REPRESENTASI IDEOLOGI KELANTAN DALAM TELEFILEM ‘POK YA CONG CODEI’ KARYA SABRI YUNUS: SATU ANALISIS MISE-EN-SCENE DAN PASCAKOLONIAL

Authors

  • Aselawati Che Ab Adziz School of Media Technology and Communication, Universiti Utara Malaysia, (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia
  • Lena Farida Hussain Chin Department of Performing Arts, Faculty of Music and Performing Arts, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia, Malaysia
  • Siti Salwa Bahari Department of Higher Education, Ministry of Higher Education, Putrajaya, Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.17

Keywords:

Ideology, mise-en-scène, Sabri Yunus, Malay cinema, Postcolonialism, Social discourse

Abstract

Kajian ini menganalisis hubungan antara ideologi dan mise-en-scène dalam telefilem karya Sabri Yunus iaitu Pok Ya Cong Codei (2017) sebagai satu bentuk wacana sosial dan budaya dalam sinema Melayu kontemporari. Pendekatan ini berasaskan teori ideologi (Althusser, Gramsci, Hall) dan teori mise-en- scène (Bordwell & Thompson), serta teori pascakolonial (Said, Bhabha, Spivak). Secara metodologinya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis kandungan tekstual ke atas telefilem sampel yang dipilih secara persampelan purposif. Analisis mendapati bahawa filem ini menampilkan ideologi wilayah (regionalisme Kelantan) sebagai bentuk penegasan identiti tempatan yang menentang hegemoni budaya pusat. Melalui estetika realistik dan penggunaan dialek tempatan, Sabri Yunus membina naratif yang mengangkat moraliti, kejujuran, dan maruah rakyat pinggiran sebagai nilai alternatif terhadap budaya materialistik kota. Kajian ini juga menegaskan bahawa mise-en-scène berfungsi bukan sekadar alat teknikal, tetapi sebagai bahasa visual ideologikal yang menyampaikan mesej sosial, agama, dan politik secara tersirat. Dari sudut implikasi praktikal, dapatan kajian ini memberi sumbangan signifikan kepada pembinaan wacana sinema wilayah dan dialek serta pelestarian warisan budaya tempatan dalam industri kreatif Malaysia. Kesimpulannya, Pok Ya Cong Codei memperlihatkan bahawa sinema wilayah mampu berperanan sebagai wadah intelektual dan reflektif dalam pembentukan identiti nasional dan moral masyarakat Melayu moden.

Downloads

Published

31-10-2026

How to Cite

Che Ab Adziz, A., Hussain Chin, L. F., & Bahari, S. S. (2026). REPRESENTASI IDEOLOGI KELANTAN DALAM TELEFILEM ‘POK YA CONG CODEI’ KARYA SABRI YUNUS: SATU ANALISIS MISE-EN-SCENE DAN PASCAKOLONIAL. Journal of Creative Industry and Sustainable Culture, 5, 286-315. https://doi.org/10.32890/jcisc2026.5.17

Research impact

Harvested 2026-11-18
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/jcisc2026.5.17

Most read articles by the same author(s)