PENILAIAN PERSEPSI DAN KUALITI PERKONGSIAN PENGETAHUAN BERASASKAN MOODLE DALAM KALANGAN MAHASISWA: SATU TINJAUAN PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH

Authors

  • Darwalis Sazan USM

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2023.5.9

Keywords:

Persepsi, perkongsian pengetahuan, mahasiswa, pembelajaran terbuka dan jarak jauh.

Abstract

Kajian literatur mendapati bahawa pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh juga merupakan salah satu faktor yang signifikan dalam merumuskan penilaian persepsi dan kualiti perkongsian pengetahuan dalam kalangan mahasiswa secara efektif. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penilaian persepsi dan kualiti perkongsian pengetahuan dalam kalangan mahsiswa Pusat Pengajian Jarak Jauh (PPJJ) di Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya melibatkan penggunaan Moodle. Kajian ini juga akan menjelaskan penilaian persepsi dan kualiti berdasarkan ODL berpandukan kepada hasil kajian yang telah dikenal pasti. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Perisian SPSS versi 27.0 dimanfaatkan untuk menganalisis data tinjauan dalam soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa penilaian dari aspek persepsi, kebanyakan pelajar bersetuju penggunaan Moodle dalam mod pembelajaran secara ODL menggalakkan sikap dan faktor perkongsian pengetahuan mereka. Manakala, dari aspek kualiti kebanyakan pelajar bersetuju bahawa penggunaan Moodle secara ODL menyumbang kepada kesan yang positif dalam perkongsian pengetahuan dengan menjadikan mereka lebih berpengetahuan luas. Secara majoriti boleh dikatakan bahawa pelajar bersetuju dengan adanya budaya perkongsian pengetahuan melalui penggunaan Moodle. Moodle juga berupaya menyumbang kecermelangan akademik mahasiswa dengan membudayakan perkongsian pengetahuan dan mengekalkan keterjenamaan universiti, iaitu USM sebagai universiti pelopor dan tertua di Malaysia yang menyediakan menyediakan mod
ODL yang bersistematik tinggi dan bermanfaat. 

Downloads

Published

2023-07-31