Kepercayaan tahyul di Borneo Utara semasa pra-kolonial: Satu kajian literatur (Superstitious beliefs in North Borneo during the pre-colonial era: A literature review)
Main Article Content
Abstract
Makalah ini meneliti kepercayaan yang sering dilabel sebagai tahyul dalam kalangan masyarakat di Borneo Utara sebelum kedatangan kuasa Barat pada tahun 1881. Melalui sorotan literatur yang merangkumi sumber etnografi klasik, laporan pentadbiran kolonial, serta kajian kontemporari, artikel ini berusaha memahami makna, fungsi, dan konteks kepercayaan tersebut dalam kehidupan masyarakat pra-kolonial. Penelitian mendapati bahawa kepercayaan yang dikategorikan sebagai tahyul sebenarnya mempunyai peranan yang kompleks dan tidak dapat dipersempit hanya sebagai amalan yang tidak rasional. Sebaliknya, ia membentuk kerangka kosmologi yang mengatur hubungan manusia dengan alam sekitar, menentukan etika ekonomi, mempengaruhi sistem penjagaan kesihatan tradisional, serta menyokong struktur sosial masyarakat tempatan. Selain itu, artikel ini turut menganalisis dan mengkritik penggunaan istilah tahyul yang diperkenalkan melalui wacana kolonial dan misi agama, yang sering menggambarkan amalan kosmologi tempatan secara stereotaip dan merendahkannya sebagai khurafat. Naratif kolonial tersebut telah mengabaikan nilai epistemologi dan kearifan tempatan yang terkandung dalam sistem kepercayaan masyarakat Borneo Utara. Oleh itu, kajian ini mengemukakan tafsiran semula terhadap kepercayaan dan amalan kosmologi pra-kolonial sebagai sebahagian daripada warisan budaya dan sistem pengetahuan pribumi yang bernilai. Sorotan ini sekaligus membuka ruang perbincangan lebih luas tentang bagaimana wacana kolonial membentuk persepsi moden terhadap warisan kepercayaan, serta pentingnya mengangkat semula tradisi kosmologi tempatan dalam kerangka akademik dan warisan dunia.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-14Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Appell, G. N. (1968). The nature of social grouping among the Rungus Dusun of Sabah. Journal of the Malaysian Branch Royal Asiatic Society, 41(2), 193–202.
Appell, G. N. (1976). Studies in Borneo societies: Social process and anthropological explanation (Special Report No. 12). Center for Southeast Asian Studies, Northern Illinois University.
Awg Asbol Haji Mail. (2023). Kesultanan Brunei dan Aceh tradisional (Abad Ke 14 – 19 Masihi): Satu perbandingan konsep daulat dan derhaka. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2(1), 141–156. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.6
Evans, I. H. N. (1922). Realigion of the Tempasuk Dusuns of North Borneo. Cambridge University Press.
Evans. I. H. (1922). Among primitve peoples in Borneo. Seeley Service.
Geertz, C. (1973). The Intrepetation of Culture. Basic Books.
Hanafi, H. (2005). Kearifan lokal masyarakat Kadazandusun dalam pertanian membantu pelestarian alam. Universiti Malaysia Sabah. https://www.researchgate.net/publication/332371600
Harrisson, T. (1959). World within: A Borneo story. Crescent Press.
Ismail Jaafar, Julaina Nopiah, & Nur Zaidatul Syafiaa Mohd Zaid. (2025). Realisme magis dan budaya masyarakat Melayu Nusantara dalam novel Cinta Sang Ratu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 4(1), 413–450. https://doi.org/10.32890/rentas2025.4.1.16
Mohamad Zakuan Tuan Ibharim, & Khairul Faiz Alimi. (2024). Subtitling Malay taboo language into English: The case of The Assistant (2022). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 3(1), 121–143. https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.6
Mosum, N. B., & Mohd Yusoff, M. Y. (2017). Adat dan kepercayaan dalam ritual kematian masyarakat Bajau: Kajian kes di Kampung Pangkalan Kunak, Sabah. Jurnal Wacana Sarjana, 1(2), 27–40. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/43
Pagangan, A. (n.d.). Sejarah bomoh dan ritual masyarakat Dusun. https://id.scribd.com/document/642278794/Untitled
Prichard, E. (1937). Witchcraft, oracles and magic among the Azande. Clarendon Press.
Rutter, O (1929). The Pagan of North Borneo. Hutchison.
Rutter, O. (1922) British North Borneo. Constable & Company Ltd.
Sather, C. (1997). The Bajau Laut: Adaptation, history and fate in a maritime fishing society of south-eastern Sabah. Oxford University Press.
Saidatul Sahirah Adam, Mohd Nazri Ahmad, Mohammad Akram Dahalan, Mohd Nasir Ripin, & Nur Izzati Ab Ghani. (2024). Adat bertimbang masyarakat Bajau di Kampung Bolong, Tuaran: Suatu kajian kelangsungan. International Journal of Law, Government and Communication, 9(35), 298–309. https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2329
Skeat, W.W. (1900). Malay Magic: An Introduction to the folklore and popular religion of the Malay Peninsula. Macmillan.
St. John, S. (1862). Life in the forests of the Far East (Vols. 1–2). Smith, Elder and Co.
Yusop, Y., Abdullah, R., & Mohd Ali, A. (2023). Meneroka pandangan dunia masyarakat Dusun tradisional dalam pelestarian alam sekitar melalui aktiviti penanaman padi. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 16(1), 1–20. https://www.researchgate.net/publication/368221668