Nuansa leksikal ‘lembap’ dalam subdialek Kedah (Lexical nuances of “lembap” in the Kedah subdialect)
Main Article Content
Abstract
Dialek terbentuk hasil persempadanan geografi serta pengalaman sosial masyarakat penutur yang akhirnya melahirkan pelbagai variasi bahasa tempatan seperti dialek Kedah. Dalam konteks dialek Kedah, penelitian terdahulu lebih memfokuskan aspek fonologi, sintaksis, geolinguistik dan variasi leksikal, manakala pengkonsepsian makna kata adjektif masih kurang diterokai, khususnya daripada perspektif sosiokognitif. Walaupun ada pengkajian yang menggunakan pendekatan sosiokognitif tetapi tumpuannya kepada leksikal kata kerja. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghuraikan pengkonsepsian kata “lembap” dalam subdialek berdasarkan hubungan antara bahasa, masyarakat dan pemikiran. Reka bentuk bentuk kualitatif digunakan berdasarkan kaedah temu bual berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan daftar kata terhadap 80 orang informan terpilih. Data kajian dianalisis berdasarkan perspektif sosiokognitif seperti pengalaman sosial, pemerhatian budaya dan pemikiran masyarakat penutur. Dapatan menunjukkan bahawa kata “lembap” divariasikan melalui penggunaan leksikal seperti ghalit, lengai, mekngot dan mandom yang membawa nuansa makna seperti “terleka”, “lalai”, “malas”, “tidak fokus”, “tidak bermaya” dan “suram”. Variasi makna tersebut menunjukkan bahawa konsep “lembap” dalam masyarakat Melayu Kedah lahir daripada pengalaman hidup dan pemerhatian mereka terhadap tingkah laku manusia dalam kehidupan seharian. Selain itu, dapatan turut menunjukkan bahawa makna “lembap” berkembang daripada makna teras kepada domain tingkah laku, emosi dan psikologi, penilaian sosial serta metafora kehidupan harian. Oleh itu, kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada pengembangan penelitian dialek Melayu melalui pendekatan sosiokognitif, malah turut memperkukuh dokumentasi khazanah linguistik Melayu tempatan yang mencerminkan hubungan erat antara bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat penutur.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-14Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Ainur Syakirah Muhd Hissam, Rahim Aman, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2019). Variasi leksikal dialek Kedah berdasarkan faktor geografi dan sosial. Jurnal Melayu, 18(2), 215–230.
Asmah Haji Omar. (2001). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu (Edisi ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir (Edisi ke-5). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research methods in education (6th ed.). Routledge.
Collins, J. T. (1998). Malay, world language: A short history. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Evans, V., & Green, M. (2006). Cognitive linguistics: An introduction. Edinburgh University Press.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, & Nurulafiqah Suhaimi. (2013). Kata soal dalam dialek Kedah: Analisis Program Minimalis. Jurnal Bahasa, 13(2), 145–162.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, & Nurulafiqah Suhaimi. (2014). Struktur sintaksis kata soal dialek Kedah. GEMA Online Journal of Language Studies, 14(1), 55–70.
Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. (2011). Pendekatan sosiokognitif dalam penelitian bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 11(1), 45–60.
Lakoff, G. (1987). Women, fire, and dangerous things: What categories reveal about the mind. University of Chicago Press.
Lakoff, G., & Johnson, M. (1980). Metaphors we live by. University of Chicago Press.
Mashetoh Abd. Mutalib, Hishamudin Isam, Marzalina Mansor, & Yusniza Yaakub. (2024). Pengkonsepsian makna kata kerja dalam subdialek Kedah. Jurnal Bahasa, 24(2), 329–354.
Mohammad Khairulanwar Abd. Ghani, & Mohd Tarmizi Hasrah. (2016). Dialek Melayu Baling: Satu pemerian awal. Jurnal Melayu, 15(2), 201–218.
Mohammad Khairulanwar Abd. Ghani, & Mohd Tarmizi Hasrah. (2018). Pengelompokan baharu dialek Hulu Kedah. GEMA Online Journal of Language Studies, 18(3), 120–139.
Mohammad Khairulanwar Abd. Ghani, & Mohd Tarmizi Hasrah. (2020). Konsonan beraspirasi dan proses vokal dalam dialek Kedah. Jurnal Bahasa, 20(1), 77–95.
Muhammad Khairulanwar Abd. Ghani, & Mohd Tarmizi Hasrah. (2024). Rekonstruksi dalaman dialek Baling Purba. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 3, 217–241. https://doi.org/10.32890/rentas2024.3.10
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (1993). Tatabahasa Dewan (Jilid 2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin, Rahim Aman, & Shahidi A. H. (2017). Pemetaan dialek Melayu Langkawi menggunakan Geographic Information System (GIS). GEMA Online Journal of Language Studies, 17(4), 150–168.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2002). Analisis sosiolinguistik dan pragmatik. Jurnal Bahasa, 2(3), 1–15.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Sosiokognitif dan penguasaan pragmatik bahasa Melayu remaja Malaysia: Analisis linguistik. Jurnal Linguistik, 10(1), 1–15.
Norfazila Ab. Hamid, & Rahim Aman. (2015). Sistem fonologi dialek Kedah. Jurnal Melayu, 14(1), 33–49.
Noriah Mohamed, & Jamilah Bebe Mohamad. (2018). Eufemisme dan metafora kematian dalam dialek Kedah. Jurnal Melayu, 17(1), 45–60.
Nuriah Mohamed, & Jamilah Bebe Mohamad. (2018). Eufemisme dan metafora kematian dalam dialek Kedah. Jurnal Melayu, 17(1), 45–60.
Siti Noraini Hamzah, Rahim Aman, & Mohammad Khairulanwar Abd. Ghani. (2025). Pengaruh Siam terhadap dialek Melayu Kedah di kawasan sempadan. Jurnal Melayu, 24(1), 55–72.
Siti Nur Izzaty Salit, Rahim Aman, & Mohammad Khairulanwar Abd. Ghani. (2024). Pengekalan dan peralihan dialek di Baling menggunakan GIS. Jurnal Melayu, 23(2), 188–207.
Siti Nur Izzaty Salit, Rahim Aman, & Mohammad Khairulanwar Abd. Ghani. (2025). Identiti masyarakat Thai di Langkawi dan Satun melalui pendekatan geolinguistik. GEMA Online Journal of Language Studies, 25(1), 44–63.
Siti Nurul Jannah Fital, Junaini Kasdan, & Siti Norayu Mohd Basir. (2023). Pengamalan bahasa Melayu Generasi Z dalam era Revolusi Industri 4.0 dari perspektif sosiokognitif. Journal of Human Development and Communication, 12, 90–106.
van Dijk, T. A. (2008). Discourse and context: A sociocognitive approach. Cambridge University Press.
Za’ba. (2002). Pelita bahasa Melayu (Edisi baharu). Dewan Bahasa dan Pustaka.