Pengajaran bahasa Melayu menggunakan papan putih interaktif: Penerimaan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Hulu Langat (Teaching Malay using interactive white boards: Acceptance among teachers in Chinese National Schools (SJKC) in Hulu Langat)
Main Article Content
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran bahasa Melayu berpandukan Teori Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT). Kajian ini turut mengkaji hubungan antara tahap penerimaan papan putih interaktif berdasarkan pengalaman mengajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 185 orang guru bahasa Melayu di SJKC sekitar daerah Hulu Langat menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Enam belas buah sekolah SJKC dipilih sebagai lokasi kajian kerana terdapat kemudahan papan putih interaktif di setiap bilik darjah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan berada dalam julat antara 0.712 hingga 0.846. Data kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS versi 28.0. Analisis deskriptif min dan sisihan piawai, manakala analisis inferensi menggunakan Korelasi Pearson. Tahap penerimaan papan putih interaktif mencatatkan nilai min yang tinggi mengikut empat konstruk UTAUT. Hubungan tahap penerimaan dengan pengalaman mengajar mencatatkan nilai korelasi yang signifikan p<0.05 berbentuk hubungan yang negatif iaitu semakin meningkat pengalaman mengajar semakin berkurang tahap penerimaan papan putih interaktif. Implikasi kajian mencadangkan sekolah yang mempunyai kemudahan papan putih interaktif diberikan panduan dan latihan yang terancang untuk meningkatkan tahap penerimaan papan putih interaktif khususnya dari segi bahan pengajaran dan aplikasi yang sesuai dan berkesan bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-16Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Arumugam Raman, Yahya Don, Rozalina Khalid, Fauzi Hussin, Mohd Sofian Omar & Marina Ghani.(2018). Technology acceptance on smartboard among teachers in Terengganu using UTAUT model. Asian Social Science, 10(11), 84-91.
Azman Jais. (2018). Penerimaan dan penggunaan inovasi persekitaran pembelajaran maya (VLE) dalam kalangan guru. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dahlia Janan, Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi, Punaji Setyosari, Norliza Jamaluddin, Siti Saniah Abu Bakar, & Lin Chia Ying. (2024). Model of teaching Malay language to non-native and foreign speaker. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 21(1), 1–38. https://doi.org/10.32890/mjli2024.21.1.1
Davidovitch, N., & Yavich, R., (2017). The effect of smartboards on the cognition and motivation of students. Higher Education Studies, 7(1), 60-68.
Eman Mohammed Alturki, Sulaiman Hashim & Mohamad Sahari Nordin. (2020). Teachers acceptance of the use of smartboard in Riyadh Region, Saudi Arabia. Journal of Interdisciplinary Studies in Education, 9(2), 211-222.
Gabatshwane Tsayang, Tshepo Batane & Aaron Majuta. (2022). The impact of interactive smart boards on students’ learning in secondary schools in Botswana: A students’ perspective. International Journal in Education and Developement using Information and Communication Technology, 16(2), 22-29.
Guilfort, F. R. (1973). Fundamental statistics in psychology and education. McGraw Hill.
Khor Huan Chin & Noraini Mohamed Noh. (2016). Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam pembelajaran bahasa Malaysia dalam kalangan murid Tahun 3. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 9(Edisi khas), 11-17.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. McGraw-Hill (Malaysia).
Marrni Izzati Kamaruddin. (2020). Perbezaan tahap pengetahuan, penggunaan dan penerimaan guru bahasa Melayu berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya. Jurnal Pendidikan bahasa Melayu-JPBM, 10(2), 15-28.
Mohd Sufian Ismail & Anida Sarudin. (2022). Analisis kata kunci dalam soalan karangan bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan perisian ATLAS.ti 9. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1(1), 205-222.
Nenad,T., Kalinic, Z., & Todorovic, V. (2023). Using the UTAUT model to analyze user intention to accept electronic payment system in Serbia. Portuguese Economic Journal, 22(2), 251-270.
Nitza, D., & Roman, Z. (2017). The effect of smartboards on the cognition and motivation of students. Higher Education Studies, 7(1), 60-68.
Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador & Mohd Kasri Saidon. (2017). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Kertas kerja dibentangkan di Proceeding of ICECRS. Anjuran Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Diakses pada 25-27 Oktober 2016.
Siti Fatimah Abd Rahman, Melor Md Yunus & Harwati Hashim. (2021). Applying UTAUT in predicting ESL lecturers intention to use flipped learning. Sustainability, 13(15), 1-13.
Syajarul Imna Mohd Amin, Siti Ngayesah Ab Hamid & Nur Hannah Norhisham. (2022). Faktor penentu niat penggunaan e-Dompet pasca pandemik COVID-19 di Malaysia: Integrasi model UTAUT dan TAM, Jurnal Pengurusan. 9(66), 109-121.
Tee Boon Chuan. (2023). Benarkah morfologi bahasa Melayu sedia ada bersifat sekunder? RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2(1), 177-193.
Tsayang, G., Batane, T., & Majuta A., (2022). The impact of interactive smart boards on students’ learning in secondary schools in Botswana: A students’ perspective. International Journal in Education and Developement using Information and Communication Technology, 16(2), 22-29.
Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. R. (2003). User acceptance of information technology: Toward a unified view. MIS Quarterly, 27(3), 425-478.
Xolile Zincume & Mudaray Marimuthu (2022). Structural equation modelling of factors influencing user’s adoption of smartboard: A South African University perspective. International Journal of Information and Education Technology, 12(3), 215-224.