Tahap pengetahuan am dan amalan terhadap Web 2.0 dalam kalangaan bakal guru pengkhususan Pendidikan Moral di Universiti Utara Malaysia

Authors

  • Welfredo Juin
  • Muhd Zulhilmi Haron UUM

DOI:

https://doi.org/10.32890/

Keywords:

Web 2.0, tahap pengetahuan, amalan penggunaan, bakal guru

Abstract

Kemajuan teknologi yang semakin pesat berkembang, pengetahuan dan amalan terhadap teknologi Web 2.0 dalam kalangan bakal guru Pendidikan Moral masih berada pada tahap yang membimbangkan. Kekurangan pendedahan dan latihan yang sistematik terhadap teknologi ini berpotensi menghalang bakal guru daripada memanfaatkan sepenuhnya inovasi digital dalam memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan tentang Web 2.0 dan amalan penggunaan Web 2.0 dalam kalangan bakal guru pengkhususan Pendidikan Moral di Universiti Utara Malaysia. Seramai 76 orang bakal guru dari pengkhususan ini terlibat dalam kajian ini. Pemboleh ubah bersandar ialah amalan penggunaan Web 2.0, manakala pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada komponen tahap pengetahuan Web 2.0, jantina, semester pengajian dan 
pengalaman menggunakan Web 2.0. Data bagi kajian ini diperoleh melalui instrumen soal selidik dengan menggunakan skala Likert lima mata. Data yang dikumpul dianalisis dengan melibatkan statistik deskriptif iaitu peratusan, skor min dan sisihan piawai. Korelasi Pearson (r) digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan Web 2.0 dalam kalangan bakal
guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bakal guru pengkhususan Pendidikan Moral di Universiti Utara Malaysia mempunyai tahap pengetahuan tentang Web 2.0 adalah sederhana, manakala amalan Web 2.0 berada pada tahap yang tinggi. Dapatan hubungan menunjukkan tahap pengetahuan Web 2.0 mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan amalan terhadap Web 2.0. Berdasarkan dapatan kajian, kajian ini juga memberi implikasi terhadap Pendidikan Moral sekali gus memberikan sumbangan kepada pihak pusat pengajian, universiti dan kementerian. Beberapa cadangan juga telah  dikemukakan pada akhir laporan kajian ini.


References

Downloads

Published

25252525-July07-3131

How to Cite

Tahap pengetahuan am dan amalan terhadap Web 2.0 dalam kalangaan bakal guru pengkhususan Pendidikan Moral di Universiti Utara Malaysia. (2025). Practitioner Research, 7(1), 169-180. https://doi.org/10.32890/

Similar Articles

11-19 of 19

You may also start an advanced similarity search for this article.