun. (1994). Morfologi dalam Pembinaan Bahasa Melayu. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM.
Kamus Dewan. (2005). Edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kho, Thong Eng. (1991). Intisari Tatabahasa Bahasa Malaysia. Sadong Press.
Kho, Thong Eng. (2019). Kupasan Tatabahasa Bahasa Melayu (jilid 1) - Fonologi dan Morfologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kridalaksana, Harimurti. (1996). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Indonesia. Gramedia Pustaka Utama.
Mahmood, Hamzah. (1997). Pembentukan Tatabahasa Melayu Mengikut Proses Hukum Morfologi dan Sintakis. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mulyono, Iyo. (2013). Ilmu Bahasa Indonesia Morfologi: Teori dan Sejumput Problematik Terapannya. Yrama Widya.
Nazir, Faridah. (2013). Morfologi bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia.
Nazir, Faridah. (2013). Pengantar Linguistik Bahasa Melayu.
Nida, Eugene A. (1949). Morphology: A Descriptive Analysis of Words. The University of Michigan Press.
Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa Dewan, edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nothofer, B. (1975). The Reconstruction of Proto-Malayo-Javanic. 'S-Gravenhage - Martinus Nijhoff.