Penyebaran sistem vokal DMP di Yaha (Dissemination of DMP vocal system in Yaha)

Main Article Content

Ibrohim Malee

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan melihat ciri linguistik bagi setiap varian yang wujud di Yaha. Bentuk vokal dilihat dari segi kesejajaran dan penyebarannya dalam ruang geografi, sama ada wujudnya persamaan ataupun perbezaan dalam varian tersebut. Metodologi yang digunakan ialah metodologi kualitatif yang dimanfaatkan dalam kajian dialektologi, khususnya kajian lapangan yang berkaitan dengan lokasi kajian, pemilihan informan, pengumpulan data dan menganalisis data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa di tujuh kawasan kampung yang menggunakan varian itu, pertama wujudnya kesejajaran dan penyebaran sistem fonologi bagi vokal pada sesetengah kawasan kampung di Yaha. Kedua, dialek Melayu Patani Yaha dapat dibahagikan kepada tiga varian utama, iaitu varian Yaha asli atau varian tempatan Yaha, varian pendatang (varian Pattani) dan varian campuran. Ketiga-tiga varian utama yang diperoleh daripada kawasan kajian menunjukkan bahawa varian di Yaha atau sub-varian Yaha mempunyai ciri-ciri linguistik yang agak berbeza dengan varian-varian lain di selatan Thailand (Patani). Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kajian ini, keunikan dialek, terutama sekali dialek Melayu yang wujud di selatan Thailand dapat diketengahkan.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Malee, I. (2023). Penyebaran sistem vokal DMP di Yaha: (Dissemination of DMP vocal system in Yaha). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 273-294. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.12

Research impact

Harvested 2026-09-06
2 citations, from OpenCitations — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2023.2.12 OpenAlex W4386770345

References

Ajid Che Kob. (1985). Dialek geografi Pasir Mas. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chambers, J., & Trudgill, P. (1990). Dialektologi (Terj. Annuar Ayob). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robins, R. H. (1968). General linguistics: An introductory survey. Longman.

Ruslan Uthai (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sareeyah Star, (2016). Fonologi bahasa Melayu Patani varian Yala: Kajian kes di Kampung Saga dan Tannyung (Tesis Sarjana Sastera yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.