Tahap pengetahuan am dan amalan terhadap Web 2.0 dalam kalangaan bakal guru pengkhususan Pendidikan Moral di Universiti Utara Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.32890/pr2025.7.13Kata kunci:
Web 2.0, tahap pengetahuan, amalan penggunaan, bakal guruAbstrak
Kemajuan teknologi yang semakin pesat berkembang, pengetahuan dan amalan terhadap teknologi Web 2.0 dalam kalangan bakal guru Pendidikan Moral masih berada pada tahap yang membimbangkan. Kekurangan pendedahan dan latihan yang sistematik terhadap teknologi ini berpotensi menghalang bakal guru daripada memanfaatkan sepenuhnya inovasi digital dalam memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan tentang Web 2.0 dan amalan penggunaan Web 2.0 dalam kalangan bakal guru pengkhususan Pendidikan Moral di Universiti Utara Malaysia. Seramai 76 orang bakal guru dari pengkhususan ini terlibat dalam kajian ini. Pemboleh ubah bersandar ialah amalan penggunaan Web 2.0, manakala pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada komponen tahap pengetahuan Web 2.0, jantina, semester pengajian dan
pengalaman menggunakan Web 2.0. Data bagi kajian ini diperoleh melalui instrumen soal selidik dengan menggunakan skala Likert lima mata. Data yang dikumpul dianalisis dengan melibatkan statistik deskriptif iaitu peratusan, skor min dan sisihan piawai. Korelasi Pearson (r) digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan Web 2.0 dalam kalangan bakal
guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bakal guru pengkhususan Pendidikan Moral di Universiti Utara Malaysia mempunyai tahap pengetahuan tentang Web 2.0 adalah sederhana, manakala amalan Web 2.0 berada pada tahap yang tinggi. Dapatan hubungan menunjukkan tahap pengetahuan Web 2.0 mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan amalan terhadap Web 2.0. Berdasarkan dapatan kajian, kajian ini juga memberi implikasi terhadap Pendidikan Moral sekali gus memberikan sumbangan kepada pihak pusat pengajian, universiti dan kementerian. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan pada akhir laporan kajian ini.
Rujukan
Elok Fariha Sari, Fauji Koda, Imam Shofwan, & Dewi Nilam Tyas. (2024). TPACK-based team based project learning design in improving digital literacy skills. Journal of Nonformal Education, 10(2), 402–413.
Fazillah Mohamed Ismail, & Tengku Nurhudah T M Khalib. (2020). The use of ICT in the learning of oral interaction. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 4(2), 137–149. https://doi.org/10.33306/mjssh/68
Fried Sinlae, Fatah Sabila Rosyad, Fadayen Nurhidayat, & Wildanul Jannah. (2024). Evolusi teknologi web dan dampaknya terhadap masyarakat digital. Jurnal Ilmu Multidisplin, 3(2), 146–154.
Herring, M. C., Punya Mishra, & Koehler, M. J. (2016). Handbook of Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) for educators. Routledge
Isna Normalita Sari. (2019). Pengaruh penggunaan Google Classroom terhadap efektivitas pembelajaran mahasiswa Universitas Islam Indonesia [Unpublished master’s thesis].
Kartal, B., & Cinar, C. (2018). Examining trainee mathematics teachers’ beliefs of TPACK during a method course and field experience. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 6(3), 11–37.
Mercy Cynthia Poobalan, & Muhammad Sofwan Mahmud. (2022). Tahap pengetahuan dan persepsi guru terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001885. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1885
Nalini Munusamy, & Norazah Mohd Nordin. (2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa Tamil terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 666–682.
Norma, Pratiwi Puji, Putriyani S, & Nurdin. (2024). Literature review: Penggunaan media Powtoon dalam implementasi pembelajaran berdiferensiasi untuk mata pelajaran matematika. Kognitif: Jurnal Riset HOTS Pendidikan Matematika, 4(2). https://doi.org/10.51574/kognitif.v 4i2.1962 Practitioner Research, 7, July 2025, pp: 169-
Nurul Azwani Mohd Idrik, & Tan Bee Piang. (2022). Aplikasi pembelajaran abad ke-21 dalam talian: Cabaran guru Pendidikan Moral. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 6(1), 16–35. https://doi.org/10.33306/mjssh/
Rozelia Haizah Abd Razak, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Pembelajaran secara dalam talian: Tahap kesediaan dan keberkesanan pelaksanaannya kepada murid. LSP International Journal, 9(1), 31–43. https://doi.org/10.11113/lspi.v9.18174
Sandra, Dyah Aniza, Heni Safitri, Hartinawati, Sugilar, Idha, & Zakirman. (2022). Pelatihan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) sebagai kerangka pengetahuan untuk meningkatkan kompetensi guru. Jurnal Pengabdian UNDIKMA, 3(3), 401–409. https://doi.org/10.33394/jpu.v3i3.5897
Siti Fatimah Salleh, & Jamalludin Harun. (2020). Pembelajaran berasaskan masalah menerusi teknologi Web 2.0 dalam mata pelajaran sains dan kesannya terhadap tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 15–29.
Voithofer, R., & Nelson, M. J. (2020). Teacher educator technology integration preparation practices around TPACK in the United States. Journal of Teacher Education, 72(3). https://doi.org/10.1177/0022487120949842









