KONSTRUKSI NILAI KETAATAN DALAM NARATIF “101 PUTERI DUNIA MELAYU: SEJARAH DAN LEGENDA”, ANALISIS BERDASARKAN PENGKAEDAHAN ADAT MELAYU BERASASKAN ISLAM
(The Construction of the Value of Obedience in the Narrative Of “101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah Dan Legenda” : Analysis Based on Islamic-Based Malay Customary Methodology)
DOI:
https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.15Keywords:
Konstruksi nilai ketaatan, 101 Puteri Dunia Melayu, Teori Pengkaedahan Melayu, Pendekatan IslamAbstract
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian cerita rakyat yang meneliti secara terperinci konstruksi nilai ketaatan dalam naratif 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda. Nilai ketaatan merupakan aspek penting dalam kehidupan masyarakat Melayu yang merangkumi ketaatan kepada ibu bapa, suami, pemerintah dan agama. Sehubungan itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengisi kelompangan kajian-kajian terdahulu yang kurang memberi penekanan terhadap nilai ketaatan dengan memfokuskan kepada analisis kandungan teks cerita rakyat dalam 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda. Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai ketaatan dalam naratif 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda berdasarkan pengkaedahan Islam. Bahan yang diteliti dalam kajian ini ialah sebuah naskhah 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda (2003). Kajian ini juga membataskan empat cerita rakyat yang bertajuk Puteri Sa’adong, Puteri Umbuk Mayang, Mahsuri dan Cik Siti Wan Kembang. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini turut mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu iaitu menerusi pendekatan Islam sebagai deduktif kajian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa nilai ketaatan dalam cerita rakyat Melayu dapat memberi kesan positif kepada masyarakat. Cerita rakyat berperanan sebagai medium penyebaran nilai murni dan diharapkan medium tersebut terus diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi membentuk sahsiah dan keharmonian masyarakat.
ABSTRACT
This folklore study examines in detail the construction of the value of obedience within the narrative of 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda (101 Princesses of the Malay World: History and Legend). The value of obedience is a crucial aspect of Malay society, encompassing obedience to parents, husbands, rulers, and religion. Accordingly, this study was also conducted to address the gaps in previous literature, which placed less emphasis on the value of obedience, by focusing on the textual content analysis of the folklore in 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda. Therefore, the objective of this study is to identify and analyze the value of obedience in the narrative of 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda based on the Islamic methodology. The material examined in this study is a copy of 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda (2003). This study also limits its scope to four folklores titled Puteri Sa’adong, Puteri Umbuk Mayang, Mahsuri, and Cik Siti Wan Kembang. The study employs a qualitative approach through library research and textual analysis. Additionally, this study applies the Malay Methodology Theory (Teori Pengkaedahan Melayu) specifically utilizing the Islamic approach as the study's deductive framework. The results of this study indicate that the value of obedience in Malay folklore can bring positive effects to society. Folklore serves as a medium for disseminating noble values, and it is hoped that these values will continue to be applied in daily life to shape character and community harmony.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Noor Adlina Dhabitah Hassanul Farris, Mohd Firdaus Che Yaacob

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.










