Pembentukan Identiti dan Nilai Moral dalam Teks “Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan” Berdasarkan Teori Takmilah

(The Formation Of Identity And Moral Values In The Text “Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan”: An Analysis Based on Takmilah Theory)

Authors

  • Dania Putri Elisa Riyasnil Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia
  • Mohd Firdaus Che Yaacob Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia
  • Afidatul Syazwani Afandi Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.5

Keywords:

Pembentukan Identiti, Nilai Moral, Teori Taklimah, Naratif Lisan, Pengkalan Datu

Abstract

ABSTRAK

Cerita rakyat merupakan komponen sastera lisan yang mencerminkan kekayaan budaya serta akal budi masyarakat tradisi. Naratif lisan dari cerita rakyat ini juga merupakan elemen yang melahirkan naratif sejarah yang menggambarkan masyarakat Melayu tradisional. Bagaimanapun, arus pemodenan yang pesat menyebabkan genre ini kian terpinggir dalam kalangan generasi muda akibat persepsi bahawa naratif tradisional tidak lagi relevan. Hakikatnya, penelitian mendalam terhadap cerita rakyat mampu menyingkap sistem nilai dan jati diri masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis pembentukan identiti serta nilai moral serta unsur unsur sejarah  yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Analisis teks ini menerapkan Teori Takmilah sebagai kerangka kerja deduktif bagi menilai perkaitan antara estetika karya dengan pembentukan sahsiah khalayak. Dengan menggunakan kaedah kualitatif yang bersandarkan kajian kepustakaan dan analisis tekstual, kajian ini meneliti naratif terpilih secara tekstual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teks naratif lisan tersebut sarat dengan manifestasi identiti tempatan dan nilai moral yang signifikan seperti keberanian, kerendahan hati dan ketaatan. Nilai nilai ini bukan sahaja berfungsi sebagai instrumen didaktik, malah berupaya memperkukuh jati diri budaya adat Melayu dan memori sosial masyarakat Melayu di Lembangan Sungai Pengkalan Datu.

 ABSTRACT

Folklore serves as a vital component of oral literature that reflects the cultural richness and intellectual heritage of traditional societies. Oral narratives from this folklore are also elements that generate a historical narrative depicting traditional Malay society However, rapid modernization has marginalized this genre among the younger generation, driven by the perception that traditional narratives are no longer relevant. In reality, a profound examination of folklore can reveal the core value systems and identity of the Malay community. Consequently, this study aims to identify and analyze the formation of identity and moral values within the text Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. The textual analysis applies Takmilah Theory as a deductive framework to evaluate the relationship between the aesthetic qualities of the work and the character development of the audience. Utilizing a qualitative methodology grounded in library research and textual analysis, this study examines selected narratives textually. The findings demonstrate that these oral narratives are deeply embedded with manifestations of local identity and significant moral values such as bravery, humility and obedience. These values not only function as didactic instruments, but are also capable of strengthening the cultural identity of Malay customs and the social memory of the Malay community in the Pengkalan Datu River Basin.

References

Abd. Muhsin Ahmad. (2016). Falsafah dan prinsip ketaatan dalam Islam. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal. (Nota: Diubah suai daripada subjek undang-undang keluarga 1999 kepada subjek ketaatan Islam yang anda petik dalam teks).

Adli Yaacob. (2021). Sastera Islam dan al-Quran: Analisa terhadap perkembangan konsep dan teori sastera Islam moden oleh beberapa sasterawan Melayu di Malaysia. Jurnal Perspektif Al-Quran, 5(1), 45-58. (Nota: Ditukar ke format jurnal rasmi 2021 bagi memadankan sitasi baharu dalam teks).

Azhariah Abdul Kadir. (2010). Ketaatan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan negara ditinjau menurut perspektif teori Ulu Al-Amr (Ijazah Sarjana Syariah tidak diterbitkan). Jabatan Siasah Syar’iyyah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus dewan (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus dewan (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jumali Selamat. (2001). Nilai-nilai dalam pantun Melayu (Tesis Ijazah Sarjana Muda tidak diterbitkan). Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Kamariah Kamarudin. (2016). Karya Shahnon Ahmad berdasarkan perspektif Takmilah. Malay Literature, 29(2), 233-249.

