KELESTARIAN WARISAN BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA:  CABARAN GLOBALISASI DAN LANGKAH PEMULIHARAAN

(Cultural Heritage Sustainability in a Multicultural Malaysia: Navigating Globalization and Preservation Efforts)

Authors

  • Ayu Nor Azilah Mohamad Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Selangor
  • Zahanim Ahmad Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Selangor
  • Wayu Nor Asikin Mohamad Jabatan Pengajian Bahasa dan Umum, University College Bestari

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.21

Keywords:

Kelestarian budaya, masyarakat majmuk, globalisasi, hakisan budaya, identiti nasional.

Abstract

ABSTRAK

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang kaya dengan khazanah warisan budaya hasil daripada interaksi sejarah dan proses asimilasi yang berpanjangan antara pelbagai etnik. Kepelbagaian ini bukan sahaja menjadi cerminan identiti negara di mata dunia, malah merupakan aset sosiobudaya yang tidak ternilai harganya. Walau bagaimanapun, arus globalisasi yang membawa perubahan drastik dalam gaya hidup moden kini menjadi cabaran utama yang mengancam kelestarian warisan tersebut, khususnya dalam aspek pakaian tradisional, makanan, adat resam, dan seni persembahan. pengaruh media sosial dan teknologi komunikasi yang dominan sering kali dilihat meminggirkan amalan tradisi. Ini sekaligus mengurangkan minat generasi muda terhadap akar umbi budaya mereka. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi kajian kepustakaan secara sistematik dan analisis kandungan untuk menganalisis tahap hakisan warisan budaya serta ancaman kepupusan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia. Analisis menunjukkan bahawa globalisasi, urbanisasi dan dominasi media digital merupakan tiga faktor utama yang mempercepatkan hakisan warisan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Fenomena ini dilihat semakin meruncing melalui pengabaian amalan tradisi yang kini sering dianggap lapuk atau tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan moden. Jika tidak dibendung, trend ini berisiko melenyapkan identiti unik sesuatu kaum dan melemahkan ikatan perpaduan nasional. Hasil kajian ini menegaskan keperluan mendesak bagi tindakan kolektif antara pihak kerajaan, institusi pendidikan, komuniti, dan individu dalam memelihara warisan sebagai simbol identiti dan maruah bangsa. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemuliharaan warisan budaya adalah satu kemestian bagi menjamin kesinambungan nilai sejarah masa lalu untuk tatapan serta penghayatan generasi masa hadapan agar ia tidak terus hilang ditelan zaman.

 

ABSTRACT

Malaysia is a multicultural nation enriched by diverse cultural heritage shaped through historical interactions and long-standing assimilation among various ethnic groups. This heritage serves as a vital representation of national identity and an invaluable sociocultural asset. However, globalization has introduced rapid transformations in modern lifestyles, posing significant challenges to the sustainability of cultural heritage, particularly in traditional attire, cuisine, customs, and performing arts. The widespread influence of social media and digital communication has further marginalized traditional practices, reducing younger generations’ engagement with their cultural roots. This study adopts a systematic literature review and content analysis to examine the extent of cultural heritage erosion and the threats of its potential decline in Malaysia. The findings reveal that globalization, urbanization, and digital media dominance are the primary factors accelerating cultural erosion. Traditional practices are increasingly perceived as outdated and irrelevant, contributing to their gradual abandonment. If left unaddressed, this trend may erode ethnic identities and weaken national unity. Therefore, this study highlights the urgent need for coordinated efforts among government bodies, educational institutions, communities, and individuals to safeguard cultural heritage. Preserving this heritage is essential to ensure the continuity of historical values and to enable future generations to appreciate and sustain Malaysia’s rich cultural legacy.

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

KELESTARIAN WARISAN BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA:  CABARAN GLOBALISASI DAN LANGKAH PEMULIHARAAN: (Cultural Heritage Sustainability in a Multicultural Malaysia: Navigating Globalization and Preservation Efforts). (2026). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 4, 353-364. https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.21

Similar Articles

11-20 of 36

You may also start an advanced similarity search for this article.