Manikam Kalbu: Adat dan adab Melayu (Manikam Kalbu: Malay customs and traditions)

Main Article Content

Mohd Haniff Mohammad Yusoff

Abstract

Sastera remaja antara cabang yang perlu diberikan perhatian dalam mengetengahkan identiti Melayu sebagai landasan membentuk jati diri dan sahsiah yang berkualiti dalam diri seorang remaja. Masalah lambakan novel remaja yang mengangkat tema pornografi dan tidak menjaga ketertiban bahasa adalah permasalahan yang membimbangkan. Fenomena ini mentamsilkan keterbatasan pengarang dalam mengangkat persoalan yang relevan serta berunsurkan pendidikan khususnya untuk golongan remaja. Penelitian ini menjadikan novel Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani sebagai teks kajian. Naskhah Manikam Kalbu telah diangkat sebagai pemenang tempat pertama dalam Sayembara Mengarang Novel sempena perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Keunggulan novel ini turut terserlah apabila dipilih oleh panel penilai sebagai pemenang kategori novel remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sesi 2006/2007. Makalah ini bertujuan mengenal pasti elemen identiti Melayu yang diungkapkan dalam novel Manikam Kalbu. Pendekatan Sosiologi Sastera oleh Alan Swingewood dijadikan panduan dalam mendasari penelitian ini. Kaedah kualitatif diterapkan bagi mencapai objektif kajian, iaitu dengan menggunakan kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis kandungan. Novel Manikam Kalbu menampilkan watak remaja yang ideal serta berupaya menjadi suri teladan kepada golongan pembaca khususnya remaja. Hasil kajian mendapati novel Manikam Kalbu menyerlahkan identiti Melayu seperti busana Melayu, adat Minang, adab memuliakan tetamu dan adat mengadap raja yang boleh mendekatkan golongan remaja pada usul bangsa dan memperkukuhkan jati diri mereka dalam era globalisasi ini.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Mohammad Yusoff, M. H. (2023). Manikam Kalbu: Adat dan adab Melayu: (Manikam Kalbu: Malay customs and traditions). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 57-75. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.3

Research impact

Harvested 2026-09-06
2 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2023.2.3 OpenAlex W4386769819

References

Ahmad Muhammad Abdul Gaffar. (2009). Panduan bergaul dan memilih teman. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmiaty Ahmad. (2011). Ngayau sebagai sebuah novel berwarna tempatan: Satu kajian sosiologi sastera. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 17, 39-56.

Asmiaty Ahmad. (2019). Mediasi dalam perkembangan novel Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Che Abdullah Che Ya. (2011). Protes sosial dalam Anum Ranum: Suara hati seorang pengarang. Jurnal Melayu, 8, 133-151.

Faisal Tehrani. (2009). Manikam Kalbu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faraha Hamidi & Mohd Azree Mohd Ariffin. (2022). Peranan dan cabaran ejen persuratan dalam pengantarabangsaan sastera kontemporari Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 181-203.

Hasma Ahmad, Rafeah Legino & Norizan Sajar. (2007). Reka bentuk dan pola baju kurung di Malaysia. Laporan penyelidikan. Universiti Teknologi Mara.

Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed & Radiah Yusoff. (2009). Bahasa verbal dan bukan verbal II. Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan budaya Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jumali Selamat. (2012). Sejarah perkembangan novel remaja di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Misran Rokimin. (2013). Kritikan sastera remaja.Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Firdaus Che Yaacob & Nasirin Abdillah. (2018). Fenomena sosial dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. International Journal of Creative Futures and Heritage, 6(1), 95-116.

Mohd Firdaus Che Yaacob. (2021). Analisis aspek kemasyarakatan melalui pemikiran A. Samad Said dalam novel Daerah Zeni dan Hujan Pagi. TENIAT: International Journal of Creative Future and Heritage, 9(2), 15-35.

Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Rohaya Md Ali & Phat a/l Awang Deng. (2021). Menelusuri novel berunsur sejarah Nama Beta Sultan Alauddin: Pembinaan karakter seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 8(1), 132-141.

Noor Salawati Abu Bakar, Zubir Idris & Shaiful Bahri Md Radzi. (2021). Perspektif sosio ekonomi masyarakat dalam novel-novel terpilih karya Azizi Abdullah. Jurnal Melayu, 20(1), 170-183.

Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagi simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “ilmu”berdasarkan teori Medan Makna. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 157-180.

Sahlan Mohd Saman. (1986). Sastera bandingan: Konsep, teori dan amalan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sara Beden. (2021). Melanau aku tidak pernah menolak takdirnya: Suatu analisis dari perspektif teori sosiologi. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 131-149.

Sidek Baba. (2009). Acuan minda. Alaf 21.

Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. (2004). Aurat: Kod pakaian Islam. Utusan Publications & Distributors.

Siti Uzairiah Mohd Tobi. (2017). Kajian kualitatif dan analisis temu bual. Aras Publisher.

Siti Zainon Ismail. (2006). Pakaian cara Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Swingewood, A. & Laurenson, D. (1972). The sociology of literature. Paladine.

Tsuyoshi Kato. (2005). Adat Minangkabau & Merantau. Balai Pustaka.

Umar Junus. (1986). Sosiologi sastera: Persoalan teori dan metode. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ungku Maimunah Mohd Tahir. (2006). Pemahaman dan penerapan sosiologi sastera dalam sastera Melayu moden. Akademika, 69, 3-16.