REPRESENTASI BUDAYA TRADISIONAL MELALUI MISE-EN-SCENE DALAM FILEM OLA BOLA (2016)

Authors

  • Nazarul Nadia Abdul Ghani School of Creative Industry Management and Performing Arts, Universiti Utara Malaysia, (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia
  • Nur Fatin Zolkifle School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia, (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia
  • Nazrul Azha Abu Hassan School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia, (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.15

Keywords:

Ola Bola, Mise-en-scene, Budaya tradisional, Budaya hidup, Representasi budaya

Abstract

Kajian ini meneliti representasi budaya tradisional dalam filem Ola Bola (2016) melalui analisis elemen mise-en-scène. Kajian ini dijalankan berikutan kecenderungan penyelidikan terdahulu yang lebih memfokuskan aspek patriotisme, perpaduan dan identiti nasional, sedangkan pembentukan makna budaya melalui bahasa visual filem masih kurang diterokai. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan visual dengan pemilihan ruang dan lokasi budaya secara
purposive sampling. Data dianalisis berdasarkan elemen mise-en-scène yang merangkumi setting, props, kostum, pencahayaan, warna dan blocking melalui tontonan berulang, pembentukan tema serta interpretasi budaya. Dapatan kajian mengenal pasti tiga bentuk utama representasi budaya tradisional, iaitu budaya ruang kediaman, budaya komuniti dan budaya ruang awam. Ketiga-tiga ruang tersebut memperlihatkan bahawa organisasi elemen mise-en-scène bukan sekadar membentuk
latar dan estetika penceritaan, tetapi turut menghasilkan makna budaya melalui hubungan antara ruang, objek, watak dan amalan sosial masyarakat. Dari sudut teoretikal, kajian ini memperluas pemahaman terhadap mise-en-scène sebagai mekanisme representasi living traditional culture, iaitu budaya tradisional yang dimaknakan melalui amalan kehidupan harian dan interaksi sosial, bukan semata-mata melalui simbol warisan yang eksplisit. Kajian ini turut menawarkan pendekatan analisis
visual yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik media dan pembikin filem dalam memahami serta membina representasi budaya yang lebih kontekstual dalam sinema Malaysia

Downloads

Published

31-10-2026

How to Cite

Abdul Ghani, N. N., Zolkifle, N. F., & Abu Hassan, N. A. (2026). REPRESENTASI BUDAYA TRADISIONAL MELALUI MISE-EN-SCENE DALAM FILEM OLA BOLA (2016). Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, 5, 254-275. https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.15

Research impact

Harvested 2026-11-18
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/jcisc2026.5.15

Most read articles by the same author(s)