Representasi ‘Hubungan Terlarang’ dalam lirik lagu “Gemuruh” Search Ft Wings berdasarkan semiotik Roland Barthes (Representation of 'Forbidden Relationships' in the lyrics of the song "Gemuruh" Search Ft Wings based on the semiotics of Roland Barthes)
Main Article Content
Abstract
Makna dalam bentuk muzik mempunyai variasi tersendiri yang signifikan terhadap realiti sosial dan ideologi yang dibawa oleh pelbagai kelompok genre muzik. Genre muzik ‘Rock’ misalnya, ekspresi yang dizahirkan menerusi lirik serta irama yang ditampilkan merepresentasikan luahan tersendiri hasil dari tantangan realiti kehidupan harian dalam sesebuah kelompok masyarakat. Persoalannya, adakah pendengar menyedari dan memahami makna sebenar lirik yang diungkapkan atau hanya terbuai dengan kesyahduan melodi nyanyian dan pesona iringan muzik yang melatarinya? Terdapat juga tuduhan bahawa terdapat lagu didakwa mempunyai unsur ‘negatif’ dan tidak sesuai diperdengar kepada umum. Sedangkan penilaian itu tidak cuba mengesan manifestasi sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis dan menjelaskan makna yang terkandung dalam lirik lagu bergenre rock pada sekitar era 1990-an iaitu “Gemuruh”. Kajian juga akan memerihalkan manifestasi sebenar atau mesej yang ingin disampaikan oleh penulis lirik disebalik paparan peristiwa yang digambarkan dalam lirik lagu tersebut. Kaedah analisis dijalankan secara kualitatif dengan memfokus kepada “teks lirik” sebagai objek, dengan cara mentafsir serta memahami kod ‘tanda’ (decoding sign) di sebalik teks tersebut menerusi pendekatan semiotik Roland Barthes. Justeru analisis akan melalui dua tahap (two order of signification), iaitu tahap 1) komponen penanda (signifier) dan petanda (signified) melibatkan makna detonasi, konotasi dan mitos bagi melihat ketepatan maknanya agar lebih mudah diyakini dan sesuai dijadikan sandaran pemahaman masyarakat. Kajian mendapati bahawa lirik lagu tersebut adalah merupakan suatu bentuk usaha memberi kesedaran dan pesanan kepada setiap pasangan yang bercinta termasuklah kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga agar tidak melakukan perkara di luar batas pergaulan.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-15Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Amir Husairi Sharif. (2006). Bahasa, muzik, dan komunikasi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ababil. (2006, Februari 1). Underground vs. Mainstream. Fahamkah anda? Rhythms of The Third World (ROTTW), 50.
Barthes, R. (1997). Image music text (S. Heath, Trans). Fontana Press.
Barthes, R. (2007). Mythologies. Yale University Press.
Che Noraini Hashim. (2002). Gejala Sosial: Punca perspektif dan penyelesaian menurut Islam, siri 1 (Penyakit: akar dan penyelesaian dari perspektif Islam, 1st series). Pertiwi Sdn. Bhd.
De Salvo, D. (2012). The language of the blues: From Alcorub to Zuzu. Billboard.
Fadly Fahmi Mokhtar. (2008, Disember). Antara irama lagu dan kebebasan bermuzik. Konsert, 31.
Hasan Basrie Alcaff. (1990). Rahasia cinta kepada Allah. Darul Ulum Press.
Ika Suzainna Let & Rohaidah Kamarudin. (2018). Penterjemahan unsur budaya dalam bahasa kiasan daripada lagu bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Journal Of Kesidang, 3(1), 1-8.
Johari Talib, Nasruddin Yunos, & Siti Nor Baya. (2009). Characteristics of pregnant girls and men who fathered their children. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jyh Wee Sew. (2016). Analisis kajian Sastera: Semiotik dalam novel Anwar Ridhwan. Jurnal AKADEMIKA, 86(2), 53-63.
Kerr, B. (2005). Effective use of audio media in multimedia presentation. Middle Tennessee State University.
Mohd Haniff Mohammad Yusoff. (2023). Manikam kalbu: Adat dan adab Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2, 55–73. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.3
Mohd. Fauzi, H., & Mohd. Khairul Naim, C. N. (2012). Tinjauan kepentingan pembangunan modal insan di Malaysia. Jurnal Al-Tamaddun, 7(1), 75-89.
Mohd Firdaus Che Yaacob. (2021). Analisis aspek kemasyarakatan melalui pemikiran A. Samad Said dalam novel Daerah Zeni dan Hujan Pagi. TENIAT: International Journal of Creative Future and Heritage, 9(2), 15-35.
Nor Asiah Jusoh. (2001). The psychology of love: Comparative study of al-Ghazali and Maslow. Laporan Kajian yang tidak Diterbitkan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Roe, K. (1999, Julai). Music and identity among European youth. Music as communication. Soundscapes, 2.
Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “Ilmu” berdasarkan teori medan makna. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 157–180. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6
Sara Hatem Jadou, Iman M. Muwafaq, & al Ghabra. (2021). Barthes’ semiotic theory and interpretation of signs. International Journal of Research in Socialsciences & Humanities, 11(3), 470-482.
Sobur, A. (2003). Semiotika komunikasi. PT. Remaja Rosdakarya.
Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Hanisah Osman, & Fazilah Idris. (2016). Konsep cinta Muslim, personaliti dan akhlak percintaan dalam kalangan belia Muslim. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 17, 29-52.
Wan Ahmad Shaufiq. (2021, Oktober 3). Rock Kapak: Pengaruh sub-budaya rock kapak dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Ipoh Music Symposium.
Wiranata, E. (2015). Types and meanings of idiomatic expressions in forever the sickest kids’ album “Underdog Alma Mater”. HUMANIS Journal, 11(1), 1-8.
Wong Shia Ho, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2019). Bahasa kiasan dalam lagu “Mati Hidup Semula”: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Bahasa, 19(2), 231-258.
Zettl, H. (1998). Contextual media aesthetics as the basis for media literacy. Journal of Communication, 48(1), 81-95.
Zulaiha, Ali Othman, Roslan Ahmad, Umi Nadzrah, & Zurina Muda. (2016). Remaja bercinta: Kajian terhadap tiga jenis sekolah menengah kebangsaan, agama dan agama swasta. Jurnal Hadhari, 8(1), 187-210.
Zulieda Azni, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2020). Representasi sosial masyarakat dalam lirik lagu Aman RA. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-14.