PENGETAHUAN GENERASI MUDA TERHADAP GAGASAN RUKUN NEGARA (Young Generation Knowledge towards the Philosophy of Rukun Negara)

Authors

  • Sakinah Muslim Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nor Azizah Zainal Abidin Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Marfunizah Ma’dan Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Anita Trisiana Universitas Slamet Riyadi Surakarta, Indonesia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.5

Keywords:

Rukun Negara, perpaduan, pembentukan generasi muda

Abstract

ABSTRAK

Rukun Negara adalah deklarasi falsafah kebangsaan yang telah diwujudkan sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia mempunyai matlamat untuk memastikan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat hidup harmoni dan bersatu padu. Kajian dan tulisan mengenai Rukun Negara agak terhad terutamanya berkaitan kesedaran dan penghayatan generasi muda. Walaupun terdapat usaha untuk mengukuhkan kesedaran masyarakat dari masa ke semasa, kita masih belum jelas dengan keberkesanannya. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai tahap pengetahuan generasi muda terhadap gagasan ini. Kajian tinjauan telah dijalankan dalam kalangan mahasiswa yang berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 25 tahun. Rasional pemilihan mereka adalah  kerana merekalah yang akan mencorakkan dan seterusnya menerajui negara di masa depan. Jika sekiranya mereka mempunyai kesedaran yang tinggi, maka ia merupakan satu petanda yang sangat baik kepada negara.    Ini akan menjadi asas dalam usaha untuk memantapkan penggunaan Rukun Negara sebagai wadah perpaduan dan kemajuan negara. Dapatan daripada tinjauan terhadap 240 responden menunjukkan generasi muda mempunyai pemahaman  yang agak baik berkaitan Rukun Negara. Secara keseluruhannya, mereka mampu untuk menjawab persoalan asas berkaitan Rukun Negara dengan sebaiknya. Ini menunjukkan teras kepada pembentukan jiwa generasi muda untuk pengukuhan perpaduan sudah wujud, maka usaha seterusnya perlu dilaksanakan dengan baik. Kajian ini sangat signifikan dalam memberikan pemahaman mengenai status pengetahuan generasi yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan terhadap falsafah kebangsaan.

ABSTRACT

Rukun Negara is a declaration of national philosophy that has been created for decades. It has the goal of ensuring that the multi-racial community in this country can live in harmony and unity. Studies and reviews on Rukun Negara are quite limited, especially in relation to the awareness and appreciation of the younger generation. Although there are efforts to strengthen community awareness from time to time, we are still not clear about the effectiveness of those efforts. The purpose of this study is to answer questions about the level of knowledge of the young generation about this idea. A survey was conducted among students aged between 20 and 25 years old. The rationale for their selection is that they are the ones who will shape and lead the country in the future. If they have high awareness, then it is a very good sign for the country. This will be the basis for efforts to strengthen the use of Rukun Negara as a vehicle for national unity and progress. Findings from a survey of 240 respondents show that the younger generation has a relatively good understanding of Rukun Negara. Overall, they are able to answer basic questions related to Rukun Negara well. This shows that the foundation for the formation of the soul of the young generation for the strengthening of unity already exists, so the next effort needs to be implemented well. This study is very significant in providing information on the level of knowledge of national philosophy among the young generation that will become future leaders.

 

References

Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin (2008, 12-13 November). NilaiBudaya Ikatan-Sosial Masyarakat Malaysia Anjuran Lima Perdana Menteri Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Serantau Nilai dan Profesionalisme.

Abdul Rahman Abdul Aziz (2010, 13-15 Julai). Rukun Negara dalam memperkukuhkan ketahanan negara. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010).

Hadijah Johari & Anas Suzastri Ahmad. (2019, 24-25 April). Persepsi terhadap Konsep Rukun Negara melalui Pengajaran Kursus Pengajian Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Khairul Azhar Meerangani, Abdul Qayuum Abdul Razak & Muaz Mohd Noor (2021). Peranan Prinsip Rukun Negara dalam Pembentukan Bangsa Malaysia, dlm Makmor Tumin Sharifah Hayaati Syed Ismail Mazlan Che Soh (eds), Islam dan Dinamika Masyarakat Sivil di Malaysia, (pp 47-74). Penerbit Universiti Malaya.

Lee Yok Fee & Sarjit S. Gill. (2008). Rukun Negara teras pembinaan modal insan: Satu komentar. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 16(1), 107-113.

Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara. (2021). Rangka Tindakan (blueprint) Perpaduan Negara.https://www.perpaduan.gov.my/admin/files/perpaduan/dpn/FINAL%20BLUE PRINT%2013%20FEB%20PDF.pdf

Maisarah, Saidin & Latifah Abd. Majid (2012). Pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bancaan Bahasa Malaysia. Jurnal Hadhari, 4(1), 77-102.

Mohamad Rodzi Abd. Razak (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jebat 36, 90-106.

Mohd. Azri Ibrahim et al. (2021). Pengetahuan terhadap ilmu perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara dalam konteks kepimpinan: Kajian kes pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Journal of Social and Economic Development, 6(38), 45-59 Mohd Rahimi Ramli, Mohd Syariefudin Abdullah, Abdul Hadi Samsi, Muhammad

Shamshinor Abdul Azzis. (2020). Pengetahuan dan pengamalan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat peribumi di Sabah, Jurnal Kinabalu, 81. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2764

Noraini Tahir (2020, 29 Ogos). Rukun Negara wadah bentuk masyarakat berpandangan jauh, Berita Harian, 10.

Ramlah Adam. (2005). Kajian Tahap Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Rukun Negara di Kalangan pelajar IPT. Geran Penyelidikan Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional.

Rohaizahtulamni Radzlan, Sarjit S. Gill & Ahmad Tarmizi Talib. (2013). Pemahaman dan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan belia bandar di Semenanjung Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Sarjit Singh Darshan Singh. (2013). Kajian pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan belia Malaysia. Jurnal Perpaduan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, 1, 89-137.

Teo Kok Seong (2016, Februari 11). Rukun Negara sebagai asas bina jati diri bangsa. Berita Harian.https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/02/123202/rukun-negara-sebagaiasas-bina-jati-diri-bangsa

Unit Perundingan Universiti Malaya (2006). Kajian tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara di kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Shamsudin Othman, Alizah Lambri & Hadi

Hassan. (2020). Tahap Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Jati diri Bahasa Melayu dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 27-36.

Downloads

Published

31-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Muslim, S., Zainal Abidin, N. A., Ma’dan , M., & Anita Trisiana. (2023). PENGETAHUAN GENERASI MUDA TERHADAP GAGASAN RUKUN NEGARA (Young Generation Knowledge towards the Philosophy of Rukun Negara). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 1, 71-81. https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.5

Research impact

Harvested 2026-09-24
1 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ahjmm2023.1.5 OpenAlex W4386204521