‘Memandangkan’ sebagai kata hubung dalam bahasa Melayu berdasarkan perspektif nahu preskriptif dan deskriptif (‘Memandangkan’ as conjunction in Malay language from a prescriptive and descriptive grammar perspective)
Main Article Content
Abstract
Kata hubung dalam bahasa Melayu merupakan jenis kata yang sudah mantap dari segi bentuk dan fungsinya dalam ayat. Sebagai subjenis kata tugas, kata hubung tidak mendukung makna dan tidak boleh menjadi inti bagi frasa endosentrik juga. Kata hubung hanya mendukung fungsi atau tugas dalam binaan sintaksis, iaitu sebagai penghubung frasa atau klausa dan membentuk ayat yang berlapis. Walaupun bilangan dan bentuk kata hubung ini sudah mantap (dengan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, 2010), namun, terdapat golongan kata lain yang secara jelas digunakan dengan meluas sebagai kata hubung dalam ayat oleh penutur Bahasa Melayu. Hal ini ternyata menimbulkan persoalan dan memerlukan penjelasan yang bersifat empiris dan objektif bagi mengelakkan kekeliruan pada golongan pelajar khususnya dan pengguna bahasa amnya. Oleh itu, dengan menggunakan korpus yang dijana daripada pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka, makalah ini membincangkan dengan lebih lanjut bentuk kata ‘memandangkan’ yang digunakan sebagai penghubung dalam ayat oleh penutur bahasa Melayu bagi membentuk ayat majmuk keterangan. Dengan menggunakan pendekatan nahu preskriptif dan deskriptif, penggunaan kata ‘memandangkan’ sebagai penghubung dalam ayat diharapkan dapat dijelaskan dengan munasabah dan berpada. Satu keputusan perlu dibuat bagi menetapkan kata ‘memandangkan’ sebagai jenis kata hubung tambahan atau sebaliknya berasaskan data korpus yang diperoleh kerana dapatan ini akan memberikan implikasi yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran kata hubung di sekolah dan dalam konteks penggunaan oleh orang awam juga.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-15Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi Bahasa Melayu. Utusan Publication Distributors Sdn. Bhd.
Adilah Buhari, & Hasmidar Hassan. (2021). Penggunaan kata hubung ‘tetapi’ oleh kanak-kanak prasekolah. Dlm. Norsimah Mat Awal dan Marlyna Maros (Eds.), Kajian pragmatik dalam konteks Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aminnudin Saimon, & Nor Aisyah Hafiza Tazudin. (2022). Leksis gender dalam novel A. Samad Said: Satu analisis medan semantik. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 51-84. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.2
Asmah Hj. Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir (Edisi Kelima). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Blakemore, D. (1987). Semantic constraints on relevance. Oxford: Blackwell.
Blakemore, D. (1988). “‘So’ as a constraint on relevance.” In R.M. Kempson (Ed.), Mental Representations: The Interface between Language and Reality (p.p 28-51). Cambridge University Pres.
Blakemore, D. (1989). Denial and contrast: A relevance theoretic analysis of but. Linguistics and Philosophy, 12, 15-37.
Blakemore, D. (2000) Indicators and procedures: Nevertheless and but. Journal of Linguistics, 36(3), 463-486.
Blakemore, D. (2003). Re-visiting procedural meaning: ‘but’, ‘however’ & ‘nevertheless’. Paper delivered at Georgetown University Round Table on Languages and Linguistics (GURT 2003).
Blakemore, D. (2005). and-parentheticals. Journal of Pragmatics, 37, 1165-1181.
Blakemore, D., & Carston, R. (1999). The pragmatics of and-conjunctions: The non-narrative cases. UCL Working Papers in Linguistics, 11, 1-20.
Blass, R. (1989a). Grammaticalisation of Interpretive Use: The Case of re in Sissala. Lingua, 79, 229-236.
Blass, R. (1989b). Pragmatic effects of coordination: The case of “and” in Sissala. UCL Working Papers in Linguistics 1. University College London.
