Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “ilmu” berdasarkan teori medan makna (The Malay psyche as a symbol of civilization of a society: A study based on the focus word “knowledge” using the semantic field theory)

Main Article Content

Rozita Che Rodi

Abstract

Tumpuan perbahasan dalam artikel ini ialah huraian tentang konsep hati budi Melayu dan dua puluh enam komponennya, sebagai teras pembentukan keperibadian sosial yang dimiliki oleh orang Melayu secara arus perdana. Tertunjang dalam dua puluh enam komponen hati budi Melayu ini ialah nilai murni Melayu yang boleh dianggap sebagai simbol budaya asas pembentukan peradabannya. Definisi hati budi Melayu, nilai murni, dan simbol budaya akan dihuraikan sepenuhnya. Juga akan dibincangkan siapa orang Melayu, pandangan alam sarwajagatnya dan falsafah pembangunannya. Perbincangan secara terperinci akan dilakukan tentang kata fokus dan kata kunci, dengan perkataan “ilmu” diambil sebagai contoh, sehingga terbentuk lingkungan-lingkungan konsepsi bagi dua puluh enam komponen hati budi Melayu itu. Sebagai kesimpulan, dibincangkan secara ringkas kepentingan konsep hati budi Melayu dalam pengajian Melayu tentang masyarakat Melayu. Kaedah penyelidikan terdiri daripada pengutipan data melalui kajian perpustakaan, analisis data berdasarkan analisis teks menggunakan teori medan makna yang dipelopori oleh Trier (1931), yang seterusnya diterapkan oleh Izutsu (1964) dalam penyelidikannnya tentang kata kunci dalam al-Qur’an yang berkaitan dengan weltanschauung al-Quran. Syed M. Naquib al-Attas (1970) telah menggunakan teori medan makna ini untuk mengkaji fahaman tasawuf atau mistisisme Hamzah Fansuri seorang ulama dan ahli sufi Melayu yang hidup di Aceh pada akhir abad ke-16 Masihi, iaitu berdasarkan beberapa karya beliau. Hati budi Melayu merupakan unsur teras dalam pembentukan keperibadian sosial orang Melayu secara arus perdana yang terhasil daripada pengalaman yang dikongsi bersama oleh masyarakatnya dalam menjalankan penghidupan dan membina peradaban mereka.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Che Rodi, R. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “ilmu” berdasarkan teori medan makna: (The Malay psyche as a symbol of civilization of a society: A study based on the focus word “knowledge” using the semantic field theory). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 1(1), 161-185. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6

Research impact

Harvested 2026-09-14
6 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2022.1.6 OpenAlex W4313906922

References

Ahmad, H. (2006). Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal. Alaf 21 Sdn. Bhd.

Al-Attas, S. H. (1977). The Myth of Lazy Native. Frank Cass.

Al-Attas, S. M. N. (1970). The Mysticism of Hamzah Fansuri. Penerbit Universiti Malaya.

Al-Quran al-Karim. (1995). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Bakar, O. (1992). Classification of Knowledge in Islam: A Study in Islamic Philosophy. Institute Policy Research.

Effendy, T. (2004). Ethos Kerja. Unri Press.

Effendy, T. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu dengan kerjasama Penerbit AdiCita.

Fromm, E. (1942). Character and the Social Process. Routledge.

Gould, J. A. (1992). Classic Philosophical Questions. MacMillan.

Hamid, I. (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izutsu, T. (1964). God and Man in the Koran: Semantics of the Koranic Weltanschauung. Keio Institute of Cultural and Linguistic Studies, Keio University.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maccoby, M. (2002). Toward a Science of Social Character. International Forum of Psychoanalysis 11, 33-44.

Mead, M. (1953). National Character. Dalam Kroeber, A. L. (ed.). 1953. Anthropology Today. University of Chicago Press.

Musa, H. (1995). Mencari Ilmu Yang Benar: Pendekatan Kajian Berdasarkan Kata-kata Kunci Utama. Jurnal Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) - Kesturi, Jilid 5(2), Disember: 26-69.

Musa, H. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Penerbit UPM.

Rodi, R. C. (2013). Bahasa sebagai Cerminan Nilai Hati Budi Melayu dari sudut Medan Semantik. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia.

Schweitzer, A. (1993). Civilization and Ethics. Adam & Charles Black.

Shariff, A. M. (2004). Adab Orang Melayu. Alfa Media.

Za`ba. (1982). Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://dictionary.reference.com/browse/gestalt+psychology?s=t) (dicapai pada 19 Februari, 2021).

http://www.merriam-webster.com/dictionary/psyche(dicapai pada 19 Februari, 2021).