Konotatif, afektif dan reflektif memanifestasi kebijakan akal budi Melayu Patani (Connotative, affective and reflective manifesting the wisdom of Malay intelligence of Patani)
Main Article Content
Abstract
Kecekapan minda Melayu dapat dilihat melalui pelbagai bentuk khazanah berbahasa Melayu dalam karya-karya sastera seperti pantun, sajak, cerpen, novel termasuk juga penciptaan lirik lagu. Makna yang terdapat dalam lirik lagu merupakan pengertian yang bukan sahaja muncul daripada bahasa yang disusun dan digunakan, malah mempunyai perkaitan dengan bentuk pemikiran penulis lirik lagu tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dihasilkan untuk menganalisis makna yang terdapat dalam lirik lagu Melayu Patani terpilih bagi mengenal pasti bentuk pemikiran, serta menganalisis jenis-jenis makna perkataan dan gaya berfikir yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan konsep tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis penggunaan makna, iaitu makna konotatif, afektif dan reflektif. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga skema gaya berfikir tersebut terserlah melalui bait-bait lagu yang diaplikasikan melalui penggunaan jenis-jenis skema berfikir tersebut. Dapatan turut menunjukkan bahawa kata-kata dalam lirik lagu bukanlah hanya untuk menghibur, tetapi turut bertujuan untuk menggambarkan kehidupan yang dialami oleh penduduk Patani, selain bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dan juga memberi semangat kepada penduduk setempat yang sedang melalui kehidupan yang cukup mencabar, di samping mendidik para pendengar dengan pelbagai nilai murni.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-27Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Akademia.
Abdullah Hassan. (2009). Bahasa Melayu di persimpangan: Antara jati diri dengan rempuhan globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, 16(1), 59-81.
Abdullah Sanicho. (2023, February 5). Lagu: Suara hati [Video]. https://www.youtube.com/watch?v=VABJm1YHsG0
Abdul Razak Panaemalae. (2015). Perwatakan “Abdulkadir” dalam dua cerpen Thai: Suatu perbandingan. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 245-256.
Aminoh Chewae. (2017). Krisis masyarakat Melayu di Selatan Thailand dalam cereka terpilih: Satu pendekatan kajian budaya. Tesis Doktor Falsafah Kesusasteraan Melayu [tidak diterbitkan]. Universiti Sains Malaysia.
Asmah Haji Omar. (2005). Words of the world. The global language system. Jurnal Lingua, 115(9), 1325-1328.
Che Mohd Aziz Yaacob. (2012). Asimilasi bangsa melayu di patani: Keberkesanan dasardan survival budaya minoriti. Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 39(1), 97-123.
Hawa Mahfuzah & Zulkifley Hamid. (2015). Akal budi dalam mantera: Analisis semantik kognitif. Jurnal Melayu, 14(2), 260-273.
I Made Putra Adnyana (2014). Types and meanings of idiom in the song albums of Oasis and Guns N’ Roses. Journal HUMANIS, 6(3), 1-9.
Islahuddin Islahuddin, Ku-Ares Tawandorloh & Adareena Chema. (2020). Konflik sosial dalam Hikayat Patani: Kajian sosiologi sastra. Stilistika: Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra, 13(2), 198-215.
Leech, G. (1974). Semantics. Penguin Books Ltd.
Leech, G. (2003). Semantik: Terjemahan (penterjemah Paina Partana). Pustaka Pelajar.
Looker, S. (2021, April 14). Sebalik kegelapan [Video]. https://www.youtube.com/watch?v=pMJ6so8E7Xc
Lyons, J. (1994). Bahasa dan linguistik: Suatu pengenalan. Terj. Ramli Salleh & Toh Kim Hoi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masitah Mad Daud, Zulkifley Hamid, Nirwana Sudirman & Nik Zulaiha Zakaria. (2017). Perenggu minda Melayu dalam lirik lagu: Satu analisis aakna. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(3), 1-12.
Maskun Suwardi. (1991). Budaya Melayu dalam perjalanannya menuju masa depan. Yayasan Penerbit MSI.
Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Almahera Abu Hassan & Syahidatul Munirah Badrul Munir. (2022). Puisi sebagai alat revolusioner: Analisis tektual puisi-puisi perjuangan Patani dalam internet. Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 85-115.
Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2010). Remaja Malaysia dan peribahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 10, 158-172.
Norsimah Mat Awal. (2014). Semantik pengenalan linguistik: Teoretis dan aplikasi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Amirah Che Soh & Che Ibrahim Salleh. (2014). Keindahan bahasa dalam lirik lagu P. Ramlee. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2(1), 103-111.
Rahimah A. Hamid, Md. Salleh Yaapar & Syahidatul Munirah Badrul Munir. (2015). Lirik lagu perjuangan Melayu-Islam Patani dalam media baharu: Suatu analisis. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 288-309.
Record, A. [Ayambang Record]. (2023, February 5). Lukisan kedamaian (Original Artis) [Video]. https://www.youtube.com/watch?v=jogkau5_MGg
Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “Ilmu” berdasarkan teori medan makna. Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 157-180.
Saravanan P. Veeramuthu. (2017). Identiti Melayu Pattani dalam Pantai Ini Lautnya Dalam. Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 5, 87-105.
S. M Zakir. (2014). Karya dan kekuasaan pengarang: Pemikiran dan gaya naratif mutakhir Anwar Ridwan. Jurnal Melayu, 12, 70-81.
Remaja Studio. (2023, February 5). Sungai derita (Official MV) [Video]. https://www.youtube.com/watch?v=lXInGj3t9d0
Wiranata, E. (2015). Types and meanings of idiomatic expressions in forever the sickest kids’ album “Underdog Alma Mater”. Journal HUMANIS, 11(1), 1-8.
Zulkifley Hamid dan Mohd Asyraf. (2014). Membina kemahiran berfikir secara kritis dan holistik dalam kalangan pelajar menggunakan modul Edward De Bono. Journal of Social Sciences and Humanities, 9(2), 001-013.