Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM)

Authors

  • Arsaythamby Veloo College of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Rosna Awang Hashim College of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Keywords:

Kesahan, kebolehpercayaan, alat ukur orientasi pembelajaran matematik

Abstract

Alat ukur Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) digunakan untuk mengukur tingkah laku individu berdasarkan lima gagasan iaitu sikap pembelajaran, kebimbangan, tabiat pembelajaran, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran dalam Matematik. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan, kebolehpercayaan, skala dan hubungan antara gagasan OPM berdasarkan alat ukur “The Study Orientation Questionnaire in Mathematicsâ€(SOM) yang diubahsuai. Kajian ini menggunakan 76 item daripada SOM dengan tambahan sebanyak 17 item untuk mengakses atribut afektif dalam kalangan pelajar. Seramai 195 pelajar tingkatan empat dipilih daripada sebuah sekolah menengah di negeri Kedah yang terdiri daripada 86 (44%) adalah lelaki dan 109 (56%) adalah perempuan. Dari segi kesahan alat ukur OPM (93 item), metod back translation digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 12 bagi mengukur kesahan gagasan, ujian Chi-Square (Bartlett ’s Test of Sphericity) dan Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan ujian kebolehpercayaan (Cronbach’s alpha). Bagi skala LIKERT, WINSTEP versi 3.48 digunakan untuk menentukan bentuk respons yang dikehendaki. Dapatan kajian ini menunjukkan kelima-lima gagasan OPM mempunyai nilai kebolehpercayaan melebihi 0.7. Kesemua gagasan mempunyai hubungan antara satu sama lain dan ini menunjukkan keteguhan untuk mengukur OPM. Skala LIKERT yang pada mulanya mempunyai lima pilihan (12345) dij adikan empat pilihan (12245) dengan menggunakan step measures at interaction. Ini menunjukkan pilihan 3 (tidak pasti) terlindung di bawah pilihan 2 (tidak setuju) adalah respon yang berkadaran yang sama. Kajian ini berjaya membina alat ukur OPM yang mengandungi 72 item. Alat ukur ini telah memenuhi kriteria-kriteria psikometrik seperti kesahan, kebolehpercayaan, skala dan hubungan antara gagasan OPM untuk mengakses gagasan afektif pelajar dalam 58 pembelajaran Matematik. Oleh itu OPM dapat digunakan oleh guru, kaunselor dan pengetua untuk mengakses OPM dalam memahami atribut afektif pelajar dalam pembelajaran matematik.

 

Additional Files

Published

30-06-2009

How to Cite

Veloo, A., & Awang Hashim, R. (2009). Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM). International Journal of Management Studies, 16(1), 57–73. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9957