Keusahawanan Peladang Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada): Kajian Dari Sudut Pendekatan Sikap

Authors

  • Mohd Noor Mohd Shariff Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia
  • Samsuri Samsudin Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Peladang, Keusahawanan, Sikap Keusahawanan, MADA

Abstract

Penentuan keusahawanan dari sudut pendekatan orientasi sikap telah dijalankan secara meluas di negara maju. Kajian ini menggunakan pendekatan orientasi sikap dalam menentukan keusahawanan di kalangan peladang di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Sampel kajian adalah terdiri daripada 74 peladang yang mendapat bimbingan keusahawanan dan 126 peladang yang tidak mendapat bimbingan keusahawan daripada pihak MADA. Alat skala Orientasi Sikap Keusahawanan (EAO) telah digunakan terhadap kedua-dua kumpulan responden bagi menentukan kesahan diskriminan (discriminant validity). Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan tersebut bagi empat sub-skala EAO (kawalan personal, penghargaan diri, inovasi, pencapaian); di mana semua sub-skala di masukkan dalam fungsi stepwise discriminant kecuali inovasi. Beberapa cadangan dikemukakan untuk pihak MADA meningkatkan lagi sikap keusahawanan di kalangan peladang.

 

Additional Files

Published

26-06-2008

How to Cite

Mohd Shariff, M. N., & Samsudin, S. (2008). Keusahawanan Peladang Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada): Kajian Dari Sudut Pendekatan Sikap. International Journal of Management Studies, 15(1), 161–180. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9872