Leksis gender dalam novel A. Samad Said: Satu analisis medan semantik (Gender lexis in selected novel A. Samad Said: A semantic field analysis)
Main Article Content
Abstract
Leksis merupakan unit yang penting dalam bahasa terutamanya dalam pembentukan ayat. Dari sudut linguistik, leksis merupakan perbendaharaan kata dalam bahasa. Dari sudut linguistik, leksis gender ialah perbendaharaan kata yang melibatkan jantina sama ada jantina lelaki, perempuan atau neuter (neutral). Penyelidik menyenaraikan dua objektif kajian yang utama, iaitu, mengenal pasti penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said dan menginterpretasi leksis gender menggunakan teori Medan Semantik (Syed M. Naquib al-Attas, 2001). Data penyelidikan dikumpul daripada empat buah novel terpilih A. Samad Said, iaitu ‘Langit Petang (1980)’, ‘Di Hadapan Pulau (2000)’, ‘Sungai Mengalir Lesu (2005)’, dan ‘Adik Datang (2012)’. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif bagi menjawab objektif kajian. Penyelidik juga menggunakan kaedah analisis kandungan teks bagi mengenal pasti leksis gender yang terdapat dalam novel terpilih A. Samad Said. Data leksis gender yang terdapat pada novel tersebut akan dianalisis menggunakan Teori Medan Semantik S. Ullmann (1963) menerusi pendekatan model analisis T. Izutsu (1964) dan Syed M. Naquib al-Attas (1970 dan 2001). Hasil penyelidikan mendapati bahawa leksis gender yang dipaparkan dalam novel terpilih A. Samad Said dikategorikan kepada tujuh kata fokus, iaitu kekeluargaan, bentuk panggilan, gelaran, pekerjaan/jawatan, kata sifat, kata ganti nama diri dan kata nama. Selanjutnya, daripada 10,398 leksis gender yang dikaji, didapati leksis gender daripada kategori kata ganti nama diri mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 5,297 kekerapan, diikuti pula leksis gender daripada kategori kekeluargaan yang berjumlah 1,928 kekerapan dan leksis gender daripada kategori bentuk panggilan sebanyak 1,410 kekerapan. Hasil dapatan akhir menunjukkan bahawa setiap kata fokus akan menerbitkan satu konsepsi berdasarkan medan semantik yang melatarinya. Kata fokus yang dinyatakan mempunyai jalinannya dengan makna setiap kata kunci yang mengelilingi kata fokus yang membentuk lingkungan konsepsi sehingga membentuk medan semantik bagi leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-14Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
A.Samad Said. (2012). Adik datang. PTS Pop Sdn. Bhd.
A.Samad Said. (2005). Sungai mengalir lesu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A.Samad Said. (2000). Di hadapan pulau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A.Samad Said. (1980). Langit petang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aminnudin Saimon. (2015). Leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said. Tesis Master yang tidak diterbitkan. Serdang: UPM.
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa. (2001). Falsafah, logik, teori, nilai dan etika Melayu: Suatu pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu dan Pusat Dialog Peradaban.
Hashim Musa. (1995). Mencari ilmu yang benar: Pendekatan kajian berdasarkan kata-kata kunci utama. Jurnal Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) - Kesturi, 5 (2), 26-69.
Hatch, E. M. & Brown, C. (1995). Vocabulary, semantics and language education. Cambridge University Press.
Indirawati Zahid. (2019). Kata kerja dan hubungan leksikal dalam iklan produk kecantikan wanita. Issues in Language Studies 8, (1).
Indirawati Zahid & Jasminerah Abdul Jalil. (2019). Kata kerja, hubungan leksikal dan komponen makna dalam bahasa iklan kecantikan. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 9 (2), 27-42.
Izutsu, T. (1964). God and man in the Koran: Semantics of the Koranic Weltanschauung. Tokyo: Keio Institute of Cultural and Linguistic Studies, Keio University.
Izutsu, T. (1959). The structure of the ethical terms in the Koran: A study in semantics. Tokyo: Keio Institute of Philological Studies, Keio University.
Jos Daniel Parera. (1995). Leksikon istilah pembelajaran bahasa. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Umum
Lyons, J. (1968). Introductions to theoretical linguistics. Cambridge: Cambridge University Press.
Lyons, J. (1981). Language, meaning and context. London: Fontana Paperback.
Mokhtar Haji Mohd. Tohar & Ahmad Fawzi M. Basri. (2003). Protokol di Malaysia: Tradisi dan amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad. (2017). Leksikal sinonim dalam Al Quran: Satu analisis fungsi dan kesan semantik. Jurnal Linguistik, 21 (1), 36 - 54.
Nathesan, S. (2008). Makna dalam bahasa Melayu (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. (2012). Kesantunan berbahasa dalam konteks pekerjaan: Perspektif Penggunaan Kata Ganti Nama. Dalam Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norazit Selat. (2007). Masyarakat dalam Langit Petang. Dalam Siti Aisah Murad (Ed), A. Samad Said dalam Esei dan Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozita Che Rodi. (2013). Bahasa sebagai cerminan nilai hati budi Melayu dari sudut medan semantik. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Serdang: UPM.
Siti Farida Salleh, Yazid Yahya, Mary Fatimah Subet, Muhammad Zaid Daud. (2020). Analisis semantik leksikal dalam novel sangkar karya Samsiah Mohd. Nor. Asian People Journal 3 (1), 45-63.
Suhaidah Said, Siti Nurul Jannah Fital & Nor Suhaila Che Pa. (2015). Analisis gender dalam bahasa Melayu dari sudut leksikal dan makna. Seminar Linguistik Kebangsaan 2014.
Syed M. Naquib Al-Attas. (1970). The mysticism of Hamzah Fansuri. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Syed M. Naquib Al-Attas. (1988). The oldest known Malay manuscript: A 16th century Malay translation of Aqa'id of al-Nasafi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Syed M. Naquib Al-Attas. (2001). Risalah untuk kaum muslimin. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Ullmann, S. (1963). The principles of semantics. Oxford: Blackwell Paperback.