PEMBANGUNAN AWAL GARIS PANDUAN REKA BENTUK VISUAL UNTUKLABEL MAKLUMAT BERASASKAN REALITI TERIMBUH: ANALISIS VISUALDAN PENGESAHAN PAKAR BAGI PRODUK MAAJUN NENDA

Authors

  • Nur Fatin Zolkifle School of Creative Industry Management and Performing Arts, Universiti Utara Malaysia (UUM)(UUM), Sintok, Kedah, Malaysia
  • Nazarul Nadia Abdul Ghani School of Creative Industry Management and Performing Arts, Universiti Utara Malaysia (UUM)(UUM), Sintok, Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.3

Keywords:

Label Maklumat Berasaskan Realiti Terimbuh, Garis panduan reka bentuk, Reka bentuk visual, Komunikasi visual

Abstract

Perkembangan teknologi Realiti Terimbuh (RT) telah memperluaskan fungsi label maklumat melalui penyepaduan kandungan digital dengan pembungkusan fizikal. Walaupun penggunaan RT semakin berkembang dalam pelbagai sektor, aspek reka bentuk visual bagi Label Maklumat Berasaskan RT masih kurang dibincangkan secara sistematik. Kajian ini bertujuan membangunkan Garis Panduan Awal Reka Bentuk Visual bagi Label Maklumat Berasaskan Realiti Terimbuh melalui pendekatan kualitatif berbentuk penyelidikan penerokaan Kajian dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu analisis visual perbandingan, pengesahan pakar dan sintesis dapatan. Analisis visual melibatkan lapan sampel yang terdiri daripada empat label produk kesihatan dan suplemen serta empat contoh aplikasi atau pembungkusan berasaskan RT. Analisis dilakukan berdasarkan tujuh dimensi reka bentuk visual. Dapatan kemudiannya disahkan melalui temu bual separa berstruktur bersama empat pakar, terdiri daripada dua pakar reka bentuk grafik dan dua pakar multimedia/RT. Data temu bual dianalisis secara kualitatif berdasarkan kategori reka bentuk yang telah ditetapkan dan disintesis bersama dapatan analisis visual. Dapatan menunjukkan kecenderungan terhadap konsep yang ringkas dan minimalis, hierarki maklumat yang jelas, warna yang harmoni, tipografi yang mengutamakan kebolehbacaan, representasi visual yang sesuai serta navigasi yang ringkas. Variasi pandangan pakar terhadap tipografi menunjukkan bahawa pemilihan fon perlu disesuaikan dengan fungsi dan hierarki maklumat. Hasil sintesis menghasilkan Garis Panduan Awal Reka Bentuk Visual yang diaplikasikan pada Maajun Nenda sebagai konteks aplikasi. Berbeza daripada Zolkifle (2022), kajian ini menekankan sintesis analisis visual dan  pengesahan pakar. Garis panduan ini berpotensi menjadi rujukan awal, namun kebolehgunaan dan keberkesanannya masih memerlukan penilaian empirikal bersama pengguna akhir.

Downloads

Published

31-10-2026

How to Cite

Zolkifle, N. F., & Abdul Ghani, N. N. (2026). PEMBANGUNAN AWAL GARIS PANDUAN REKA BENTUK VISUAL UNTUKLABEL MAKLUMAT BERASASKAN REALITI TERIMBUH: ANALISIS VISUALDAN PENGESAHAN PAKAR BAGI PRODUK MAAJUN NENDA. Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, 5, 30-60. https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.3

Research impact

Harvested 2026-11-18
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/jcisc2026.5.3

Most read articles by the same author(s)