Mohd Fahmi Ismail, Salmah Jan Noor Muhammad, & Mohd Sharifudin Yusof. (2015). Cerita rakyat Melayu: Suatu analisis pancaran jati diri masyarakat Melayu sebagai cerminan kebudayaan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 3, 91-100.

Mohd Firdaus Che Yaacob. (2018). Nilai-nilai murni dalam naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu penelitian Pengkaedahan Melayu (Tesis Ijazah Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Bachok.

Mohd Firdaus Che Yaacob. (2021). Cerita rakyat sebagai simbol kekayaan nilai ketamadunan masyarakat Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 16(2), 1-12.

Mohd Firdaus Che Yaacob dan Normaliza Abd Rahim. (2016). Nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu terhadap masyarakat Melayu: Suatu aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu. Journal of Business and Social Development, 4(2), 48-57. Mohd Firdaus Che Yaacob, Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan, & Tuan Rusmawati Raja Hassan. (2024b). Warisan naratif lisan terhadap pembentukan akhlak remaja melalui amalan akal budi. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 12(1), 30-39.

Mohd Shukrey Ahmad. (2025). Representasi karya sastera kanak-kanak Malaysia di aplikasi Youtube. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 16(1), 1-11.

Mohd Taib Osman. (1991). Pengkajian sastera rakyat bercorak cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Rozaini Razak dan Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2025). Kritikan sosial terhadap masyarakat dalam filem Magika (2010). Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-20. Noormaliza Abd Rahim, Nik Faridah Nik Muhammad Affendi, & Awang Azman Awang Pawi. (2017). Dissemination of value through the e-folklore. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, 16(1), 32-36.

Noorzatulhidayah Mohd Hanipah, Daeng Haliza Daeng Jamal, & Nasirin Abdillah. (2021). Ritual dalam cerita rakyat di Mukim Bebar, Pekan, Pahang, Malaysia. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 9(1), 18-29.

Norita Ariffin. (2006). Nilai-nilai budi masyarakat Melayu dalam pantun (Projek Akhir Ijazah Sarjana tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Rosliah Kitting. (2013). Unsur-unsur sejarah dalam Sudawil (Pantun) Kadazandusun. Prosiding Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (hlm. 29-30). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sara Beden & Radna Wismawati Muhibah Yahya Sawek. (2020). Prinsip-prinsip Takmilah: Manifestasinya dalam Buntat Mengembawa ke Mekkah. Prosiding Webinar ICIEd: International Conference on Islamic Education, 7-15.

Shafie Abu Bakar. (1993). Teori Takmilah: Sebuah gagasan sastera Islam. Dewan Sastera, 23(8), 22-29. (Nota: Memasukkan tahun rasmi 1993 sebagai punca asal kemunculan Teori Takmilah mengikut kritikan akademik Malaysia).

Shafie Abu Bakar. (1996). Takmilah: Teori, falsafah dan prinsip. Dewan Sastera, 26(9), 12-18.

Shafie Abu Bakar. (1997). Estetika dan Takmilah dalam Mana Sikana. Dalam Pembangunan Seni dan Sastera. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Nota: Ejaan "Shafei" dibetulkan kepada "Shafie" bagi memastikan konsistensi).

Steven Alezender & Jacquelina Karimon. (2024). Pemaknaan semula cerita rakyat Melayu dalam filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019). Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 32(2), 540-555.

Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan dan Mohd Firdaus Che Yaacob. (2023). Akal budi orang Melayu menerusi cerita-cerita rakyat. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 14(1), 12-25. Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan, Mohd Firdaus Che Yaacob, & Tuan Rusmawati Raja Hassan. (2024a). Perwatakan berdedikasi dalam cerita rakyat di Kota Bharu: Satu penelitian kemasyarakatan. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 12(1), 1-7.

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

Riyasnil, D. P. E., CHE YAACOB, M. F., & AFANDI, A. S. (2026). Pembentukan Identiti dan Nilai Moral dalam Teks “Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan” Berdasarkan Teori Takmilah: (The Formation Of Identity And Moral Values In The Text “Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan”: An Analysis Based on Takmilah Theory). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 4, 91-104. https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.5

Research impact

Harvested 2026-09-12
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ahjmm2026.4.5 OpenAlex W7172201963 Semantic Scholar CorpusID 290945551

Most read articles by the same author(s)