Cambridge Dictionary. Definisi ‘In View of’. Dicapai daripada https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/in-view-of
Hasmidar Hassan. (2006). Kata hubung DAN dan TETAPI: Satu analisis perbandingan nahu dan pragmatik. (Tesis Kedoktoran). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hasmidar Hassan. (2011). Kata hubung “Dan” dan “Tetapi” dari sudut Pragmatik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasmidar Hassan, & Siti Nadhirah Abdul Ghani. (2020). Penggunaan kata hubung ‘tetapi’ dan ‘malah/malahan’ secara berkait dengan ungkapan penafian ‘bukan sahaja’ dari sudut nahu dan makna. Dlm. Hasmidar Hassan & Puteri Roslina Abdul Wahid (Eds.), Kecendekiaan Melayu melalui bahasa, sastera dan budaya: Sumbangsih untuk Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim (hlm. 101-121). Penerbit Universiti Malaya.
Higashimori, I. (1992a). Except, but and relevance theory. English Literature Review, 36, 62-108.
Higashimori, I. (1992b). Review article Mental representations: The interface between language and reality. English Linguistics, 9, 335-356.
Higashimori, I. (1995a). A relevance-theoretic analysis of EVEN, SAE / SURA / MO / TEMO / DEMO / DATTE / MADE. English Literature Review, 38, 51-80.
Higashimori, I. (1995b). Correlation of discourse connectives: A relevance-theoretic account. English Literature Review, 39, 48-88.
Higashimori, I. (1997b). EVEN, SAE / SURA / MO as constraints on contextual assumptions.” In W. A. Liebert (Ed.), Discourse and Perspectives in Cognitive Linguistics (Current Issues in Linguistic Theory 151). John Benjamins.
Higashimori, I. (2003b). Grammaticalization of discourse connectives: From conceptual to procedural meaning. The Ryukoku Ronshu n. 461 (The Journal of Ryukoku University), 21-45.
Iten, C. (1997). Because and although Linguistics: A case of duality? UCL Working Papers in Linguistics, 9, 55-76.
Iten, C. (1998). The meaning of although: A relevance theoretic account. UCL Working Papers in Linguistics, 10, 81-108.
Iten, C. (1999). Exercising contraint: The role of non-truth-conditional connectives in discourse. Ninth International Colloquium on Cognitive Science (ICCS-99), University of Basque Country, Spain.
Iten, C. (2000). Although revisited. UCL Working Papers in Linguistics, 12, 65-95.
Iten, C. 2002. Even if and even: The case for an inferential scalar account. UCL Working Papers in Linguistics, 14, 119-156.
Iten, C. (2003). Lexical pragmatics and procedural meaning. The case of but. 8th International Pragmatics Conference. Toronto.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (n.d). Definsi Memandangkan. Dicapai daripada https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=memandangkan
Kamus Dewan Edisi Keempat. (n.d). Definsi Memandang. Dicapai daripada https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=memandang
Mohd Razif Abd. Kadir. (2007). Deputy Governor’s Keynote Address at the Shared Services and Outsourcing in the Financial Sector - A Joint Forum by Bank Negara Malaysia and the Multimedia Development Corporation. Dicapai daripada Deputy Governor’s Keynote Address at the Shared Services and Outsourcing in the Financial Sector - A Joint Forum by Bank Negara Malaysia and the Multimedia Development Corporation - Bank Negara Malaysia (bnm.gov.my)
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010).Nurul Huda Mohd Saad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2020). Imbuhan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam: Analisis teori relevans. Gema Online: Journal of Language Studies, 20(3), 136-155. http://dx.doi.org/10.17576/gema-2020-2003-09
Rouchota, V. (1989). A Relevance Approach to ‘But’ in Greek (MA Thesis). London University College.
Rouchota, V. (1990). But: Contradiction and relevance. UCLWorking Papers in Linguistics, 2, 441-475.
Rouchota, V. (1996). Discourse connectives: What do they link? UCL Working Papers in Linguistics, 8, 199-212.
Rouchota, V. (1998). Connectives, coherence and relevance. In V. Rouchota, & A. Jucker (Eds.), Current Issues in Relevance Theory (p.p 11-58). Amsterdam: John Benjamin.
Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “Ilmu” berdasarkan teori medan makna. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 157-180. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka.