Penginterpretasian sikap positif dan nilai kemanusiaan dalam sumber pengajaran dan pembelajaran seni bahasa berdasarkan teori relevans (Interpreting positive attitudes and humanitarian values in language arts teaching and learning materials based on relevance theory)

Main Article Content

Srikandi Saemah Samaon
Mary Fatimah Subet
Muhammad Zaid Daud

Abstract

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), memasukkan elemen seni bahasa dengan mengekalkan karya sastera dalam silibus pembelajaran. Hal ini kerana seni bahasa atau KOMSAS menjadi alat untuk meneladani sikap positif kepada pelajar. Sifat-sifat positif yang terdapat dalam novel dapat menjadi pengajaran kepada pelajar. Kajian ini bertujuan menganalisis sikap dan nilai kemanusiaan dalam perisitiwa-peristiwa yang terdapat dalam novel seni bahasa untuk diteladani oleh pelajar. Kajian dilakukan menggunakan kaedah kualitatif secara analisis dokumen sepenuhnya. Pengkaji menggunakan pendekatan Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Data kajian ini daripada novel Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor (2014). Bagi pembuktian nilai murni yang terdapat dalam novel ini, pengkaji telah menganalisis ujaran daripada watak Marilyn berdasarkan frasa “mendakap anak gadisnya, “sayang kamu”, tidak mahu kehilangan kamu” dan “kucupan hangat”. Dengan bantuan analisis Teori Relevans (TR) dan Rangka Rujuk Silang (RRS), dapat membuktikan perwatakan Marilyn ialah seorang ibu yang sangat menyayangi dan merindui anaknya yang telah lama terpisah. Penggunaan leksikal seperti “mendakap”, dan frasa “tidak mahu kehilangan kamu lagi” dan “sayang kamu” dapat memberi kesan kognitif sedia ada dalam diri pelajar. Berdasarkan implikatur yang terhasil pelajar dapat memahami sikap positif dan nilai kemanusiaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam ujaran yang digunakan. Kajian ini mendapati ujaran-ujaran yang terdapat dalam setiap peristiwa dalam novel dapat menimbulkan pelbagai andaian dan kesan kognitif kepada pelajar. Hasil kajian menjelaskan terdapat sikap positif dan nilai kemanusiaan dalam diri “Mummy” iaitu nilai kasih sayang. Sikap positif dan nilai kemanusiaan iaitu sifat kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya ini dapat dijadikan teladan kepada pelajar kerana kasih sayang sangat penting dalam hubungan kekeluargaan.

Article Details

Section

Articles

Author Biographies

Mary Fatimah Subet, Universiti Malaysia Sarawak

1Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak

2Institute of Creative Arts and Technology (iCreaTe), Universiti Malaysia Sarawak

Muhammad Zaid Daud , Universiti Sains Malaysia

FAKULTI PENGAJIAN BAHASA DAN PENGAJIAN KOMUNIKASI, UNIVERSITI MALAYSIA SAWAWAK (UNIMAS) 94300 KOTA SAMARAHAN SARAWAK

How to Cite

Saemah Samaon, S., SUBET, M. F., & Muhammad Zaid Daud. (2025). Penginterpretasian sikap positif dan nilai kemanusiaan dalam sumber pengajaran dan pembelajaran seni bahasa berdasarkan teori relevans: (Interpreting positive attitudes and humanitarian values in language arts teaching and learning materials based on relevance theory). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 4(1), 189-213. https://doi.org/10.32890/rentas2025.4.1.8

Research impact

Harvested 2026-09-16
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2025.4.1.8 OpenAlex W4412502080

References

Ajeng Dianing Kartika. (2012). Analisis pragmatik teks humor politik pada situs [www.ketawa.com](http://www.ketawa.com). International Seminar “Language Maintenance and Shift II”. 5-6 Julai 2012, Universitas Diponegoro, Jakarta, Indonesia

Amir Asyraff Jamin, & Mary Fatimah Subet. (2018). Menghapus prejudis perkauman melalui karya Indie: Analisis terhadap novel Kunang Pesisir Morten. The MALTESAS Multi-Disciplinary Journal, 3(3), 53-68.

Amir Asyraff Jamin, & Mary Fatimah Subet. (2021). Realisme ekonomi masyarakat Malaysia dalam karya Indie. Asian People Jornal, 4(1), 11-25.

Azzahra Egeng, Ferina Kumala Dewi, & Riza Sukma. (2016, Ogos). Makna kategori partikel dalam implikatur konvensional di tiga daerah: Sebuah kajian teori relevansi [Paper presentation]. International Seminar on Language Maintenance and Shift (LAMAS), Gedung Pascasarjana Imam Barjo No. 3-5 Semarang, Indonesia.

Dayang Noor. (2014). Di sebalik Dinara. Penerbit UTM dan Utusan Publication.

George Romiko Bujang, & Mary Fatimah Subet. (2022a). Memperkasakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menguasai makna di sebalik bahan seni bahasa: Satu pendekatan semantik inkuisitif. Asian People Journal, 5(1), 101-113.

George Romiko Bujang, & Mary Fatimah Subet. (2022b). Meneroka makna ungkapan dalam seni bahasa tahun lima: Satu analisis semantik inkuisitif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1), 11-20.

