Kepercayaan tahyul di Borneo Utara semasa pra-kolonial: Satu kajian literatur (Superstitious beliefs in North Borneo during the pre-colonial era: A literature review)

Main Article Content

Yusry Sulaiman
Salmah Omar
Mohamad Ismandi Bin Wasli

Abstract

Makalah ini meneliti kepercayaan yang sering dilabel sebagai tahyul dalam kalangan masyarakat di Borneo Utara sebelum kedatangan kuasa Barat pada tahun 1881. Melalui sorotan literatur yang merangkumi sumber etnografi klasik, laporan pentadbiran kolonial, serta kajian kontemporari, artikel ini berusaha memahami makna, fungsi, dan konteks kepercayaan tersebut dalam kehidupan masyarakat pra-kolonial. Penelitian mendapati bahawa kepercayaan yang dikategorikan sebagai tahyul sebenarnya mempunyai peranan yang kompleks dan tidak dapat dipersempit hanya sebagai amalan yang tidak rasional. Sebaliknya, ia membentuk kerangka kosmologi yang mengatur hubungan manusia dengan alam sekitar, menentukan etika ekonomi, mempengaruhi sistem penjagaan kesihatan tradisional, serta menyokong struktur sosial masyarakat tempatan. Selain itu, artikel ini turut menganalisis dan mengkritik penggunaan istilah tahyul yang diperkenalkan melalui wacana kolonial dan misi agama, yang sering menggambarkan amalan kosmologi tempatan secara stereotaip dan merendahkannya sebagai khurafat. Naratif kolonial tersebut telah mengabaikan nilai epistemologi dan kearifan tempatan yang terkandung dalam sistem kepercayaan masyarakat Borneo Utara. Oleh itu, kajian ini mengemukakan tafsiran semula terhadap kepercayaan dan amalan kosmologi pra-kolonial sebagai sebahagian daripada warisan budaya dan sistem pengetahuan pribumi yang bernilai. Sorotan ini sekaligus membuka ruang perbincangan lebih luas tentang bagaimana wacana kolonial membentuk persepsi moden terhadap warisan kepercayaan, serta pentingnya mengangkat semula tradisi kosmologi tempatan dalam kerangka akademik dan warisan dunia.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Kepercayaan tahyul di Borneo Utara semasa pra-kolonial: Satu kajian literatur: (Superstitious beliefs in North Borneo during the pre-colonial era: A literature review). (2026). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 5(1), 253-263. https://doi.org/10.32890/rentas2026.5.1.15

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.