Pendekatan abduktif menggunakan ATLAS.ti dalam kajian kualitatif (The abductive approach using ATLAS.ti in qualitative research)

Main Article Content

Mohd Sufian Ismail
Anida Sarudin

Abstract

Analisis data kualitatif melibatkan proses pengekodan dan pembinaan tema melalui pendekatan deduktif atau induktif. Namun, perkembangan terkini dalam metodologi penyelidikan kualitatif menunjukkan peningkatan penggunaan pendekatan abduktif sebagai strategi analisis yang menggabungkan kelebihan kedua-dua pendekatan tersebut. Pendekatan abduktif membolehkan penjelasan yang lebih komprehensif terutamanya dengan sokongan perisian analisis kualitatif berbantukan komputer ATLAS.ti. Kajian ini bertujuan  membentangkan panduan sistematik pelaksanaan pengekodan menggunakan pendekatan abduktif melalui ATLAS.ti dalam konteks kajian kualitatif. Kajian ini dilaksanakan dalam bidang kajian bahasa dengan menggunakan data Terjemahan surah Yasin sebagai sumber analisis. Pendekatan abduktif dilaksanakan melalui tiga peringkat utama, iaitu pengekodan deduktif berasaskan konsep dan kerangka teori sedia ada, pengekodan induktif berasaskan interpretasi data dan penjanaan kod kejadian bersama yang membentuk tema abduktif. Proses analisis dijalankan dengan merujuk kepada Prosedur Analisis ATLAS.ti Bersistematik untuk memastikan ketekalan pada setiap peringkat pengekodan. Nilai keefisien digunakan sebagai kaedah saringan dalam mengenal pasti kod berpotensi bagi pengekodan deduktif dan induktif. Kebolehpercayaan tema abduktif yang dihasilkan dinilai menggunakan pekali Krippendorff’s Alpha. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tema abduktif yang dihasilkan mencapai nilai Krippendorff’s Alpha melebihi 0.80, iaitu tahap kebolehpercayaan yang diterima dalam kajian kualitatif. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman baharu terhadap interpretasi unsur dalam teks terjemahan dan memperluaskan kaedah pengekodan dalam analisis data kualitatif melalui penerapan pendekatan abduktif yang sistematik, berasaskan perisian, serta berorientasikan penjanaan dapatan baharu.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Pendekatan abduktif menggunakan ATLAS.ti dalam kajian kualitatif: (The abductive approach using ATLAS.ti in qualitative research). (2026). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 5(1), 160-174. https://doi.org/10.32890/rentas2026.5.1.9

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.