Pemikiran keagamaan dalam puisi “Khutbah II” dan “Iktikaf 2” (Religious thoughts in “Khutbah II” and “Iktikaf 2” poems)
Main Article Content
Abstract
Sajak berfungsi sebagai saluran dan wahana dalam menyampaikan mesej dan amanat kepada masyarakat sarwajagat. Walau bagaimanapun, amanat dan mesejnya wajar mengalami anjakan paradigma atas faktor keperluan milieu yang sudah mengalami evolusi atas desakan dan tekanan kehidupan pada abad ke-21 yang semakin mencabar. Kehidupan pada era ini menuntut manusia untuk bersaing mengejar urusan duniawi untuk kepentingan material demi keselesaan hidup sehingga lupa nilai-nilai mulia yang mengakibatkan mereka terjebak ke kancah yang dimurkai Allah. Oleh itu, sewajarnya penciptaan genre sastera memberikan penekanan terhadap aspek keagamaan agar manusia memberikan perhatian terhadap nilai murni ke arah pembentukan akhlak yang mulia. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran keagamaan dalam sajak “Khutbah II” karya Mustafa Jusoh (2001) dan “Iktikaf 2” karya Naapiee Mat (2001). Kaedah kualitatif diaplikasi sepenuhnya dalam kajian ini dengan memberi fokus terhadap analisis teks. Kerangka teori yang diaplikasi ialah teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang (1989) yang membincangkan dua aspek utama, iaitu alamiah dan keagamaan. Walau bagaimanapun, kajian ini dibataskan dengan menggunakan pengkaedahan keagamaan sahaja. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa kedua-dua sajak sarat dengan pemikiran keagamaan yang signifikan menerusi penganalisisan terhadap rangkap dan baris-baris sajak tersebut. Pemikiran keagamaan ini diperlihatkan menerusi unsur-unsur dakwah yang memandu umat Islam ke jalan yang diredai Allah, pengajaran dan nilai moral positif sebagai panduan masyarakat sarwajagat dan nilai estetika yang digunakan oleh penyajak bagi menyampaikan pemikirannya. Kesimpulannya, kedua-dua sajak bukan sahaja berupaya memprojeksikan pemikiran keagamaan malahan menyirati mesej yang menjadi gagasan pengarang dalam penciptaannya untuk tujuan mentarbiyah umat manusia khususnya dalam era revolusi industri 4.0.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-15Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Abd. Rahim Ismail, & Khairuddin Mohamad. (2017). Kesusasteraan Melayu. Sasbadi Sdn Bhd.
Bacalah dalam bahasamu. (2001). Kementerian Pendidikan Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Abdullah Che Ya. (2018). Manifestasi kehidupan masyarakat Melayu dalam Bedar Sukma Bisu daripada perspektif Pengkaedahan Melayu. Jurnal Melayu, 17(2), 328-342.
Ghazali Darusalam (1996). Dinamika ilmu dakwah Islamiah. Utusan Publications & Sdn. Bhd.
Ghozali, M & Kamri, N. A. (2015). Keperibadian Islam dan profesionalisme dalam pekerjaan: Satu analisis teoritis. Jurnal Syariah, 23(2), 255-286.
Hamka. (2017). Lembaga hidup. PTS.
Harjoni Desky, & Syamsul Rijal. (2021). Pengembangan kerukunan masyarakat multikultural melalui pendekatan agama. International Journal of Islamic Thought, 20, 45-52. https://doi.org/10.24035/ijit.20.2021.209
Hashim Awang. (1989). Teori pengkaedahan Melayu. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-9. Anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hashim Awang. (1989). Kajian sastera: Suatu pendekatan Melayu. Dewan Sastera, Disember, 60-63.
Hashim Awang. (1993). Pengkaedahan Melayu dalam kajian dan kritikan kesusasteraan tanah air. Dewan Sastera, (Februari), 52-57.
Hashim Awang. (2002). Teori pengkaedahan Melayu dan prinsip penerapannya. Kertas kerja bengkel kajian teori Sastera Melayu. Anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28–29 Jun di Riviera Bay Resort, Melaka.
