Upacara Inasi Sebagai Wadah Pengurusan dan Kelestarian Seni Persembahan Tradisi Murut Paluan di Sabah

(The Role Of The Inasi Ceremony In The Management And Sustainability Of Paluan Murut Traditional Performing Arts In Sabah)

Authors

  • Muhamed Syafiq Salleh Akademi Seni & Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Esterlina Moo Chin Len Lazarus Akademi Seni & Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Sharifuddin Zainal Akademi Seni & Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Amsalib Pisali Fakulti Muzik & Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.20

Keywords:

inasi, Murut Paluan, pengurusan seni persembahan

Abstract

ABSTRAK

Masyarakat Murut Paluan merupakan salah satu sub etnik di Sabah yang masih mengamalkan upacara inasi sebagai kemuncak adat perkahwinan yang sarat dengan elemen seni persembahan tradisi. Walaupun upacara ini mempunyai nilai budaya yang tinggi, penelitian terhadap upacara inasi dari perspektif pengurusan seni persembahan masih terhad, khususnya yang mengaplikasikan kerangka teori persembahan secara sistematik. Justeru, kajian ini bertujuan menghuraikan peranan upacara inasi sebagai wadah pengurusan dan kelestarian seni persembahan tradisi Murut Paluan di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual dan analisis kandungan terhadap dokumen, gambar foto serta rakaman video. Analisis data dijalankan berasaskan konsep production mode dalam teori persembahan Richard Schechner berfokuskan aspek penganjur, kewangan, tenaga produksi, gaya pengurusan dan tujuan penganjuran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa upacara inasi mengandungi 12 acara wajib yang membentuk struktur persembahan secara sistematik serta memperlihatkan amalan pengurusan yang dilaksanakan secara kolektif oleh kedua-dua belah keluarga. Setiap elemen production mode saling melengkapi dalam memastikan kelangsungan pelaksanaan upacara, di samping memperkukuh hubungan kekeluargaan, pemindahan pengetahuan budaya dan pemeliharaan warisan masyarakat Murut Paluan. Kajian ini merupakan antara kajian terawal yang menganalisis upacara inasi daripada perspektif pengurusan seni persembahan dengan mengaplikasikan konsep production mode Richard Schechner, sekali gus menyumbang kepada pengembangan korpus ilmu dalam bidang pengurusan seni persembahan tradisi dan warisan budaya masyarakat Murut Paluan di Sabah. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada penyelidik, pengamal budaya dan agensi berkaitan dalam usaha memelihara serta memperkukuh kelestarian seni persembahan tradisi Murut Paluan.

ABSTRACT

The Murut Paluan community is one of the sub-ethnic groups in Sabah that still practice the inasi ceremony as the culmination of wedding customs that are loaded with traditional performance art elements. Although this ceremony has high cultural value, research on the inasi ceremony from the perspective of performance art management is still limited, especially those that systematically apply the performance theory framework. Therefore, this study aims to describe the role of the inasi ceremony as a platform for the management and sustainability of the Murut Paluan traditional performance art in Sabah. This study uses a qualitative approach through interview methods and content analysis of documents, photographs and video recordings. Data analysis is conducted based on the concept of production mode in Richard Schechner's performance theory focusing on the aspects of the organizer, finance, production personnel, management style and purpose of the organization. The study findings show that the inasi ceremony contains 12 mandatory events that systematically form the performance structure and show management practices that are carried out collectively by both sides of the family. Each element of the production mode complements each other in ensuring the continuity of the ceremony, in addition to strengthening family relationships, transferring cultural knowledge and preserving the heritage of the Murut Paluan community. This study is among the earliest studies that analyzes the inasi ceremony from the perspective of performing arts management by applying Richard Schechner's production mode concept, thus contributing to the development of the corpus of knowledge in the field of traditional performing arts management and cultural heritage of the Murut Paluan community in Sabah. The findings of this study are hoped to be a reference for researchers, cultural practitioners and related agencies in efforts to preserve and strengthen the sustainability of traditional Murut Paluan performing arts.

References

Ab Rashid, Z. (2022). Pengurusan seni persembahan: Perancangan yang gagal kerana gagal merancang. The International Journal of Arts, Culture & Heritage (iJACH), 7(Edisi Khas), 51–66.

