PEMBINAAN UJIAN DIAGNOSTIK KOGNITIF BERBENTUK DUA-PERINGKAT UNTUK MENGENAL PASTI MISKONSEPSI OPERASI MUDAH UNGKAPAN ALGEBRA (Development of a Two-Tier Cognitive Diagnostic Test to Identify Misconceptions of Basic Operations of Algebraic Expression)

Authors

  • Wei Seng Khong School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Hooi Lian Lim School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/

Keywords:

CDA (Cognitive Diagnostic Assessment), miskonsepsi, rasch, two-tier diagnostic test, ungkapan algebra, instrumen UDKOMUA

Abstract

Tujuan – Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen Ujian Diagnostik Kognitif Operasi Mudah Ungkapan Algebra (UDKOMUA) berbentuk dua-peringkat (two-tier). Matlamatnya adalah untuk mengenal pasti miskonsepsi operasi mudah (+, ‒, ×, & ÷) ungkapan algebra dalam kalangan murid tingkatan satu.

Metodologi – Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Peserta kajian melibatkan seramai 107 orang murid tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Model CDA (Cognitive Diagnostic Assessment) diaplikasi dalam proses pembinaan instrumen UDKOMUA bersama dengan Item Response Theory (IRT). Instrumen UDKOMUA mengandungi 24 item aneka pilihan dua-peringkat menunjukkan kesahan kandungan yang tinggi. Data murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian UDKOMUA yang berkaitan dengan latar belakang dan item aneka pilihan ungkapan algebra berdasarkan empat operasi mudah (+, −, ×, & ÷). Data dianalisis dengan menggunakan model Rasch, untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UDKOMUA.

Dapatan – Analisis model Rasch perisian Winsteps menunjukkan instrumen UDKOMUA mempunyai 23 item (95.8%) dan 21 item (87.5%) mencapai keperluan MNSQ infit dan outfit. Varians reja terpiawai (PCA) mencatat 60.8% dan nilai polariti item (PTMEA CORR) dalam lingkungan .41 hingga .73 berjaya membezakan kemampuan antara responden. Nilai ujian-t dalam DIF (Differential Item Functioning) dalam lingkungan −1.75 hingga +1.47 menunjukkan tidak berlakunya bias dan skala kadar yang digunakan agak bagus dengan kiraan pemerhatian (observed count) paling rendah 13 pemerhatian. Indeks kebolehpercayaan responden, item dan Cronbach Alpha (KR-20) masing-masing bernilai .88, .92, dan .95 telah membuktikan instrumen UDKOMUA yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Signifikan – Instrumen UDKOMUA yang dibina dalam kajian ini dapat digunakan dan dimanfaatkan dalam kalangan guru matematik tingkatan satu.

References

Published

31-01-2026

How to Cite

PEMBINAAN UJIAN DIAGNOSTIK KOGNITIF BERBENTUK DUA-PERINGKAT UNTUK MENGENAL PASTI MISKONSEPSI OPERASI MUDAH UNGKAPAN ALGEBRA (Development of a Two-Tier Cognitive Diagnostic Test to Identify Misconceptions of Basic Operations of Algebraic Expression). (2026). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 23(1). https://doi.org/10.32890/