Jumali Selamat. (2009). Aplikasi teori pengkaedahan Melayu dalam Menjaras Ribut menerusi pendekatan dakwah. Jurnal Personalia Pelajar, 12, 19-37.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2019). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mawar Safei. (2016). The search between ambiguity and anti-story in Zaen Kasturi’s Taman Uzlah. Pertanika Journal of Sosial Science & Humanities, 24, 65-76.
Mohd. Haniff Mohammad Yusoff. (2023). Manikam kalbu: Adat dan adab Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2, 55–73. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.3
Muhammad Salleh. (1988). Kalau, atau dan maka. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Jusoh. (2001). “Khutbah II”. Dlm. Bacalah dalam Bahasamu, (hal.140). Kementerian Pendidikan Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Almahera Abu Hassan & Syahidatul Munirah Badrul Munir (2022). Puisi sebagai alat revolusioner: Analisis tekstual puisi-puisi perjuangan patani dalam internet. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 85–115. https://doi.org/10.32890/ rentas2022.1.3
Naapie Mat. (2001). “Iktikaf 2”. Dlm. Bacalah dalam Bahasamu, (hal. 148). Kementerian Pendidikan Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini Junoh, Zanirah Mustafa@Busu dan Abdul Manam Mohamad. (2023). Kaedah pemikiran kritis al-Dihlawi terhadap perbahasan al-Sa’adah (Kebahagiaan) dalam Karya Hujjah Allah al-Balighah. KEMANUSIAAN the Asian Journal of Humanities, 30(2), 207–237. https://doi.org/10.21315/kajh2023.30.2.10.
Noor Hazwany Haji Arifin. (2014). Pemikiran Marzuki Ali dalam khazanah segala rimbun dari aspek teori Pengkaedahan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 25, 130-152.
Nur Hanis Athirah Rosazlan. (2023). Sajak sebagai medium mendidik masyarakat: Satu penelitian terhadap puisi terpilih Zurinah Hassan berdasarkan teori Pengkaedahan Melayu. Latihan Ilmiah. Universiti Malaysia Kelantan.
Nurwahidah Alimuddin. (2007). Konsep dakwah dalam Islam. Jurnal Hunafa, 4(1), 73-78.
Pg. Haji Yakub & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2018). Sajak-sajak Baharudin H.O bertemakan ketuhanan: Analisis pendekatan dakwah. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 29 (1), 156-180.
Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “Ilmu” berdasarkan teori medan makna. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 157–180. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6.
Samsina Abd. Rahman. (2013). Kembali ke fitrah dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad. Jurnal Melayu, 11, 79-98.
Sahlan Mohd Saman. (1999). Tokoh dan kecenderungan kritikan sastera mutakhir. Persatuan Penulis Selangor.
Sara Beden & Siti Azura Juih. (2020). Drama “1400” Noordin Hassan: Analisis Pendekatan Kritik Islam. (e-Prosiding International Conference on Islamic Education 2020,) Anjuran Persatuan Intelektual Muslim Malaysia & Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Sara Beden & Nur Aisyah Shahira Naimon. (2021). Gapura iman: Citra keagamaan pengkaedahan Melayu. Prosiding Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2021. Anjuran Jabatan Pengajian Melayu bertempat di IPGKTAR pada 8-9 Mac, 50-62.
Sara Beden. (2021). Pengkaedahan Melayu: Manifestasinya dalam kumpulan cerpen perempuan kerudung hitam. Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara (PANGSURA) 46(24), 43-63.
Syaidul Azam Kamarudin & Arbai’e Sujud. (2017). Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi terpilih A. Aziz Deraman: Analisis teori pengkaedahan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistic (IJLEAL), 7, 47-63.
Strauss, A., & Corbin, J. (1998). Basics of qualitative research: Techniques and procedures for developing grounded theory (2nd ed.). Sage Publications, Inc.
Tarigan. (1994). Membaca ekspresif. Angkasa.
T.S. Eliot. (1988). The letters of T. S. Eliot. University Press.
Za’ba. (1962). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.