Perhubungan antara Sistem Komunikasi Pampasan dan Kepuasan Kerja: Adakah Keadilan Prosedur Memainkan Peranan Bersyarat?

Authors

  • Azman Ismail Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak
  • Abdul Fatah Ismail Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak
  • Mohd Noor Mohd Shariff Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Sistem komunikasi pampasan, keadilan prosedur dan kepuasan kerja

Abstract

Literatur pengurusan pampasan mengketengahkan bahawa darjah keteguhan perhubungan antara sistem komunikasi pampasan dengan sikap dan gelagat pekerja akan berubah apabila perasaan keadilan prosedur hadir dalam organisasi. Bukti empirik ini telah dijadikan panduan untuk membentuk satu kerangka konsepsual kajian dan ia telah diuji menggunakan data yang dikumpulkan melalui kaedah temuduga dan borang kaji selidik. Saiz sampel kajian ini ialah 99 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik. Keputusan pengujian hipotesis menggunakan analisis regresi berganda hierarki menunjukkan bahawa pengetahuan tentang sistem pampasan berupaya membangkitkan perasaan adil dalam diri para pekerja terhadap prosedur pembahagian ganjaran. Seterusnya perasaan adil ini mampu pula mendorong para pekerja meningkatkan kepuasan kerja. Manakala layanan ketua terdekat tidak berupaya membangkitkan perasaan adil dalam diri para pekerja terhadap prosedur pembahagian ganjaran. Apabila perasaan tidak adil wujud, ia tidak mampu mendorong para pekerja meningkatkan kepuasan kerja. Keputusan kajian ini mungkin dipengaruhi oleh faktor luaran, iaitu budaya pengurusan pampasan yang diamalkan dalam organisasi kajian. Kajian ini mengesahkan bahawa keadilan prosedur memainkan peranan penting sebagai moderator separuh dalam model sistem pampasan syarikat ICT, Kuching, Sarawak. Justeru itu, implikasi kajian ini terhadap teori dan amalan pampasan, limitasi metodologi dan kerangka konseptual, serta cadangan kajian akan datang juga dibincangkan dalam kajian ini.

 

Additional Files

Published

01-06-2007

How to Cite

Ismail, A., Ismail, A. F., & Mohd Shariff, M. N. (2007). Perhubungan antara Sistem Komunikasi Pampasan dan Kepuasan Kerja: Adakah Keadilan Prosedur Memainkan Peranan Bersyarat?. International Journal of Management Studies, 14(1), 121–142. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9823

Most read articles by the same author(s)