Komuniti dan Perubahan: Menelusuri Sejarah Pembangunan Komuniti di Tanah Melayu

(Community and Transformation: Tracing the History of Community Development in the Malay Peninsula)

Authors

  • Hasnah Binti Hussiin Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Malaysia
  • Nor Aisyah Ahmad Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.8

Keywords:

Sejarah, Pembangunan, Pembangunan Komuniti, Tanah Melayu, British

Abstract

Pendudukan British di negara ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keadaan sosioekonomi masyarakat Tanah Melayu khususnya semasa era pemerintahan British dan selepas kemerdekaan. Keadaan ini diumpamakan sebagai bagaimana rupa acuan begitulah apa yang berlaku selepasnya. Tidak dinafikan keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu sebelum kemasukan penjajah Barat masih belum maju dari pelbagai aspek terutamanya ekonomi dan pendidikan. Ini disebabkan oleh sikap masyarakat Melayu yang belum mahu berubah, kekurangan ilmu dan teknologi moden. Masyarakat Melayu banyak terlibat dalam bidang-bidang bukan komersial dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Keadaan ini dilihat tidak banyak berubah semasa pendudukan British. Untuk itu, kerajaan Tanah Melayu telah berusaha untuk mengubah kehidupan masyarakat Melayu melalui program pembangunan masyarakat di bawah rancangan pembangunan luar bandar. Kajian ini dilakukan terhadap salah satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan Tanah Melayu yang bertujuan bagi membangunkan masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu melalui Pembangunan Komuniti atau dikenali sebagai Community Development. Pembangunan Komuniti merupakan usaha menyeluruh kerajaan bagi memastikan masyarakat luar bandar maju dari pelbagai aspek kehidupan dan mampu bersaing dengan kaum yang lain. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah yang melibatkan pelbagai tindakan seperti heuristik, kritikan, analisis, dan historiografi. Sumber dan bahan kajian ini kebanyakannya berdasarkan sumber primer seperti dokumen Kerajaan Persekutuan seperti fail-fail kerajaan Persekutuan, Minit Mesyuarat, Laporan tahunan, Surat Persendirian dan sebagainya yang sebahagiannya diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Hasil kajian ini memperlihatkan usaha awal pihak kerajaan yang signifikan bagi membangunkan masyarakat luar bandar dalam pelbagai aspek terutamanya sosioekonomi sebelum kemerdekaan dan awal kemerdekaan. Pembangunan Komuniti yang dijalankan oleh kerajaan Tanah Melayu ini telah mendapat pengiktirafan dari beberapa buah negara ASEAN yang lain sehingga Tanah Melayu menjadi contoh dalam pelaksanaan pembangunan masyarakat luar bandar dalam masa yang singkat.

 

ABSTRACT

The British occupation of this country left a profound impact on the socioeconomic conditions of the society in the Malay Peninsula, particularly during the British administration and after independence. This situation can be likened to the saying, “as the mold is shaped, so will be the outcome.” It is undeniable that the socioeconomic status of the Malay community before the arrival of Western colonial powers was still underdeveloped in various aspects, especially in terms of the economy and education. This was due to the Malay community’s reluctance to change, lack of knowledge, and limited access to modern technology. Most Malays were involved in non-commercial sectors that did not require high levels of skill. This situation did not see a significant change during British rule. In response, the government of the Malay Peninsula made efforts to transform the lives of the Malay community through community development programs under the rural development plans. This study focuses on one such program introduced by the government of the Malay Peninsula, which aimed to uplift the Malay society at the time through Community Development. Community Development was a comprehensive government initiative to ensure that rural communities progressed in various aspects of life and could compete with other ethnic groups. This research employs historical methodology, involving multiple approaches such as heuristics, critique, analysis, and historiography. The sources and materials used are primarily based on primary sources, including Federal Government documents such as official files, meeting minutes, annual reports, personal letters, and others, many of which were obtained from the National Archives of Malaysia in Kuala Lumpur. The findings of this study highlight the early and significant efforts of the government to develop rural communities in various aspects, particularly socioeconomic, both before and in the early years following independence. The Community Development initiatives carried out by the government of the Malay Peninsula gained recognition from several other ASEAN countries, to the extent that the Malay Peninsula became a model for rural community development within a short period.

References

Budget Summary of Federal Government Expenditure, (1969). Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Community Development Academy (CDA), (1997). Building Community from Grassroots. Columbia: University of Missouri.

Dani Salleh (2004). Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia, Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Fail Community Development in Kampong Bintong, Perlis.(1957).No.1957/0695851W Fail D.I.D Kedah 145-49 Functions and Policy of Drainage and Irrigation Department Kedah and Perlis.

Fail Perlis Community Development.(1957).No 314/57

Haris Abd. Wahab (2004). Penglibatan Masyarakat Tempatan dalam Projek Pembangunan, dalam Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia, Penerbit Universiti Utara Malaysia

Haris Abd. Wahab dan Siti Hajar (2007). Perkembangan Pendekatan Pembangunan Komuniti Luar Bandar di Malaysia, Jurnal Sejarah, e-journal.um.edu.my. International Seminar on the Comparative Study of Community Development, 3-8 December 1973, Organized by The Korean National Commission for UNESCO.

Mohammad Shatar Sabran (2003). Model Pembangunan Komuniti, Jurnal Pertanika, Universiti Putra Malaysia (UPM). Penubohan Sharikat Bekerjasama2 Jimat Chermat Dan Perniagaan Bagi Pendudok2 Kawasan Mata Ayer Tanggongan Berhad. Jabatan Pembangunan Koperasi Perlis.(4 November 1962).

Penyata Kewangan (1961). Jabatan Perbendaharaan Negeri Perlis.

Penyata Kewangan (1970). Jabatan Perbendaharaan Negeri Perlis.(31 Disember 1970).

Ploch, L. A. (1976). Community Development in Asia. Journal Storage (JSTOR)443-461.

Ploch, L. A. (1976). Community Development Inaction. Journal of Community Development Society 7(1): 5-15.

Press Statement on Rural Development dalam Fail Ministry of Rural Development (1960). Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Rancangan Ruangan Pembangunan Desa Radio Malaysia,(1967). Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Roland L.Warren. (2015).The Theory and Strategy of Community Development. Oxford Journal.

Roland L.Warren. (2015).The Theory and Strategy of Community Development, Oxford Journal, Diakses daripada ajae.oxfordjournals.org dari Universiti of Bath Libarry & Learning Centre.

Rural Development Publicity Directive (1960). Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Rural Development, Publicity and Coverage, (1961). Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Technique Used for Developing Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

The Red Book and Its Aim,” dalam Ucapan Tun Abdul Razak, Strategy for Action, Koleksi Ucapan Tun Abdul Razak, Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur. Tun Abdul Razak, (t. t.). Strategy For Action, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Tun Abdul Razak: Development Operations Room, (1961). Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Zakiah Jamaluddin (2015). Pengenalan Perancangan dan Pembangunan Komuniti dalam Perancangan dan Pembangunan Komuniti, Universiti Utara Malaya (UUM).

Downloads

Published

31-07-2025

How to Cite

Hasnah Binti Hussiin, & Nor Aisyah Ahmad. (2025). Komuniti dan Perubahan: Menelusuri Sejarah Pembangunan Komuniti di Tanah Melayu: (Community and Transformation: Tracing the History of Community Development in the Malay Peninsula). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 3, 112-130. https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.8

Research impact

Harvested 2026-09-12
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ahjmm2025.3.8 OpenAlex W7171848605