Penyelesaian konflik dalam naratif epik Iban: Satu kajian terhadap Ensera Ayor (Conflict resolution in Iban epic narrative: A study on Ensera Ayor)

Main Article Content

Wan Roshazli Wan Razali

Abstract

Malaysia bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian masyarakat majmuk tetapi juga memiliki warisan kesusasteraan yang unik, merangkumi pelbagai etnik termasuk masyarakat Orang Asli serta etnik di Sabah dan Sarawak. Walaupun Sarawak dan Sabah dipisahkan secara geografi oleh Laut China Selatan daripada Semenanjung Malaysia, hal ini tidak menghalang perkembangan dan penyebaran karya kesusasteraan mereka. Ensera Ayor merupakan salah satu epik klasik yang sangat berharga bagi masyarakat Iban dan terus menjadi rujukan generasi kini. Sebagai sebuah epik, Ensera Ayor menampilkan pelbagai konflik yang diolah dengan penuh kebijaksanaan oleh pengarangnya. Konflik merupakan elemen asas dalam sesebuah karya sastera, namun ia dapat diselesaikan melalui pelbagai kaedah. Oleh itu, makalah ini membincangkan kaedah penyelesaian konflik yang terdapat dalam Ensera Ayor dengan berpandukan pendekatan penyelesaian konflik yang dikemukakan oleh M.d Yadi Said serta Blake dan Mouton. Hasil penelitian mendapati bahawa lima kaedah utama yang digunakan dalam penyelesaian konflik dalam Ensera Ayor ialah pengelakan, persaingan, mempertahankan diri, muslihat, dan penyesuaian diri. Kelima-lima kaedah ini berakar dalam adat serta nilai budaya masyarakat Iban, yang mencerminkan kebijaksanaan dan strategi mereka dalam menangani pertentangan sosial.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Wan Razali, W. R. (2025). Penyelesaian konflik dalam naratif epik Iban: Satu kajian terhadap Ensera Ayor: (Conflict resolution in Iban epic narrative: A study on Ensera Ayor). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 4(1), 107-129. https://doi.org/10.32890/rentas2025.4.1.5

Research impact

Harvested 2026-09-16
1 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2025.4.1.5 OpenAlex W4412502075

References

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (1998). Berkonflik dan berunding. Utusan Publications.

Awang Rozaimie. (2021). Sustainability of oral history: A case of SRK Pulo at Kampung Semarang. KEMANUSIAAN the Asian Journal of Humanities, 31(2), 59-81. https://doi.org/10. 21315/kajh2024.31.2.4

Blake, W. (1991). The resolution of conflict. Dalam T. Weber (Ed.), Conflict resolution and Gandhi ethics (pp. 35–56). The Gandhi Peace Foundation.

Doratya Anak Gerry, & Chemaline Anak Osup. (2020). Kaedah mengalami-menghayati dalam pengajaran bahasa Iban dengan menggunakan Ensera. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 31(1), 76–89. https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol31no1.6

Malike Ibrahim. (2008). Mengurus konflik. IBS Buku Sdn. Bhd.

Md. Yadi Said. (2006). Mengurus konflik. PTS Professional.

Membunga @ Siti Meriam Yaacob. (2017). Penyelesaian konflik dalam cerita lisan masyarakat Temiar. Dalam R. A. Hamid & N. F. Low Abdullah (Eds.), Akal budi dalam sastera rakyat naratif dan bukan naratif (hlm. 54-67). Universiti Sains Malaysia.

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Nadiatul Shakinah Abdul Rahman, Rohaya Md Ali & Jacquelina Karimon. (2023). Malay women’s challenges in balancing careers and households: A textual analysis study of selected short stories by Zurinah Hassan. Cogent Arts & Humanities, 10(1), https://doi.org/10.1080/23311983.2023.2259663

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Almahera Abu Hassan, & Syahidatul Munirah Badrul Munir. (2022). Puisi sebagai alat revolusioner: Analisis tekstual puisi-puisi perjuangan Patani dalam internet. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1(1), 85–115. https://doi.org/ 10.32890/rentas2022.1.3

Mohd Haniff Mohammad Yusoff. (2023). Manikam Kalbu: Adat dan adab Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2(1), 55–73. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.3

Nidzam Sulaiman. (2018). Pemikiran sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim. (1993). Teori dan kritikan sastera Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim, & Chemaline Osup. (2013). Ensera Ayor: Epik rakyat Iban. Universiti Sains Malaysia.

Noorasikin Azis. (2016). Ayor: Wira hodoh sastera rakyat Iban [Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Sains Malaysia.

Patricia Ganing, Asmiaty Amat, & Lokman Abdul Samad. (2020). Entelah warisan dan hubungannya dengan kepercayaan masyarakat Iban. Universiti Malaysia Sabah.

Pruitt, D. G., & Rubin, J. Z. (2004). Teori konflik sosial. Pustaka Pelajar.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (t.t). Konflik. Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=konflik

Wan Roshazli Wan Razali & Sakinah Abu Bakar. (2020). Conflict resolution in Syair Sultan Maulana. Journal Malay Literature, 33(1), 1-20.

Wan Roshazli Wan Razali, & Shakti Nagesvari Paramasivan. (2024, April 23–24). Ensera Ayor sebagai cerminan kebijaksanaan masyarakat Iban berkaitan etnosentrisme dalam mendepani era teknologi [Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Pembangunan Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah].

Yayasan Budaya Melayu Sarawak. (t.t.). Statistik penduduk. Yayasan Budaya Melayu Sarawak. https://melayusarawak.org.my/statistik-penduduk/