Cerminan kuasa melalui peribahasa Melayu yang Berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’: Analisis semantik inkuisitif (Reflection of power through Malay proverbs that object ‘elephant’ and ‘tiger’: An inquisitive semantic analysis)
Main Article Content
Abstract
Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan haiwan sebagai simbol untuk berkias dan memberikan teguran. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menonjolkan konsep kuasa melalui objek ‘gajah’ dan ‘harimau’ Merungkai perkaitan antara objek dan aspek pemaknaan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ melalui pendekatan semantik inkuisitif. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Daripada sejumlah 275 peribahasa yang berobjekkan haiwan, lapan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ telah dikenal pasti mengandungi kuasa sebagai aspek pemaknaannya. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara ciri-ciri fizikal yang dipunyai oleh haiwan tersebut dengan konsep kekuasaan yang terdapat dalam elemen pemaknaannya. Kekuatan gajah yang terletak kepada ‘saiznya’, manakala kekuatan harimau pula terletak kepada ‘ ‘belangnya’. Kekuatan bagi kedua-dua haiwan ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu menganalogikannya sebagai cerminan kekuasaan dalam peribahasa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya yang terdapat dalam semantik inkuisitif menjadi medan dalam dapat menghasilkan huraian makna yang merungkai perkaitan antara objek peribahasa yang digunakan dengan elemen pemaknaannya.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-27Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
A. Samad Ahmad (1979). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Boommgaard, P. (2001). Frontiers of fear: Tigers and people in the Malay world, 1600-1950. Yale University Press.
Carleton, M. D., & Musser, G. G. (2005). Mammal species of the world. Johns Hopkins University Press.
Chulan Ibni Raja Hamid. (1991). Misa Melayu. Pustaka Antara.
Clutton-Brock, J. (1987). A natural history of domesticated mammals. British Museum (Natural History).
Alderto, D. & Heart, A. (2022). The amazing world of Asian elephants. Lulu Press.
Ding Choo Ming. (2009). Beberapa sifat, asal usul dan kepengarangan peribahasa Melayu. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27(2). 3–26.
Firestone, M. (2010). Top 50 reasons to care about tigers: Animals in peril. Enslow Publishers.
French, J. R. P., Jr., & Raven, B. (1959). The bases of social power. Dlm. D. Cartwright (Ed.), Studies in social power (pp. 150–167). University of Michigan.
Gibb, H. A. R. (Tra.). (1929). Ibn Batuta travels in Asia and Africa. Routledge.
Godfrey, D., Lythgoe, J. N., & Rumball, D. A. (1987). Zebra stripes and tiger stripes: The spatial frequency distribution of the pattern compared to that of the background is significant in display and Crypsis. Biological Journal of the Linnean Society, 32(4), 427–433. https://doi.org/10.1111/j.1095-8312.1987.tb00442.x
Harian Metro. (2022, 17 Oktober). Pemimpin baik diredai Allah. Harian Metro Online. Bahan diakses pada 20 Februari 2023, daripada https://www.hmetro.com.my/addin/2022/10/893247/pemimpin-baik-diredai-allah.
Joshua Yoder. (2017). Mark of the tiger’s stripe. CreateSpace Independent Publishing Platform.
Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2017). Elemen Dualisme dalam Peribahasa: Pendekatan Semantik Inkuisitif, Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 10(1), 66–88.
Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2017). Refleksi dualisme ‘Durian Timun’ dalam peribahasa Melayu: Pendekatan semantik inkuisitif. Jurnal Linguistik, 21(2), 1–14.
Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin, & Junaini Kasdan. (2018). Refleksi gastronomi dalam komunikasi: Analisis semantik inkuisitif. Malaysian Journal of Communication. 34(1), 185–201.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Perdana. (2020). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kempson, R. M. (1986). Ambiguity and the semantics and pragmatics distinction. Dlm. C. Travis (Ed.), Meaning and interpretation. Basil Blackwell.
Khairuddin Kamaruddin. (2013). Hutan hujan tropika semenanjung Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matthiessen, P. (2000). Tigers in the snow. The Harvill Press.
Mohd. Taib Osman. (1997). Islamic civilization in the Malay world. Dewan Bahasa dan Pustaka and the Research Centre for Islamic History, Art and Culture.
Fowler, M. E. & Mikota, S. K. (2006). Biology, medicine, and surgery of elephants. Blackwell Publishing.
Nurul Izzati Md. Mustafa, Adnan Jusoh, Khairi Arrifin, Nabir Abdullah & Mohd Kamal Kamaruddin (2015). Penggunaan tenaga haiwan sebagai medium pengangkutan dalam masyarakat melayu tradisional. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(2), 53–61.
Nazri Abu Bakar. (2021, 4 April). Amanah, integriti cerminan iman dalam Islam. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 20 Februari 2023, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2021/04/803303/amanah-integriti-cerminan-iman-dalam-islam.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014a). Semantik dan akal budi Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2020). Objek dalam metafora dan akal budi Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(2), 199–222.
Nur Izzati Rozman & Nor Azilawati Mohd Noor. (2018). Semantik inkuisitif analisis ‘Belut’ dalam peribahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Izzati Md Mustafa & Adnan Jusoh. (2014). Hubungan gajah dengan orang Melayu di semenanjung Tanah Melayu: Tumpuam terhadap aspek sosial. Proceeding of The International Association of Historians of Asia, University Utara Malaysia, 23–27.
Rahman, M. T. A. (2017). Kamus peribahasa Melayu untuk pelajar. Penerbit Fajar Bakti.
Tilson, R. & Nyhus, P. J. (2009). Tigers of the World: The Science, Politics and Conservation of Panthera tigris. Academic Press.
Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “Ilmu” berdasarkan teori medan makna. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 157–180. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6
Sanjaya Lall. (1996). Learning from the Asian Tigers: Studies in Technology and Industrial Policy. Palgrave.
Schafer, E. H. (1957). War elephants in ancient and medieval China. Oriens, 10(2), 289. https://doi.org/10.2307/1579643
Shoshani, J. & Eisenberg, J. F. (1982). Elephas maximus. Mammalian Species (182): 1–8.
Stephen Alter. (2004). Elephas Maximus: A portrait of the Indian elephant. Penguin books.
Tenas Effendy. (2013). Kearifan pemikiran Melayu. Tenas Effendy Foundation.
Wan Azizah, & Lim Ann Teck.(2020). Malaysia baru 2018. Jabatan Penerangan.
Williams, D. W. (1871). The British Medical Journal. British Medical Association.
Winstedt, R.O. (1966). Hikayat Bayan Budiman. University Press.