KEBERKESANAN KEMAHIRAN FASILITASI GURU DAN BREAKOUTS ROOM BAGI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID SEMASA KELAS MATEMATIK DALAM TALIAN

Authors

  • Salwani Ali Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al Ummah, Chemor, Perak, MALAYSIA
  • S. Kanageswari Suppiah Shanmugam Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara, Malaysia, Sintok, Kedah, MALAYSIA
  • Farah Aina Kamaludin Persokelly Consulting Sdb Bhd, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Keywords:

PendidikanMatematikBerasaskanInkuir, Pembelajaran Berasaskan Masala, kemahiran penyoalan gur, Asas Nombor, Matematik, breakoutsroom

Abstract

Cabaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran rumah (PdPR) semasa pandemik Covid-19 adalah murid kurang terlibat secara aktif semasa kelas. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran fasilitasi guru menerusi penyoalan dan keberkesanan breakouts room dalam aplikasi Zoom dalam meningkatkan penglibatan murid. Kajian ini menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL) daripada Pendidikan Matematik Berasaskan Inkuiri (IBME). Kajian ini memfokuskan sejauh mana kemahiran fasilitasi guru menerusi penyoalan dan aplikasi breakouts room dapat meningkatkan penglibatan murid semasa kelas dalam talian. Topik Asas Nombor daripada silibus Matematik tingkatan empat dipilih untuk kajian ini. Kajian berasaskan kajian tindakan ini melibatkan 11 orang murid tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Perak dan 2 orang responden daripada kumpulan rakan kritikal. Borang penilaian video pengajaran, rakaman video pengajaran dan hasil kerja murid dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran fasilitasi guru menerusi penyoalan KBAT yang baik dan aplikasi breakouts room dalam Zoom bagi kaedah PBL terbukti dapat meningkatkan penglibatan murid semasa kelas dalam talian. 

Additional Files

Published

2022-06-02