Hubungan Gender dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama di Terengganu

Authors

  • Kamarul Shukri Mat Teh Universiti Darul Iman Malaysia
  • Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamed Amin Embi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zamri Mahamod Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Beberapa kajian yang merentasi pelbagai budaya menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak dan kerap menggunakan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) berbanding pelajar lelaki (Ehrman & Oxford, 1989; Green & Oxford, 1995). Namun begitu, terdapat kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam penggunaan SPB (Chang, 1990; Chou, 2002). Malah, ada juga kajian menyimpulkan bahawa kadangkala pelajar lelaki lebih banyak menggunakan sesetengah strategi tertentu (Oxford, 1994; Wharton, 2000).Perbezaan linguistik seperti ortografi juga dapat mempengaruhi penggunaan strategi (Douglas, 1992; Grabe, 1986). Justeru, kertas ini memerihalkan dapatan kajian tentang penggunaan SPB dalam pembelajaran bahasa Arab berdasarkan perbezaan gender. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri Strategi Pembelajaran Bahasa Arab (SPBA) yang diadaptasi daripada SILL (Oxford, 1990). Subjek kajian yang dipilih secara rawak adalah terdiri daripada 460 orang pelajar Tingkatan 4 di 13 buah sekolah menengah agama di Terengganu.. Dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB secara keseluruhan berbanding pelajar lelaki semasa mempelajari bahasa Arab. Kajian ini juga menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi memori, afektif, dan metafizik berbanding pelajar lelaki. Tiada perbezaan signifikan pada penggunaan strategi kognitif, metakognitif, tampungan, dan sosial.    

Additional Files

Published

30-01-2008

How to Cite

Mat Teh, K. S., Nik Yusoff, N. M. R., Embi, M. A., & Mahamod, Z. (2008). Hubungan Gender dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama di Terengganu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 5, 117–138. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7600