Kempson, R. M. (1986). Ambiguity and the semantics and pragmatics distinction. In. C. Travis (Ed.), Meaning and interpretation (hlm. 135-154). Basil Blackwell.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah, (KSSM)(2018) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran T4 dan T5, Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Liamputtong, P. (2014). Kaedah penyelidikan kualitatif. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mary Fatimah Subet. (2012). Teori relevans dalam personifikasi. Dlm. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Norsimah Mat Awal, & Harishon Radzi. (Eds.), Pemantapan dan pembinaan ilmu linguistik berasaskan korpus (hlm. 207-223). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mary Fatimah Subet. (2010). Interpretasi makna bahasa figuratif sebagai cerminan emosi: Satu analisis teori relevans [Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Khairul Adenan, Florence Gilliam Kayad, & Muhammad Zaid Daud. (2018). Analisis stilistik melalui penggunaan bahasa dalam novel sastera Indie: Karya Azwar Kamaruzaman. Jurnal Kesidang, 3(1), 106-121.

Mohd Nizam Yusof, & Muhammad Zaid Daud. (2023). Keterikatan pola ayat dasar bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) bahasa Jepun: Analisis pragmatik. Buletin Penyelidikan Cendekia, 1(1), 23.

Muhammad Zaid Daud, & Mary Fatimah Subet. (2021). Naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang mempertalikan politik tempatan: Analisis pragmatik. Issues in Language Studies, 10(1), 110-130.

Muhammad Zaid Daud, Mary Fatimah Subet, & Awang Azman Azwang Pawi. (2023). Metafora kritikan dalam mengasosiasikan naratif Pak Kaduk dengan konteks politik tempatan: Analisis pragmatik. Buletin Penyelidikan Cendekia, 1(1), 16.

Muhammad Zaid Daud. (2018a). Imej tumbuhan dalam slanga: Analisis semantik inkuisitif. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 4(1), 1-20.

Muhammad Zaid Daud. (2018b). Pengaplikasian kerangka semantik inkuisitif melalui slanga. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3(3), 43-52.

Muhammad Zaid Daud. (2020). Unggas dalam peribahasa Melayu: Satu analisis semantik inkuisitif [Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaysia Sarawak.

Nadiah Zainal Abidin, & Muhammad Zaid Daud (2023). Pelanggaran eufemisme dalam album Billie Eilish – Happier Than Ever berpandukan akal budi Melayu dan pragmatik. Buletin Penyelidikan Cendekia, 1(1), 19.

Nik Hassan Nik Ab. Kadir. (2007). Kewajaran pengajaran KOMSAS dalam bahasa Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 5(1), 121-144.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi ke-3). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noorsaiyidah Suradi, & Muhammad Zaid Daud. (2023). “British English or American English?”: Penutur Melayu gen Z dan pemilihan leksikal dalam domain pakaian berpandukan analisis pragmatik. Buletin Penyelidikan Cendekia, 1(1), 39.

Nor Hashimah Jalaluddin, Mary Fatimah Subet, & Dayang Sariah Abang Suhai. (2011). Siratan makna dan serlahan emosi dalam “Ke Makam Bonda”: Satu analisis pragmatik. Jurnal Bahasa Brunei, 28(1), 55-76.

Nor Hashimah Jalaluddin, & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan pen- dalam bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. GEMA Online Journal of Language Studies, 9(2), 57-72.

Nor Hashimah Jalaluddin, & Norsimah Mat Awal. (2006). Citra lelaki dulu dan kini dalam prosa Melayu: Analisis teori relevans. Jurnal Bangi, 1(1), 1-20.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2003). Bahasa dalam perniagaan: Satu analisis semantik dan pragmatik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (Terj.). (1999). Relevans: Komunikasi & kognisi (1st ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Farain Ali, & Muhammad Zaid Daud. (2023). Unsur implisit dalam lagu rakyat “Mein Vater War Ein Wandersmann” bagi masyarakat Jerman berpandukan akal budi Melayu dan pragmatik. Buletin Penyelidikan Cendekia, 1(1), 34.

Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “ilmu” berdasarkan teori medan makna. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 1(1), 157–180. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6

Siti Farida Salleh, Yazid Yahya, Mary Fatimah Subet, & Muhammad Zaid Daud. (2020). Analisis semantik leksikal dalam novel Sangkar karya Samsiah Mohd. Nor. Asian People Journal, 3(1), 45-63.

Sperber, D., & Wilson, D. (1956). Relevance communication & cognition (2nd ed.) Blackwell.

Srikandi Saemah Samaon, & Mary Fatimah Subet. (2020a). Perwatakan dalam novel KOMSAS “Di Sebalik Dinara: Analisis teori relevans. Asian People Journal, 3(1), 84-100.

Srikandi Saemah Samaon, & Mary Fatimah Subet. (2020b). Teori relevans dalam pembelajaran KOMSAS. Borneo International Journal, 2(4), 47-54.

Suzieyiana Ritos, & Muhammad Zaid Daud. (2020). Strategi penggantian disfemisme kepada eufemisme dalam komunikasi lisan masyarakat Bidayuh, Bau: Analisis pragmatik. Asian People Journal, 3(1), 64-83.

Waemasna Waeyusoh, & Yusniza Yaakub. (2023). Konotatif, afektif dan reflektif memanifestasi kebijakan akal budi Melayu Patani. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 155–176. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.7

Wong Shia Ho. (2013). Bahasa figuratif sebagai wahana pemikiran: Satu analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 39-63.

Wong Shia Ho. (2014). Penggunaan simbol dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis teori relevans. Jurnal Bahasa, 14(1), 60-96.

Most read articles by the same author(s)