Naratif pengurusan teknologi dalam novel terpilih Shahnon Ahmad berdasarkan terapan teori semiotik (The narrative of technology management in selected novels by Shahnon Ahmad based on the application of semiotic theory)

Main Article Content

Mohd Taha Abd Wahab
Azhar Wahid
Rahmanyasin Jaafar

Abstract

Novel adalah sebahagian daripada karya kesusasteraan yang memperlihatkan kehidupan manusia. Ianya juga adalah naratif yang mengandungi peristiwa yang terwujudnya masalah dan konflik dalam watak-watak. Novel juga telah dijadikan sebagai satu platform untuk sindiran dan kritikan sosial mengenai isu-isu kepimpinan, nilai kemasyarakatan dan perubahan zaman. Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks dan kepustakaan. Beberapa novel Shahnon Ahmad telah dipilih dengan tujuan membincangkan isu pengurusan teknologi dalam konteks cabaran perubahan sosial budaya di kalangan masyarakat Melayu. Teknologi bukan sahaja dihadirkan dalam bentuk peralatan dan sistem, malah menjadi lambang kemodenan. Perlambangan ini ditampilkan berdasarkan Teori Semiotik dengan menganalisis watak, perwatakan, plot dan juga dialog dalam novel-novel terpilih tersebut. Tiga karya terpilih iaitu Sampah, Tivi dan Kemelut yang melambangkan pelbagai dimensi negatif daripada pengurusan teknologi yang tidak seimbang dan tidak beretika. Naratif dalam ketiga-tiga karya ini menggambarkan bagaimana teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat akhirnya menjadi medium penindasan, pengasingan sosial dan kemerosotan nilai budaya apabila pengurusan teknologi ini tidak dilaksanakan dengan baik dan bijaksana. Aspek pengurusan teknologi dalam novel adalah dengan meneliti watak-watak sebagai anggota masyarakat dan harus disandarkan kepada prinsip perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penstafan dan kawalan. Maka cabaran dan objektif kajian adalah bertumpu kepada dua perkara utama iaitu, pertama, mengenal pasti naratif teknologi dalam novel dan kedua mengenai aplikasi pendekatan pengurusan teknologi tersebut dalam novel dengan terapan Teori Semiotik. Novel-novel Shahnon Ahmad yang dikaji ini membawa novelti atau keunikan apabila memperlihatkan kaedah atau cara pengarang Melayu kontemporari mengangkat isu teknologi bukan sekadar sebagai alat kemodenan, tetapi sebagai cerminan terhadap keperluan pengurusan nilai, moral dan akal budi dalam mendepani arus globalisasi.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Naratif pengurusan teknologi dalam novel terpilih Shahnon Ahmad berdasarkan terapan teori semiotik: (The narrative of technology management in selected novels by Shahnon Ahmad based on the application of semiotic theory). (2026). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 5(1), 1-32. https://doi.org/10.32890/rentas2026.5.1.1

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.