Chong Sui Kim, & Doretty Sikuat. (2020). Murut Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Perpustakaan Negeri Sabah.

Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (4th ed.). SAGE Publications.

Hardy Shafii, A. S. (2004). Pengurusan pementasan teater komersil Mak Yong di Kelantan, 1950-an dan 1960-an. Wacana Seni: Journal of Arts Discourse, 3, 31–53.

Ismail Ibrahim. (2012). Warisan motif dan corak Murut. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Jacquelina Karimon. (2020, 20 Disember). Upacara inasi masyarakat Murut Paluan di Sabah [Temu bual]. Kota Kinabalu, Sabah.

Jesilda Paulus. (2021, 10 Jun). Acara Angkikiat dan Agiruandu dalam upacara inasi Murut Paluan [Temu bual]. Nabawan, Sabah.

Joseph Majilon. (2021, 5 Jun). Pelaksanaan upacara inasi dalam masyarakat Murut Paluan Sabah [Temu bual]. Nabawan, Sabah.

Karimon, J., & Md. Razi, S. B. (2020). Mitos asal-usul: Aki Kinapuno pentadbir agung Murut Paluan. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 3(2), 64–76.

Karimon, J., & Md. Razi, S. B. (2021). Merungkai rahsia mistik kehidupan etnik Murut Paluan dalam mitos tumbuhan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(1), 81–96.

Muhamed Syafiq bin Salleh, & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2022). Amalan Angkikiat masyarakat Murut Paluan di Sabah. GEOGRAFIA-Malaysian Journal of Society and Space, 18(2), 75–89. https://doi.org/10.17576/geo-2022-1802-06

Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2019). Bangsawan di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2021). Gong dalam kehidupan golongan aristokrat Sebup, Kenyah di Sarawak. GEOGRAFIA-Malaysian Journal of Society and Space, 17(2), 286–297.

Nur Afifah Vanitha Abdullah, Zubir Idris, & Shaiful Bahari Md. Razi. (2018). Persembahan ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan. Dalam N. A. V. Abdullah & Y. Yusmiyati (Pnyt.), Etos dan ekspresi budaya Melayu (hlm. 55–71). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patton, M. Q. (2015). Qualitative research & evaluation methods (4th ed.). SAGE Publications.

Pugh-Kitingan, J. (2012). Murut. Dalam K. Mariappan & P. Porodong (Pnyt.), Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah (hlm. 23–107). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Rapieh Barusik. (2020, 22 Mac). Proses pelaksanaan upacara inasi masyarakat Murut Paluan, Sabah [Temu bual]. Nabawan, Sabah.

Schechner, R. (2003). Performance theory. New York: Routledge.

Schechner, R. (2013). Performance studies: An introduction (3rd ed.). New York: Routledge.

Suhaimi Magi. (2018). Tarian Magunatip etnik Nabai dan Paluan: Daripada permainan tradisional ke persembahan pentas kini (Tesis Sarjana). Universiti Malaysia Sabah.

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. (2003). Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage. UNESCO.

Zainal, S., Abd Rahman, M. K., Pisali, A., Awang Long, M., Salleh, M. S., & Kamsani, K. (2025). Magombok: Reimagining traditional performance (ritual-theater) for heritage sustainability. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 10(32), 323–329. https://doi.org/10.21834/e-bpj.v10i32.6660

Zainal, S., Abdul Rahman, M. K., Pisali, A., Awang Long, M., Salleh, M. S., & Kamsani, K. (2025). Magombok: Reimagining traditional performance (ritual-theater) for heritage sustainability. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 10(32), 323–329. https://doi.org/10.21834/e-bpj.v10i32.6660

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

Salleh, M. S., Len Lazarus, E. M. C., Zainal, S., & Pisali, A. (2026). Upacara Inasi Sebagai Wadah Pengurusan dan Kelestarian Seni Persembahan Tradisi Murut Paluan di Sabah: (The Role Of The Inasi Ceremony In The Management And Sustainability Of Paluan Murut Traditional Performing Arts In Sabah). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 4, 337-352. https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.20

Research impact

Harvested 2026-09-12
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ahjmm2026.4.20 OpenAlex W7172212919