Perbezaan Gender dalam Sokongan Pembelajaran dan Pencapaian Akademik : Peranan Perantara Keterlibatan Murid di Sekolah
Keywords:
pencapaian akademik, perbezaan gender, keterlibatan murid di sekolah, sokongan guru, sokongan ibu bapa, sokongan rakan, analisis perantaraanAbstract
Tujuan – Kajian ini bertujuan untuk meneliti perbezaan gender dalam sokongan pembelajaran, keterlibatan murid di sekolah dan pencapaian. Kajian ini juga meneliti sejauh mana keterlibatan tersebut berperanan sebagai perantara kepada gender, sokongan pembelajaran dengan pencapaian akademik. Metodologi – Kajian ini menggunakan model keratan rentas yang melibatkan hubungan gender dengan keterlibatan murid di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 2,359 remaja lelaki dan perempuan berumur 12 hingga 16 tahun dari sekolah harian di kawasan bandar dan luar bandar. Instrumen Keterlibatan Murid di Sekolah dan Sokongan Pembelajaran digunakan untuk kutipan data. Kedua-dua instrumen telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu untuk meninjau sejauhmana keterlibatan murid di sekolah dan persepsi mereka terhadap sokongan pembelajaran daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen menunjukkan nilai tinggi. Analisis inferensi korelasi Pearson dijalankan untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah. Analisis model persamaan berstruktur (SEM) dilaksanakan untuk mengenal pasti peranan keterlibatan murid sebagai perantara gender dan sokongan pembelajaran terhadap pencapaian akademik. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gender yang signifi kan dalam keterlibatan murid di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Keterlibatan murid di sekolah merupakan perantara dalam hubungan gender dan pencapaian akademik. Keterlibatan murid di sekolah juga adalah perantara bagi sokongan guru, sokongan ibu bapa dan sokongan rakan sebaya terhadap pencapaian akademik. Kepentingan – Dapatan kajian ini meneguhkan teori mengenai peranan dan sumbangan keterlibatan murid di sekolah, dan sokongan pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian murid seperti mana kajian yang dilakukan di Barat terhadap konstruk yang dikaji. Dapatan kajian ini membantu menyediakan cadangan intervensi untuk meningkatkan sokongan pembelajaran dalam kalangan remaja.Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Disclaimer
The Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation.
Articles published in the Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.