Elemen bahasa, budaya dan persekitaran dalam ekolinguistik (The elements of language, culture and environment in ecolinguistics)
Main Article Content
Abstract
Perubahan persekitaran global telah banyak memberi impak pada bahasa dan budaya. Perubahan bukan terhad kepada iklim sahaja, malah turut mempengaruhi ekologi hunian bumi ini. Menariknya, perubahan ini turut mempengaruhi perubahan sosio-budaya penutur, pola bahasa dan cara berfikir. Kajian ini bertujuan memahami bagaimana fenomena perubahan global yang serius ini turut mempengaruhi penggunaan bahasa dan mewarnai pemikiran penutur sebelum dan selepas kesan penglobalan dari perspektif ekolinguistik. Ekolinguistik masih kurang ditekuni dan mempunyai banyak ruang untuk diselidiki. Kajian bersifat multidisiplin ini boleh menjadi pemangkin kepada kajian tentang isu kemanusiaan melalui elemen tiga serangkai, iaitu bahasa, budaya dan persekitaran. Data dihimpun dari akhbar, laman sesawang dan data dialek yang terkumpul dalam penyelidikan lepas. Hasil kajian mendapati penamaan sesuatu tempat atau kampung dahulu sangat berkait rapat dengan topografi. Ada perbezaan di anatara kawasan darat dan laut dan ini boleh dikenali dari penamaan pertempatan seperti Gong, Alor, Tanjung, Sungai, Permatang, dan banyak lagi. Selanjutnya, penggunaan dialek yang berbeza dalam satu kawasan yang berbeza turut memberi sumbangan pada dunia leksikografi. Akhirnya, konflik kesan banjir yang melibatkan alam sekitar dapat dianalisis dari segi semantik dan memperlihatkan dua aliran pemikiran, iaitu, rakyat dan pemerintah. Kajian ini memberi impak pada cara kita mencungkil masalah alam sekitar yang sekali gus memaparkan pola bahasa serta pemikiran masyarakat secara tersurat dan tersirat.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-06Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Abdul Razak Salleh. (2010). Batu Bersurat Terengganu: Perspektif matematik. Menemui Matematik (Discovering Mathematics) 32, (1), 1–15.
Berita Astro Awani : [http://astroawani.com]
Berita Harian Online: [http://beritaharian.com]
Chen, S. (2016). Language and ecology: A content analysis of ecolinguistics as an emerging research field. Ampersand 3, 108-116.
Dina A. Ramadan. (2020). Disappearance of the Nile: Storytelling and environmental awareness. Language and Ecology. 1-15. [http://ecolinguistics – association. org//journal]
Glosari Dialek Perak. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haugen. E . (1972). The Ecology of Language. Stanford University Press.
James T. Collins. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Monograf 8, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Julius Angwah. (2020). Ecosophical affability of some Cameroonian proverbs. Language and Ecology. 1-14. [https://ecolinguistics. association. org//journal]
Kamus Perdana. (2020). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Fadzeli Jaafar & Azhar Jaludin. (2022). Analisis Wacana Persekitaran dari Perspektif Ekolinguistik, Jurnal Linguistik, 26(2), 1-9.
Nama Kampung di Batu Caves: [https://www.selangor.gov.my/gombak.]. Dicapai 30 Ogos 2022
Nor Hashimah Jalaluddin (2022). Metafora dan Akal Budi Melayu dalam Nor Hashimah Jalaluddin (Pynt), Pragmatik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin, Wan Athirah Adilah Wan Halim & Khairul Ashraf Saari. (2021). The continuum of Terengganu dialect along the East Coast Malaysia: A geolinguistic study. Journal of Nusantara Studies, 6(1), 176-198.
Othman Mohd. Yatim & Abdul Halim Nasir. (1990). Epigrafi Islam terawal di Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Mohd. Yatim & Abdul Halim Nasir. (2007). Epigrafi Islam terawal di Nusantara. (2nd ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prisca C. Simotwo. (2019). An analysis of linguistic choices in Kalenjin narratives relating to protection of animals. Language and Ecology, 1-24. [http://ecolinguistics – association. org. journal]
Pusat Rujukan Persuratan Melayu : [http://prpm@dbp.gov]. Dicapai 9 Ogos 2022
R.J. Wilkinson. (1903). Kamus-Jawi-Melayu-Inggeris. Kelly & Walsh Ltd.
Stibbe, A. (2012). Ecolinguistics and globalization. Dlm. Nikolas Coupland (Ed.), The Handbook of language and globalization. John Wiley & Sons, 413-418. http://eu.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd-111834717X.html
Stibbe, A. (2015). Ecolinguistics: Language, ecology and the stories we live by. Routledge.
Todd LeVasseur, (2014). Defining “Ecolinguistics?”: Challenging emic issues in an evolving environmental discipline. Journal of Environmental Studies and Sciences. 3, 1-7.