AKAL BUDI MASYARAKAT DALAM TEKS “CERITA RAKYAT KELANTAN: HIMPUNAN SELURUH JAJAHAN” MELALUI APLIKASI TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU  

(Intellectual Wisdom Of Society In The Text “Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan” Through The Application Of Malay Methodological Theory)

Authors

  • Nor Dellyna Aljawanis Azlan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Mohd Firdaus Che Yaacob Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.23

Keywords:

akal budi, Kelantan, seluruh jajahan, Teori Pengkaedahan Melayu, masyarakat

Abstract

ABSTRAK

Cerita rakyat merupakan kisah yang terjadi pada suatu ketika dahulu yang disampaikan oleh generasi nenek moyang kita kepada waris-warisnya yang kemudiannya berkembang sehingga kini. Cerita rakyat juga banyak memberi nasihat serta pengajaran kepada pembaca atau pendengarnya. Rentetan daripada itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi masyarakat dalam teks Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan. Kajian ini turut dibataskan dengan hanya memfokuskan kepada akal budi masyarakat yang terdapat di dalam 10 teks terpilih yang mewakili setiap jajahan di Kelantan dalam naskhah Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan karya Nasirin Abdillah, Mohd Firdaus Che Yaacob serta Abdul Latif Abu Bakar pada tahun (2023). Penyelidikan ini juga menggunakan reka bentuk kualitatif yang bersandarkan kepada kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini turut mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu sebagai fokus utama kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawasanya akal budi masyarakat yang terdapat di dalam naskhah Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan telah membuka ruang kepada pendedahan mengenai nilai-nilai murni yang telah ditonjolkan oleh masyarakat terdahulu lebih-lebih lagi dalam cerita rakyat Kelantan.

 ABSTRACT

Folklore serves as a timeless narrative medium, handed down through generations, that encapsulates the ethos, moral values, and wisdom of past societies. Grounded in this premise, this study examines the manifestation of akal budi within the text Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan. The scope of this research is strictly focused on analyzing 10 selected folk stories, each representing a distinct district in Kelantan extracted from the anthology compiled by Nasirin Abdillah, Mohd Firdaus Che Yaacob and Abdul Latif Abu Bakar (2023). Employing a qualitative framework centered on library research and textual analysis, this investigation applies Hashim Awang's Malay Methodology Theory as its foundational lens. The findings demonstrate that the selected folklore functions as a vital cultural repository, illuminating the noble virtues, social philosophy, and ethical conduct embedded within traditional Kelantanese society.

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

AKAL BUDI MASYARAKAT DALAM TEKS “CERITA RAKYAT KELANTAN: HIMPUNAN SELURUH JAJAHAN” MELALUI APLIKASI TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU   : (Intellectual Wisdom Of Society In The Text “Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan” Through The Application Of Malay Methodological Theory). (2026). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 4, 398-414. https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.23

Similar Articles

21-30 of 35

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)