Program SINBURA dalam pemerkasaan bahasa Melayu di Narathiwat: Analisis keberkesanan dari perspektif pengembangan bahasa (The SINBURA program in Malay language empowerment in Narathiwat: An effectiveness analysis from language development perspective)

Main Article Content

Sahidin Nitiphak
Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah

Abstract

Program Sinergi Budaya Nusantara (SINBURA) merupakan satu inisiatif kerjasama akademik antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Princess of Naradhiwas University (PNU) Thailand yang bertujuan untuk memperkasakan bahasa Melayu di wilayah Narathiwat. Fokus kajian ini berdasarkan keberkesanan pelaksanaan program dalam pemerkasaan bahasa Melayu di PNU dengan memberi tumpuan khusus kepada pengalaman peserta, proses pelaksanaan dan impak program. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pengumpulan data melibatkan temu bual mendalam dengan 30 orang pelajar, pemerhatian peserta sepanjang lapan program utama dan analisis dokumen berkaitan. Program ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti merangkumi pertukaran akademik, bengkel bahasa dan sastera, persidangan antarabangsa, program kebudayaan serta aktiviti sukan dan rekreasi. Dapatan kajian menunjukkan program ini telah berjaya meningkatkan motivasi dan keyakinan peserta dalam penggunaan bahasa Melayu, memperkukuh identiti bahasa dan budaya dalam kalangan pelajar justeru membina rangkaian kemahiran dan menyokong pengembangan bahasa. Keberkesanan program dipengaruhi oleh empat faktor utama iaitu sokongan institusi yang berterusan, penglibatan aktif dari sudut akademik, pendekatan pengajaran yang kontekstual, dan integrasi aktiviti akademik dan sosiobudaya. Kajian ini mencadangkan sebuah kerangka baharu untuk pemerkasaan bahasa melalui kerjasama antara universiti bagi melakukan perubahan positif dalam pemerkasaan bahasa Melayu.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Program SINBURA dalam pemerkasaan bahasa Melayu di Narathiwat: Analisis keberkesanan dari perspektif pengembangan bahasa: (The SINBURA program in Malay language empowerment in Narathiwat: An effectiveness analysis from language development perspective). (2026). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 5(1), 240-252. https://doi.org/10.32890/rentas2026.5.1.14

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.