Peningkatan kemahiran terjemahan dan interpretasi dalam pembelajaran bahasa Indonesia dengan menggunakan teknik SDTI

(Improving translation and interpretation skills in learning Indonesian language using SDTI technique)

Authors

  • Yang En Siem Evelyn
  • Norazlina Mohd Kiram

DOI:

https://doi.org/10.32890/rentas2025.4.1.11

Abstract

Kemahiran penterjemahan dan tafsiran sangat diperlukan oleh pelajar bahasa asing. Tahap kemahiran ini dapat dinilai melalui terjemahan dan tafsiran yang dihasilkan. Penyampaian yang tepat dan jelas oleh penterjemah dalam bentuk teks atau ucapan lisan sangat penting supaya pembaca atau pendengar dapat menerima mesej dengan berkesan. Teknik SDTI ialah pendekatan baharu yang dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran penterjemahan dan tafsiran. Artikel ini memperkenalkan teknik SDTI, iaitu Semak (Listening), Duplikasi (Shadowing), Terjemahan (Translation) dan Interpretasi (Interpretation)  yang diaplikasikan kepada pelajar di Jabatan Tafsiran dan Terjemahan Bahasa Melayu-Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS). Responden kajian terdiri daripda enam pelajar HUFS yang mengikuti pengajian pada Semester Pertama 2024. Kajian memperlihatkan bahawa  teknik SDTI dapat mendidik pelajar untuk menjadi penterjemah yang berkebolehan bagi menghasilkan terjemahan yang baik, tepat, mahir bertutur dan yakin dalam penyampaian mesej.

References

Downloads

Published

16-07-2025

How to Cite

Peningkatan kemahiran terjemahan dan interpretasi dalam pembelajaran bahasa Indonesia dengan menggunakan teknik SDTI: (Improving translation and interpretation skills in learning Indonesian language using SDTI technique). (2025). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 4(1), 277-296. https://doi.org/10.32890/rentas2025.4.1.11