SEJARAH BALING: KRITIKAN TERHADAP MITOS DAN EVOLUSI PENEMPATAN MASYARAKAT

(History Of Baling : A Critique Of Myth and Community Settlement’s Evolution)

Authors

  • Nor Azlah Sham Rambely Unit Sejarah dan Kenegaraan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.6

Keywords:

Baling, sejarah asal usul, penghijrahan, penempatan, pengaruh Siam

Abstract

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis asal-usul sejarah dan evolusi penempatan manusia di daerah Baling, Kedah. Kajian ini mengkaji secara kritis perbezaan antara tradisi lisan, mitos, dan bukti sejarah berhubung penamaan serta pembentukan komuniti di kawasan ini. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan deskriptif terhadap sumber primer dan sekunder. Data dikumpul daripada manuskrip sejarah seperti Hikayat Merong Mahawangsa, rekod arkib kerajaan, dokumen rasmi, serta kajian terdahulu bagi memastikan ketepatan naratif sejarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa etimologi "Baling" sering dikaitkan dengan legenda Raja Bersiong, namun bukti linguistik menunjukkan asal-usul daripada istilah Siam "Ban Ling" (Kampung Kera) adalah lebih signifikan dari sudut sejarah. Secara kronologis, penempatan awal didorong oleh penghijrahan masyarakat Siam akibat konflik wilayah, disusuli dengan kemasukan masyarakat Melayu Patani, Cina, dan kaum Orang Asli yang membentuk kepelbagaian demografi daerah ini. Kajian ini menyumbang kepada historiografi tempatan dengan menjelaskan dikotomi antara mitos dan fakta sejarah. Hasil kajian memberikan input berharga kepada penyelidik dan penggubal dasar dalam memahami evolusi sosio budaya serta integrasi masyarakat berbilang etnik di Baling.

 

ABSTRACT

This paper aims to analyse the historical origins and the evolution of human settlement in the Baling district, Kedah. It critically examines the divergence between oral traditions, mythological accounts, and historical evidence concerning the naming and establishment of the area. The study employs a qualitative approach through descriptive content analysis of primary and secondary sources. Data collection encompasses historical manuscripts, such as the Hikayat Merong Mahawangsa, government archival records, previous research findings, and official historical reports. Findings reveal that the etymology of "Baling" is often conflated with the myth of Raja Bersiong, yet linguistic evidence strongly suggests an origin from the Siamese term "Ban Ling" (monkey village). Historically, the region witnessed complex migration patterns, with early settlements predominantly established by Siamese communities fleeing regional conflicts, followed by the subsequent integration of Malay Patani, Chinese, and Indian populations. This study contributes to the local historiography by clarifying the distinction between myth and historical fact. The findings offer valuable insights for researchers and policymakers in understanding the multi-ethnic demographic evolution and the historical resilience of the Baling district.

 

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

SEJARAH BALING: KRITIKAN TERHADAP MITOS DAN EVOLUSI PENEMPATAN MASYARAKAT: (History Of Baling : A Critique Of Myth and Community Settlement’s Evolution). (2026). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 4, 105-121. https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.6

Similar Articles

21-30 of 33

You may also start an advanced similarity search for this article.