HUBUNGAN ANTARA BEBAN KERJA, TEKANAN KERJA, PERANAN KONFLIKKERJA DAN TINGKAHLAKU DEVIAN DI TEMPAT KERJA DALAM KALANGAN PEGAWAI POLIS DI SEBUAH IBU PEJABAT POLIS DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Authors

  • Murugan Suppiah
  • Ismi Arif Ismail
  • Navaratnam Vejaratnam
  • Saralah Devi
  • Mariamdaran Chethiyar

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2023.5.7

Keywords:

Tingkah laku devian, beban kerja, peranan konflik kerja, tekanan kerja, pegawai polis.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara beban kerja, tekanan kerja dan peranan konflik kerja dan tingkah laku devian
dalam kalangan pegawai polis di sebuah IPD Wilayah Persekutuan. Robinson dan Bennett (1995) digunakan sebagai teori asas untuk menerangkan rangka kerja penyelidikan. Hipotesis kajian dibentuk berdasarkan dapatan kajian lepas. Dari segi metodologi kajian ini
menggunakan pendekatan survei yang bertujuan untuk mengenal pasti hubungan diantara pemboleh ubah kajian. Seramai 120 pegawai polis dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970) dan pemilihan responden dilakukan secara rawak mudah. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan tahap beban kerja, tekanan kerja, peranan konflik kerja, dan kelakuan yang devian dalam kalangan pegawai polis pada tahap sederhana. Manakala dapatan daripada ujian Pearson menunjukkan wujudnya hubungan signifikan yang positif. Tambahan pula, kajian ini membuktikan beban kerja merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi tingkah laku devian dalam kalangan pegawai polis. Secara keseluruhan, kajian ini telah mengenal pasti wujudnya tingkah laku devian dalam kalangan pegawai polis yang berpunca daripada faktor persekitaran kerja seperti beban kerja yang berlebihan, konflik yang berpunca daripada kegagalan mengawal emosi serta menghadapi tekanan kerja yang berpanjangan. Pihak pengurusan PDRM perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah tingkah laku devian demi mewujudkan persekitaran kerja sihat dan harmoni. 

Downloads

Published

2023-07-31