MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 MENGGUNAKAN KAEDAH “RUMAHKU TIANG SEBATANG”

Authors

  • Nor Rahmah Basiren
  • Eiman Syahid Mazlan
  • Halida Halil
  • Allia Mazlan
  • NurSyafiqah Jalil
  • Noramira Roslan

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2023.5.8

Keywords:

Matematik, Integer, Rumahku Tiang Sebatang, Operasi menambah dan menolak.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai topik integer terutamanya dalam konsep menambah dan menolak nombor integer. Oleh itu, kaedah “Rumahku Tiang Sebatang” diperkenalkan dalam kajian ini kepada murid untuk memahami serta meningkatkan kemahiran menyelesaikan dalam operasi menolak dan menambah yang melibatkan nombor integer. Masalah kajian tindakan ini disebabkan murid yang kurang minat, kurang fokus dan kurang pendekatan pembelajaran yang menarik untuk memahami topik dalam subjek matematik. Oleh itu, kajian tindakan telah melibatkan kaedah temu bual, ujian dan refleksi. Seramai 24 murid Tingkatan 1 diperkenalkan kaedah “Rumahku Tiang Sebatang”. Murid ditemu bual dan dinilai melalui ujian yang disediakan kemudian dianalisis menggunakan analisis tematik dan ujian untuk mencapai objektif kajian, iaitu: i) Apakah masalah yang dihadapi oleh murid dalam menambah dan menolak integer? ii) Sejauh manakah kaedah “Rumahku Tiang Sebatang” mampu meningkatkan kemahiran murid dalam menambah dan menolak integer? Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah “Rumahku Tiang Sebatang” ini mampu menarik minat murid untuk memahami konsep tambah dan tolak nombor integer. Ujian yang dijalankan dalam kajian ini juga mendapati bahawa terdapat peningkatan pencapaian markah murid tingkatan 1 dalam menyelesaikan masalah soalan topik integer. Kaedah ini juga dilihat memberi impak yang positif dalam kalangan murid dan guru di sekolah. Kajian penyelidikan ini dilihat mampu menyumbang kepada pemahaman terhadap konsep asas menolak dan menambah yang melibatkan nombor integer dalam kalangan murid tingkatan 1 di sekolah menengah.

Downloads

Published

2023-07-31